Tapai dan Nasi Dagang Mama

- 8 May 2014. Updated 14 May 2014Keluarga

Assalamua’laikum. Tapai dan nasi dagang. Saya cukup sukakan dua makanan ni. Tapai pulut yang Ma buat setiap kali menjelang hari raya dan nasi dagang yang Ma buat hampir setiap kali kami balik kampung.

kampung cendering pantai peranginan

Teratak bonda. Jom balik kampung!

Saya mula belajar duduk di asrama sejak tingkatan 4. Isteri saya lagi hebat, Tingkatan 1 dah berkelana ke Johor. Berjauhan dengan keluarga bukanlah satu perkara yang menggembirakan hati sangat.

Bila dah duduk jauh ni, tiap kali balik kampung, Ma tak pernah hampakan selera kami. Bangun pagi, dah ada bau gulai ikan tongkol yang lemak mewangi. Bila ke dapur, Ma gigih campurkan santan ke dalam kukusan nasi dagang. Lemak berkrim lagi berkilat.

Dapatlah tengok dan belajar serba sikit kaedahnya, tapi sampai sekarang tak pandai-pandai juga buat nasi dagang. Ma macam biasa, senyum jer. Saya ni biasanya selalu menyibuk kat dapurlah. Untung-untung Ma suapkan sesuap nasi dagang ke mulut saya. Indahnya!

“Tak taulah sedap ke tak nasi ni,” ini ayat yang biasa Ma tuturkan.

“Mestilah sedap. Ma buat mesti sedap.” Itu jawapan saya semalam, hari ni, esok dan selama-lamanya. Sungguh nasi dagang air tangan Ma adalah nasi dagang tersedap dalam hidup saya.

Dulu-dulu, balik dari asrama pun, Ma masak sedap-sedap. Sekarang. Saya dah pun berkeluarga. Setiap kali balik kampung, nasi dagang tetap Ma usahakan. Ma dah tak sekuat dulu lagi. Kadang-kadang kaki kiri Ma bengkak. Lutut pun dah tak sekuat dulu untuk angkat periuk nasi yang terisi nasi dagang.

Ma bangun awal pagi. Tanak nasi dagang dan gulai ikan tongkol. Dalam pukul 5 pagi gitu. Buat awal supaya bila kami semua bangun, sarapan pagi dah siap untuk dinikmati bersama. Untunglah terbangun awal, dapat juga tolong mana yang boleh. Sembang-sembang pun tolong jugakkan? Petang sebelum tu, boleh luangkan masa kaitkan kelapa, kopek kelapa dan mesinkan siap-siap. Buat ramai-ramai, cepatlah siapnya. Best!

Sakit lutut dan kadang-kadang kebas tangan bukan penghalang untuk Ma siapkan nasi dagang. Ma tetap juga masakkan segantang dua nasi dagang walaupun kami siap pesan, Ma tak payahlah susahkan diri buat nasi dagang.

Sungguh, Ma takdenya nak dengar benda tu semua. Apa yang Ma tahu, nak siapkan makanan kegemaran kami adik-beradik. Ma cukup gembira lihat kami makan bersama dan tambah menambah sampai licin nasi dagang Ma. Bila diajak makan sekali, Ma cakap…Ma dah makan awal-awal tadi. Mungkin Ma dah kenyang tengok kami adik-beradik makan.

Selamat Lahir Lahir Ma

Semalam, 7 Mei 2014. Genap umur Ma 60 tahun. Pagi semalam sempat bersembang dengan Ma hampir 5 minit. Biasanya kami bercakap di telefon tak kurang setengah jam. Semalam, hampir 5 minit bersembang, suara Ma dihujung talian semakin serak-serak basah. Saya ulang ucapan keramat ‘Terima Kasih Ma…terima kasih” dan juga ucapan…

“Ma, Selamat Hari Lahir. Moga Ma panjang umur, sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah dunia akhirat. Sayang Ma. Terima kasih Ma.”

Habis ayat. Suara Ma semakin basah. Saya tak lagi mampu teruskan perbualan. Walaupun Ma jauh, tapi suara, wajah dan hangatnya tangan seorang ibu tetap dapat saya rasakan sepanjang masa.

Apalah sangat ucapan saya itu berbanding jasa dan pengorbanan seorang ibu kepada saya? Hanya Allah saja yang mampu membalas segala kebaikan Ma!

“Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sabda Rasulullah SAW, redha Allah terletak kepada redha ibubapa.”

Anda masih punya ibu dan bapa? Ayah dan ibu jambatan ke syurga!

@hafizmd – MA. SELAMAT HARI LAHIR. SEMOGA SENTIASA DALAM NAUNGAN RAHMAT ALLAH DUNIA AKHIRAT. KAMI SAYANG MA.

{ 33 comments… read them below or add one }

Denaihati May 8, 2014 at 10:15 am

Selamat hari lahi buat mak bro, semoga dipanjangkan umur dan diluaskan rezeki. masakan mak paling sodap didunia.

Reply

Hafizul May 8, 2014 at 10:16 am

Terharu pulak saya membacanya…selamat hari lahir untuk mak..semoga dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik..aminnn…bila agaknya boleh try nasi dagang mak deme ni ekk?hehe

Reply

cheq eem May 8, 2014 at 12:09 pm

selamat hari lahir untuk ma.. semoga dikurniakan kesihatan yang lebih sihat, diberkati oleh-Nya dan gembira selalu… aminnn….

ma hafiz macam mak saya.. kalau kami adk beradik balik kg dan berkumpul, meja makan lah tempat kami berkumpul.. dia mmg suka masak dan seronok tgk kami makan berpinggan-pinggan.. hehehe…

p/s: bergenang air mata tau baca entri nie….

Reply

Hairul Azni May 8, 2014 at 12:40 pm

Sungguh..saya terharu baca..itu saja yang saya mampu gambarkan..
- Selamat Hari Lahir untuk Ma HafizMd..

Reply

azwan May 8, 2014 at 12:45 pm

selamat hari lahir untuk ibu bro. semoga menjadi anak yang soleh :)

Reply

Anuar May 8, 2014 at 2:02 pm

Beruntung mama Bro lahir pada Bulan Mei.. Sambil menyambut Hari lahir, boleh sambut sekali hari Ibu.. Selamat Hari Ibu saya ucapkan kepada mama Bro…

Reply

Faizal Nizam May 8, 2014 at 2:23 pm

Ibu adalah yang terbaik. Masakan ibu pula adalah yang super terbaik. Kita dah nak dekat Hari Ibu.

Reply

yusri May 8, 2014 at 9:48 pm

Sesungguhnya syurga di bawah tapak kaki ibu.

Reply

syaifuddin alias May 8, 2014 at 3:56 pm

Sayangi ibu sampai bila-bila.. :)
Terharu baca ..

Reply

Ismail N May 8, 2014 at 4:16 pm

Kasih sayang ibu tiada tandingannya. Tak lama lagi Hari Ibu. Sure teringat nasi dagang Ma kan? Kawe cuma boleh baca fatihah utk arwah ibu. Rindu sangat kat dia. :sad:

Reply

yusri May 8, 2014 at 9:43 pm

Kasih ibu sampai ke syurga.

Reply

Izzuddin Fauzi May 8, 2014 at 9:48 pm

Selamat hari lahir dekat ibu bro… :) Dalam telefon tu den pun rasa den dah rasa sayunya dan sebak bila berbual dengan ibu dan dengan ikhlas ucapkan rasa syg…

Reply

suri May 8, 2014 at 9:49 pm

rumah suri ada pokok dekat atas tu tapi warna merah erk….

Reply

suri May 8, 2014 at 9:53 pm

ma ibu ker? manis seruan itu. selamat hari lahir buat bonda bro hafizmd

Reply

Farid Laham May 8, 2014 at 10:23 pm

terharunye baca artikel bro.. :)

Reply

titan May 8, 2014 at 10:56 pm

nasi dagang..aku kurang sikit. Tapi kalau nasi kerabu..aku suka lebih sikit.

Reply

akubiomed May 8, 2014 at 10:57 pm

Ibu mana tidak sayangkan anak. Beliau akan jadi orang paling sibuk di dunia bersiap untuk menyambut kepulangan anaknya.

Reply

hanim hashim May 8, 2014 at 11:00 pm

Sanah helwah buat mama Hafiz, semoga dikurniakan umur yang Panjang lagi diberkati :))

Reply

Bahrain May 9, 2014 at 12:44 am

Selamat hari lahri buat ibunya, pengalaman yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila.

Reply

JMR May 9, 2014 at 10:27 am

nasi dagang air tangan mak, mmg tak terlawan kan..

Reply

hazman aka species1980 May 9, 2014 at 3:45 pm

Masakan mak kita pastinya sedap sokmo …… boleh makan selalu setiap hari kan….

Reply

Nadot May 9, 2014 at 6:00 pm

Ala….sedeynyee… ni yang rindu kat mak juga ni… Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk mak Hafiz, dan dipermudahkan segala urusan mak dunia akhirat…

Reply

AUC May 11, 2014 at 12:44 am

Selamat hari lahir buat ibu bro…

Reply

Abdur May 11, 2014 at 9:20 pm

Bro,happy birthday for your mom

Reply

hannyabdullah May 11, 2014 at 9:31 pm

Sebab tu lah kasih ibu ni tiada galang gantinya. Setiap pengorbanan ibu tidak terbalas oleh kita…huhuhu sedihnyeee..

Sure nasi dagang ma sedap kan! Sis pun suka nasi dagang gan ikan tongkol…:)

Reply

Irfan May 12, 2014 at 11:36 am

Kuat semangat apih boleh ucap terima kasih kat Ma. Ambe dok mampu nak ucap langsunggg. baru nak ckp , mesti rumah banjir. walaupun ambe nampak tough dan kacak bergaya, tapi dlm hati sensitif gile pih..hahaha..nok sebut terima kasih dok termampu..

Reply

bimbingan belajar May 13, 2014 at 5:13 pm

akuu sayangggg mama :)

Reply

dja@sishaza May 13, 2014 at 6:28 pm

Selamat hari lahir buat ibu Hafiz…moga dipanjangkan umurnya dan dalam rahmat Allah selalu….memang ibu tiada galang gantinya. Menitis air mata tonton drama warkah syurga lakonan Fauziah Nawi semalam …

Reply

suri May 14, 2014 at 9:11 am

kasih yang indah sukar di tempis malah akan selalu hadir walaupun dia tak hadir disisi akan tetap subur wangi

Reply

Mazni Azmi July 17, 2014 at 4:12 pm

Alhamdulillah, untung mak dapat anak yang ingat jasa orang tua.
Moga murah rezeki. Insyaallah

Reply

limie July 23, 2014 at 3:25 pm

kasih ibu membawa ke syurga..

Reply

Mazni Azmi August 19, 2014 at 10:30 am

Bagusnya bila anak dan ibu saling sayang menyayangi

Bak kata orang tua tua air yang dicincang tidak akan putus

Ketibaan kita di kampung disambut ibu dan ayah dengan kegembiraan.

Lebih lebih lagi dapat main dengan cucu

Reply

nanang October 7, 2014 at 2:27 pm

Kasih Ibu sepanjang masa, semoga sebagai anak kita bisa berbuat yang sebaik-baiknya untuk orang tua kita.

Reply

Leave a Comment