Tech Kaiju Arena: Review Syoknya Bersama U9X1 dan S4 Mini!

Assalamua’laikum.
Alhamdulillah. Tak pernah saya sangka, hanya dengan aktiviti blogging, akhirnya ditawarkan peluang untuk membuat ulasan telefon pintar. Terima kasih Tech Kaiju Arena memberi peluang ini untuk saya. Dua telefon pintar yang menjadi pilihan ialah Ninetology U9X1 dan Samsung S4 Mini. Dua set telefon pintar yang cukup mengujakan buat pengguna telefon era lama seperti saya!
1st impression U9X1 dan S4 Mini
Saiz kotak sudahpun berbeza. Namun, ianya bukan satu perkara yang menjadi masalah besar buat saya. Strategi Ninetology dengan kotak lebih besar nampak lebih mengancam. Tertanya-tanya juga, apa yang ada dalam kotak besar Ninetology. Mungkin ini strategi pemasaran mereka. Menimbulkan rasa tertanya-tanya pelanggan dan rasa ingin tahu pengguna. Mungkin itu antara maksud “Stand Out“. Manakala Samsung lebih selesa dengan rekabentuk kotak yang lebih kecil dan lebih menjimatkan ruang. Saya langsung tiada masalah dengan kedua-dua kotak pembungkusan, lagipun yang penting ialah kepuasan menggunakan perantinya nanti!
Sesi ‘unboxing‘ U9X1 dan S4 Mini
Perkara pertama yang saya perhati pada setiap produk ialah rekabentuknya. Saya tumpukan hanya terhadap 3 perkara mudah iaitu saiz, berat dan ‘rasa’ di atas tapak tangan.
1. Saiz – Samsung S4 Mini vs Ninetology U9X1. Sesuai dengan nama ‘mini’nya, S4 Mini pasti amat sesuai kepada mereka yang memiliki tapak tangan yang kecil. Ianya lebih selesa namun ianya tetap terpulang kepada pengguna. Ada yang tak kisah tentang saiz. Ninetology U9X1 pula, walaupun sidikit besar saiznya, masih lagi muat tapak tangan dan selesa. Saiznya hampir sama dengan Samsung S3. Jadi, dari segi saiz, tak banyak sangat songehnya. Kedua-dua peranti mampu memenuhi keinginan anda. Kalau tak muat masuk poket, anda boleh masukkan dalam beg tangan isteri masing-masing. Selesai masalah. =)
2. Berat – Tak banyak beza. Walaupun Ninetology bersaiz lebih besar, ianya nipis dan selesa. Tak terasa pun bila disimpan di dalam poket. Dari segi berat, kedua-duanya selesa di tangan dan di dalam poket. Jangan risau, mustahil ia mampu menyebabkan otot-otot tangan anda menjadi lebih besar.
3. Penampilan luaran – Kedua-duanya menawan. Sedap mata memandang dan selesa dipegang sewaktu dioperasikan. ‘Finishing body’ pun tak mengecewakan.
Sesi menguji prestasi U9X1 & S4 Mini
Selesai sesi unboxing, tiba masa untuk mencuba keupayaan yang ada pada peranti U9X1 dan S4 Mini. Ternyata, banyak spesifikasi dan fungsi menarik yang ada pada Ninetology U9X1 dan Samsung S4 Mini.
1. Paparan antaramuka (UI) – Yang pasti, Ninetology U9X1 mahupun S4 Mini, kedua-duanya cukup memuskan hati dengan harga yang ditawarkan. Jika anda mahukan telefon yang mudah dioperasikan tanpa terlalu banyak ciri yang ‘advance’ (masih kekal dengan ciri asal Android), Ninetology U9X1 pilihan terbaik. Tapi kalau mahukan telefon pintar yag banyak ciri-ciri tambahan, S4 Mini lebih sesuai untuk anda.
2. Download game – Tak sah kalau tak main game. Penat buat kerja, bolehlah layan game dulu. Nak download permainan, berlambak ada di Google Play dan Mobo Market. Pilih dan muaturun percuma sepuas hati anda. Menariknya, kedua-dua peranti ni tidak mengecewakan. Puas hati. Sepanjang saya menggunakan peranti ini untuk bermain permainan, langsung tiada hang atau tersekat-sekat.
3. Gambar – Ninetology U9X1 (kamera depan belakang 13MP depan 2MP) sementara S4 Mini (kamera belakang 8MP & depan 1.9Mp). Kualiti gambar anda boleh tengok sendiri di bawah. Padanlah dengan harga dan spesifikasi yang ada untuk dua peranti ni. Ada saatnya, gambar yang diambil menggunakan S4 Mini lebih menarik dan clear serta cantik atas sebab pelbagai fungsi yang ada, tetapi gambar yang diambil dengan U9X1 tidak mengecewakan. Masih lagi best! Anda masih boleh memiliki deretan gambar yang menarik dengan harga yang terbaik.
Layan beberapa keping gambar lagi di bawah. Halakan tetikus untuk penerangan ringkas gambar.
[slideshow_deploy id=’6315′]
(Ninetology U9X1 & S4 Mini)
4. Layan video – Dari segi kualiti, kedua-dua peranti tidak mengecewakan.
(Untuk spesifikasi lebih terperinci, terus ke laman Ninetology U9X1 dan Samsung S4 Mini)
5. Ketahanan bateri – Setakat yang saya cuba, dua-dua peranti boleh tahan lebih 9 jam selepas dicaj penuh. Tak mengecewakan. Cuma, S4 Mini agak cepat habis bateri berbanding U9X1. Ninetology U9X1 nampaknya menang dalam ciri ketahanan bateri. Padanlah dengan spesifikasi baterinya.
Kesimpulan Review Syoknya Bersama U9X1 & S4 Mini!
- Samsung S4 Mini mahupun Ninetology U9X1 mempunyai kelebihan tersendiri. Paling nyata pastinya skrin U9X1 lebih besar dan puas untuk ditatap berbanding S4 Mini. Kalau mahukan skrin besar dengan kualiti yang masih tidak mengecewakan, Ninetology wajar menjadi pilihan anda.
- Ninetology U9X1 rasanya sesuai untuk pengguna yang tak kisah sangat tentang ciri-ciri gempak yang ada pada telefon pintar lain. Ianya lebih mudah untuk dioperasikan.
- Jika mahukan produk yang punya nama dan spesifikasi yang lebih advance, Samsung S4 Mini adalah jawapannya. Ciri-ciri UInya memang syok.
Saya berpandangan Ninetology U9X1 menawarkan pilihan untuk kita merasai kenikmatan dan keseronokan memiliki telefon pintar dengan harga mampu milik, kualiti yang tak kurang hebatnya dan juga jaminan yang terbaik. Sementara Samsung S4 Mini sudah diketahui berada dalam kelas tersendiri dengan kualiti yang pastinya cukup mempesonakan. Terpulang pada citarasa dan kemampuan anda.
Jika berminat dengan peranti Ninetology, boleh terus ke laman di bawah.
@hafizmd – Terima kasih Ninetology dan juga khas kepada Kak Jie!
saya lebih tertarik jg pada Ninetology U9X1 ni 🙂
angkatlah satu bang!
mmg nampak lebih clearlah gambar dari ninetology…
psst: lepas nie penuh la rumah bro dgn gadget review.. tahniah bro. heee
kamera mmg nampak bagus..
hohoho..harap2 dapat merasa lagi..thanks bro!
kelihatan U9X1 mengalahkan S4 mini
plg penting ialah harga yg jauh lebih murah dgn spec lebih tinggi
tinggal skrg ialah jenama… hehehe
nampaknya, jenama juga mainkan peranan…tinggal nak yakin atau tak…
Hohoho review yang penuh maklumat.
terima kasih AE! main sumbat jer
Tertarik dengan 9.
angkat satulah bang man
tang gamabr agak menarik..nampak u9 leih sharp…ke macam mana..boleh beri pencerahan
Setuju. Nampak ada kelebihan kat X1 ni lagipun pixel dia 13 MP… =)
kotak handphone sekarang kebanyakannya kecik2 berbanding dulu besar gedabak…hehe
itulah…ninetology pilih cara dulu2..evergreen kot
harga x1 tu murah maa..z1 pun ok gak. so far..memang puas hati pakai.
mmg puas hati…
salam blogging…sekarang ini 9 technologi semakin canggih teknologinya….ahli keluarga saya ada pakai 2 buah
terbaiklah..mesti puas hatikan?
minta satu boleh tak? suka tengok permukaan hadapan 🙂 gamabr pun cantik
hoho..kalau ambe dapat 5..dah kasi dah..keh3
Boleh tahan juga hanpon x1 ni…
betul..value money
Sayangnya skrin bukan jenis ‘Corning Gorilla Glass’ lain sudah lengkap ramuannya.
betul..kalau corning glass…mmg lebih cantik!
wah…review yang bermaklumat tak mcm kak jie..hihi
takdelah kak jie..main sumbat2 jer
Tak terase nak try ninetology lagi. Tunggu la 2 3 tahun dulu…
hehe…tunggu yg lagi power keluar
Sempoi laaa…. boleh test power dua smartphone dalam masa yang sama…. berbaloi la untuk harga tu kan
Ikut harga, mmg berbaloi…lagi siap ada rebat 200 utk ninetology
lepas riviu dapat terus ke? hehe teringat dengan perkhidmatan maxis 10, lepas reviu terus dapat handphone tu.
nampak macam ninetologi lebih pawer dari segi kamera dia.
hahaha…kalaulah dapat…keh3
wah..terbaiklah maxis…segi kamera, tak kecewa
13 mp luar biasa kameranya bro pantas hasilnya jernih sekali
Betul tu bang munir…kualiti gambarnya tak mengecewakan
at least harga juga jadi penentu, secara teorinya ninetology menang tanpa bertanding 🙂
hohoho…kalau ikut harga..mmg berbaloi jugak U9X1 ni
Waaah.. mantap lah kamera Ninetology. Gambar lagi jelas dan menarik berbanding Samsung S4. Tak de noise sangat. Nasib baik baru beli Z ultra, kalau tak dah saya rembat Ninetology ni.
hoho..tunggu next month, dgr kata, ninetology nak launch hp baru..mesti lagi gempak
jika nak saiz yg kecik, S4 Mini sesuai jadikan pilihan, harga U9X1 lebih mampu milik dengan skrin besar.
Setuju…s4 mini mmg lebih selesa atas tapak tangan kecik ni.. =)
U9x1 nampak lebih menarik..emm alhamdulilah rezeki bloggng masing2 dapat rasa..deme kot ning, saya kot nung..tapi atas nama rezeki bloggng gok kan..hahaha…tahniah boh…
Ada lebih masing2..kalau nak skrin besor, U9x1 mmg gempak
terima kasih boh