Akhir Piala Malaysia! This is Pantai Timur!

Live streaming kelantan vs pahang 3 november akhir piala malaysia

Assalamua’laikum.

Perlawanan Akhir Piala Malaysia, Kelantan vs Pahang. Dua gergasi Pantai Timur yang berada dalam kumpulan yang sama (kumpulan C) semasa pusingan kumpulan, kembali berentap dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, 3 November 2013 ni. Cukup mengkagumkan bagaimana dua pasukan dalam kumpulan sama, akhirnya bertemu kembali di akhir. Fuh! Drama sungguh Piala Malaysia 2013!

Tahniah Sarawak & Pahang!

1. Pahang cukup bertuah malam ni. Kekentalan barisan pertahanan dan disiplin tinggi pemain membawa Pahang ke pentas akhir Piala Malaysia.

2. Barisan pemain Pahang, ambe boleh kata bukanlah ramai pemain bintang tetapi disiplin berpasukan memang benar-benar membuktikan sesebuah pasukan boleh menjadi terbaik bila semuanya dengar arahan jurulatih!

3. Sarawak musim ni memang benar-benar menjadi. Ambe yakin, musim depan bakal menjadi musim yang lebih baik dan terbaik buat pasukan Ngap Sayot. Tahniah Sarawak!

4. Kelibat Bobby Gonzales memang benar-benar memikat. Sayang, rasanya dia juga senasib dengan Piya, “tak layak” dipanggil untuk skuad Harimau Malaya!

5. Joseph Kalang Tie. Terhibur tengok dia main. Teringat kelibat masa dia masih bermain dengan pasukan Terengganu. Nyata, dia masih berbisa dan masih bernilai tinggi!

Kelantan vs Pahang Akhir Piala Malaysia

1. Pertembungan Pantai Timur. Ambe tumpang gembira dan pastinya peminat Hogoh Pahang Hogoh vs Gomo Kelate Gomo akan penuh dalam Stadium Shah Alam, 3 November nanti.

2. Ambe yakin, pertembungan menarik di segenap posisi. Pertembungan seimbang. Nanti cerita dalam entri lainlah.

3. Jangan lupa. Akhir Piala Malaysia pada 3 November 2013. Stadium Shah Alam. 8.45 malam!

@hafizmd – Cuti sekolah dah nak sampai….hohoho