Siri 2: Ambil kesempatan atas 10 blogger ini

Assalamua’laikum.

Siri 1 mana? Boleh baca kat entri ni: Ambil kesempatan atas 7 blogger ni.

Untuk siri 2, blogger yang kita boleh ambil ‘kesempatan’ kali bukan calang-calang blogger. Saya cukup kagum dengan mereka. Mereka bukan setakat rajin update blog, rajin komen, tapi blog penuh dengan entri-entri yang ada berisi. Bukan entri yang pung pang pung pang merepek pasal peribadi orang lain. Pasal artis itu dan ini.

Sebab itulah, ayuh kita sama-sama ambil ‘kesempatan’ atas kehebatan mereka ni. Siapa 10 blogger ni? Merekalah TOP COMMENTATOR 2011!

1. Suri – Pemilik blog berPR 3, beralexa 151,565. Blog penuh dengan informasi. Nak baca pasal apa? Cinta? Tumbuhan? Makanan? Keluarga? Kesihatan? Belut Letrik? Semua ada. Memang cukup ilmiah! (311)

2. Fiezaradzi – Blog berPR 2, alexa 641,306. Pengisian blog sentiasa berilmu. Rasanya tak pernah lagi dia tulis pasal artis bercerai. Entri kesihatan, keluarga digarap penuh santai untuk santapan pembaca. (216)

3. Dnobiz – Blog berPR 2, alexa 348,130. Blog seorang usahawan yang meningkat maju. Kalau mahukan produk kesihatan yang terbaik, inilah orangnya! (161)

4. bEe – BerPR 2, beralexa 683,755. Seorang yang suka berkarya. Garapan entrinya memang sentiasa ada ‘sesuatu’. Bak katanya “REDHA ITU IKHLAS! PASRAH ITU MENYERAH…” (136)

5. Akubiomed – Blog berPR3, alexa 80,232. Penurunan mendadak dalam Alexa cukup mengkagumkan! Bawah 100k untuk sebuah blog peribadi yang tak bercerita pasal artis mahupun politik. Garapan seorang doktor mesin, memang ada magisnya. (134)

6. Mekar – BerPR 2 dengan alexa 767,439. Blog peribadi milik seorang suri rumah sepenuh masa. Blog digarap dengan penuh berhati-hati untuk menjaga kerukunan arena blogging. Inilah blogger sejati. (116)

7. Tehr – BerPR 3, beralexa 76,958. Tu dia. Tengok saja ranking alexanya. Juga bawah 100k dengan entri-entrinya banyak dihiasi pantun dan seloka yang cukup indah. Setiap entri, mesti tak sah kalau takde pantun. Memang seronok bila bertamu di sini. Bagai ada misteri tersendiri. (113)

8. Norasikin – BerPR 2, alexa 621,412. Blog seorang guru masakan. Kalau nak resipi yang berkualiti & percuma, inilah tempatnya. Cukup rajin berkongsi resipi yang mudah dan sihat untuk seisi keluarga. Garapan air tangan seorang ibu memang bisa menggoncang dunia. (103)

9. Benjy – BerPR 1, alexa 222,721. Blogger yang sentiasa ceria dengan entri yang santai dari satu sudut yang cukup berbeza. Memang tak rugi punya rakan sebegini. Blogger yang makin meningkat maju dengan pelbagai misi murni dengan cara tersendiri. (84)

10. Maza – BerPR 2, alexa 971,548. Cukup hormat pada blogger yang bergubuk kecil untuk sebuah kembara. Sentiasa melantun dengan gaya dan nada tersendiri. Memang tak puas kalau baca 1 entri. Kena libas lagi 2-3 entri, baru puas hati. Kenapa yer? (82)

Inilah senarai TOP COMMENTATOR 2011 (jumlah komen dalam kurungan tu). Semuanya hebat-hebat belaka. Terima kasih banyak-banyak (samada yang ditulis mahupun tak ditulis). Korang memang hensem dan comel. Tanpa korang, ruang komen akan dipenuhi oleh komen-komen tuan tanah jer.

Soalnya, macam mana nak ambil ‘kesempatan’? 

® hafizmd – PR depa ni tinggi, alexa pun cantik…entri-entripun sentiasa ada manfaat. Jadi, wajibkan diri untuk terjah tiap-tiap hari blog depa untuk sama-sama sedut mana yang boleh.