Siapa 3 blogger pilihan bulan November…

cara mudah buat duit dengan blog

Alhamdulillah.

Bulan November dahpun berlalu dan Disember pula muncul. Fitrah putaran yang tidak pernah gagal mengikut aturan dan perintah Yang Esa.

Untuk kesekian kalinya, saya persembahkan review ringkas prestasi blog ini sepanjang November dan yang paling ditunggu sudah pasti siapakah 3 blogger pilihan setiap bulanan.

Jumlah komen di blog ini, alhamdulillah semakin meningkat dan itupun sudah cukup gembira dan menaikkan semangat. Terima kasih semua yang tinggalkan komen, pembaca senyap dan pencari di enjin carian. Tanpa anda semua, blog ini tidak berfungsi sepenuhnya.

1. Entri yang paling menerima banyak pandangan@komen ialah entri Ambil kesempatan atas 7 blogger ini yang menerima sejumlah 108 komen —–> banyak lagi yang nak kena belajar dengan otai-otai blogger ni…

2. Jumlah pengunjung unik sedikit jatuh berbanding bulan Oktober —–> salah satu sebabnya ialah jumlah entri yang kurang & kurangnya aku berjalan-jalan ke blog teman blogger.

3. Alexa – Setakat ni, alexa blog ni ialah 394,281. Maka, aku dah dapat capai satu misi iaitu mendapatkan alexa bawah 500k sebelum tahun 2011. Terima kasih semua!

4. Siapa 20 jurukomen terpilih?

  1. Suri
  2. Dnobiz
  3. Ali ridha
  4. Akubiomed
  5. Anwar Osman
  6. Zik
  7. Hadi Rofiee
  8. Panduan Buah Pinggang
  9. Etomyam
  10. Fiezaradzi
  11. Intankuterpilih
  12. Affan Ruslan
  13. Fitri
  14. Madlut
  15. Maza
  16. Zezebel
  17. Anif
  18. Dedoku
  19. Kulanz
  20. Lp_Lum

Maka, macam biasa juga, 3 jurukomen paling sempoi akan menerima tajaan umrah pergi balik banner di bahagian kanan blog ni. Banner yang serba ringkas dan terdaya sempat saya siapkan. Jika ada teman yang rasa nak tukar gambar, sila maklumkan kepada saya.

Mereka ialah Suri, Dno dan Ali Ridha, tapi disebabkan Suri pernah kata dalam episod Oktober yang lepas;

pasni nak bagi orang lain pulaklah.klu ada nick saya bulan depan bro hafiz tepek org lainlah ya..

bagi ruang pada bloger lain apa salahnyer =)

Jadi, tempat Suri diberi kepada Anwar Osman!

Nota kemaskini: Kenapa Anwar Osman bukannya Akubiomed? Sebenarnya ada 3 bloggger yang jumlah komennya sama iaitu Akubiomed, Anwar Osman dan Zik. Jadi, aku buat undian dan blogger bertuah tu dapat kat Bro Anwar kita (Harap maaf ya, tak mampu nak letak semua sekali…)

Akhirnya, terima kasih pada semua yang sentiasa singgah di blog serba kurang ini. Teruskan kunjungan dan insyaAllah, pasti ada kunjungan balas dari tuan tanah blog ni…hehehe…

® hafizmd – makin lama, makin seronok berblogging…setuju?