Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 Semanis Kurma!
Sepetang Bersama Blogger 2014 bersama Yeo’s. Lebih 300 blogger hadir di SBB2014. Cukup meriah, cukup manis. Kenangan SBB2014!
Perkara pertama yang buatkan ambe teruja masa sampai di Saloma Bistro ialah ‘setting’ laluan masuk ke SBB2014. Cukup kemas, meriah dan kebabooom! Lagi best bila terus dapat jumpa Tuan Amir Hassan, bos besar Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014. Sebelum masuk dewan Saloma tu, dah dapat rasa dah aura positif para blogger hebat!

SBB2014 Manisnya Semanis Kurma
Masuk jer dewan, boleh kata semua meja dah penuh dengan blogger-blogger. Sempat jugaklah bertegur sapa dengan blogger yang duduk meja dekat dengan pintu. Antaranya Prof Hariz, Bro Kamil Salleh, Cik Tom, Suri CahayaCinta, Bro Reezluv (siap dapat badge dan baju lagi dari bro Reez…thanks bro!) dan tak lupa Akak Siti Sweetkurma yang bagi “hint” awal. Oh!
Sembang kencang pun tak best juga. Apa kata, layan dulu deretan gambar-gambar sepanjang SBB2014. Banyak gambar yang ambe cilok daripada rakan blogger yang lain. Kredit terbaik untuk anda!

Ambe duduk semeja dengan Boni Kacak yang memang kacak, bro Sharinginfo, Uchu Sheda dan kakaknya, pasangan pengantin baru bro Ariff Shah & isteri. Tak sempat nak pusing semua meja (alasan jer ni…bukan tak sempat, tapi malu ….huhu) untuk tegur dan berkenalan-kenalan dengan blogger-blogger hebat. Dapat juga terjah sis Akma Omar yang ditemani bro Azuan Razi sepanjang SBB2014. Dapatlah sembang kejap dengan salah satu blogger yang ambe admired ni.
Terserempak juga dengan blogger hebat seperti Bro Hasrul Hassan yang memang sporting, bro Hazman Fadzil datang pakai pelikat pants yang memang cukup peramah, pemenang Best Sports Blog MSMW Bro Azwan Anuar, sifu copywriting Aqif Azizan, bos besar Explorasa bro Sohoque, bro AkuBiomed yang sudi singgah lepak kat meja ambe dan berkongsi pengalaman beliau beraffiliate, bro Irwan Aleesa yang pakai tab casing Chelsea, dan tak lupa rakan seperjuangan ambe yang sama-sama merasai kehebatan SBB2014 bermula dari LRT Terminal Putra sampailah ke Saloma Bistro, bro Khairul Asrol! Ramai lagi nak sebut, nanti berjela-jela entri ni…hehehehe….
Tips-tips terbaik yang bro Ben Ashaari, Sis Red Mummy dan abam Hazman Fadzil kongsikan memang best! Antaranya blogger mesti kena jadi diri sendiri, etika blogging kena jaga, kena bijak atur masa blogging dan keluarga serta bijak ambil peluang yang ada untuk majukan blog. Terima kasih!
Satu lagi momento yang ambe tak boleh lupa ialah kemenangan bro Khairil Mazri. Dia menang iPhone 5C warna kuning. Tuan Amir keluarkan cabaran, sape yang paling cepat boleh bawakan 45 keping kad nama yang berlainan, dia akan dapat hadiah iPhone 5C. Tahniah Yeop!
Cukup meriah, cukup bersemangat, cukup mengujakan dan cukup memberi seribu kejutan!
Tahniah team Denaihati Network atas penganjuran Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014 ni. Ambe kira, ia mencapai objektif untuk memberi sesuatu kepada semua blogger!

Apa jua hadiah yang kita dapat dikira bonus, tetapi ILMU & UKHWAH yang kita jalinkan di SBB2014 adalah HADIAH UTAMA yang tidak ternilai harganya!
Terima kasih team Denaihati Network dan tahniah juga buat rakan blogger semua. Anda memang terbaiklah!
NOTA: Untuk melihat banyak lagi gambar menarik sepanjang SBB2014, terus ke laman rasmi jurugambar rasmi SBB2014 di sini –> ILuvTour Bersama SBB2014
@hafizmd – Ya. Ada 1 benda ambe belum cerita. Memang manis punya! Nanti ambe cerita lain yer…
Memang meriah sambutan kali ini yea…saya tak berkesempatan nak pergi…
InsyaAllah ada peluang kita bersua nanti =)
Tahniah buat bro juara contest yeo’s and selamat bekenalan, memang SBB ini capai matlamat mengeratkan silatulrahim antara blogger yg jauh dan dekat..
Terima kasih bro MM.
Sebelum ni just dgr jauh2 jer nama Mahamahu. best dapat kenal bro, moga silaturrahim kita semua lebih erat lepas ni…
tahniah juga utk bro mamamahu menang kontest yeo’s!
Tak sempat nak round-round dari meja ke meja. Mungkin pada masa akan datang kurangkan aktiviti membidik dan mungkin salahkan kedudukkan meja jauh dari pentas utama. 🙂
Apapun, mmg meriah dan best dapat sembang walaupun sekejap dgn bro! thanks bro =)
Wahaha.. Meriahnya! Tahniah kerana berjaya menghadirkan diri!
Terima kasih atas entry ini, sokongan dengan hadirkan diri bersama-sama dengan blogger lain. Tahniah sekali lagi untuk cerita manis nanti tu…heee.
Dari entri di atas, kawe boleh dapat rasakan bro enjoy sakan kat majlis tu. Wah! semeja dgn blogger famous lagi tu.. jeles kawe. Moga-moga ada lagi next year. Jom kita terjah Denaihati.. kasilah pakcik tu semangat untuk terus ber SBB 😀
tahniah bro hafiz dah hadir lagi dan dapat note 3 , xd tak bisa hadir
satu kenangn yang pasti tidak akan dilupakan. Apa yang penting ilmu yang dikongsikan dari blogger hebat.
wah..makin meriah sambutan …..nx time sy akan join…insyaallah..mudahan semua blogger akan bersatu one day…
samalah , den pun malu-malu jugak orangnya…hehe
saya yang memerhatikan dari jauh pun dapat rasakan kemeriahan event ni.. =)
hahaha..tahu apa yang manis tu…dapat barang baik ler tu……… kan???insyaAllah..kalau ada keberanian memang nak hadirkan diri di SBB..hehe
meriah dan cukup teruja. ada menang rasa bertuahkan. saya selam juga ilmu dan kenal mana sempat.blogger meriah dan mudha mesra kebanyakkan yang saya kenal
nampak gaya sudah kali kedua kita berjumpa ya ..
harap next year Tuan Denaihati bikin lagilah…Hadiah lucky draw kereta Hyundai Elantra ke
jalan kaki sampai sesat tu. hahaha. yang penting pengalaman manis. kalau tak bila lagi kan. 😉
Hahahaha..yg tu mmg aku ingat smpai bila2…haha…thanks bro
Meraiah nampaknya Majlis tu, dah daftar tapi disaat2 akhir terpaksa tukar dengan orang lain.
Tak sempat nak berbual panjang dengan bro 🙂
Itulah…huhu
alahai x sngaka kita semeja kan huhuhuhu…. otai2 sumenya terkedu kita hahaha
memang tersangat meriah event SBB2014 kali ni…tapi tak sempat pula nak jumpa dan berbual masa tu…tahniah bro sebab menang contest Yeo’s hari tu…:D