2 Helai T-shirt Terbaik dari Blogging!

Assalamua’laikum. 2 helai baju t-shirt terbaik punya! Dah lama aku tertangguh nak tulis tentang 2 helai baju yang aku dapat daripada rakan blogger! Terbaiklah korang!

baju tshirt murah tempah online
yeay! korang jangan jeles yer…hehee

T-shirt teknik penjenamaan berkesan!

1. T-shirt kat atas tu aku dapat daripada blogger Bro Reez. Terang jelas baju ni milik reezluv.com. Thanks bro!

2. Baju ni aku dapat semasa majlis SBB2014 8 Mac 2014. Bro Reez ni duduk meja dekat dengan pintu masuk. Masuk-masuk jer pintu, aku dah nampak dah dia segak bergaya tengah sembang kat meja tu. Aku lepak-lepak jap, tanpa segan silu terus tegur dia dan akhirnya dapatlah sehelai baju ni. Sayangnya, aku tak sempat pulak nak korek banyak rahsia-rahsia projek yang dia buat kat blog dia. Harap dapat jumpa bro Reez lagi lepas ni.

3. Baju kedua yang aku dapat pada SBB2014 ialah baju daripada majlis tu sendiri. Semua yang datang hari tu, semuanya dapatkan? hehehe…

tempah baju tshirt online murah berkualiti
Branding blog cara berkesan!

4. Baju kat atas ni memang ngam-ngam dengan saiz badan aku yang tak berketak sangat ni…hahaa.

5. Terima kasih kepada bro Reez dan team Denaihati atas pemberian t-shirt ni. Aku dan t-shirt memang kawan rapat. Jadi, memang kena sangatlah bila aku dapat 2 helai t-shirt ni. Sana-sini pakai baju ni…hoho

Berjayakah membina jaringan alam maya melalui t-shirt sebegini?

1. Bagi aku ianya berjaya dengan syarat baju t-shirt ni dipakai. Kalau tak pakai dan tak keluar rumah memang kurang berjaya. Jadi, bagi seluruh rakan blogger yang dapat salah satu atau dua-dua baju ni, bolehlah kita sama-sama tolong promosikan nama yang ada kat blog ni.

2. Lagi mudah, gunakan media sosial korang. Tak perlu bercakap, tak perlu perabih air liur. Hanya tweet, share di FB dan insta korang.

3. Tengok kawan-kawan berjaya pun salah satu perkara yang menggembirakan hati aku.

@hafizmd – Kena usaha lebih kuat lagi lepas ni untuk capai sasaran!