Semuanya bermula dengan alif baa taa…

Ingat lagi siapa guru tadika kita?

Ok. Tajuk yang sengaja saya pilih untuk mengingatkan diri sendiri supaya rajin membaca dan meneliti. Mungkin juga entri ini adalah kesinambungan dari entri sebelumnya iaitu entri Jangan telan bulat-bulat. Untuk menjadi manusia yang lebih dinamik dan berilmu, membaca sudah pasti menjadi satu jambatan yang kukuh.

Membaca tiada batasannya. Mungkin kita hanya;

  • Membaca novel cinta atau majalah ringan
  • Membaca majalah auto
  • Membaca akhbar arus perdana
  • Membaca tabloid alternatif
  • Membaca blog sealiran
  • Membaca blog tak sealiran
  • Membaca blog hiburan sahaja

Kita pilih apa yang kita nak baca! Sudahnya, apa saja yang kita baca, moga ada kebaikan dan pertambahan ilmu. Bolehlah kita kongsikan mana yang termampu.

Untuk itu, saya kongsikan sedikit info santai ini. Moga kita minda kita sentiasa berfikir dan syukur sokmo 😀

1. Jika kita cuba kira bintang dilangit dengan kadar satu bintang satu saat, kita perlukan 3,000 tahun untuk kira semuanya! —> itu baru bintang, tak lagi termasuk tahi bintang!

2. Kat mana hidung labah-labah? Di kakinya atau di kepalanya? Di kaki! Sebab itu labah-labah cekap kesan musuh dan pasangannya! —> Hidung kita? Terletak cantik tu…

3. Bau adalah molekul yang cukup ringan untuk terapung di udara —> oooo…patutlah bau kentut petai cukup cepat tersebar!

4. Gorila dan kucing tidur 14jam sehari, gajah 2 jam saja —> Kita? Kalau dah lebih 7 jam tu, sendiri mahu ingatlah yer…hehe

5. Binatang apa paling kuat tidur? Tahukah kita, tenggiling habiskan 80% hayatnya hanya untuk tidur! —> fuuuh! jangan kita jadi macam tenggiling sudahlah…tidur dan tidur….krohhhh..

6. Landak kalau kita campak dalam air boleh terapung, buaya pula tak reti mengundur! —> kalau kena kejar dek buaya, cepat-cepat kita berenang kuak lentang ke belakang…tapi kalau buaya darat? ermmm…

7. Seekor lembu sihat (betinalah ni…) boleh hasilkan hampir 200,000 gelas susu sepanjang hayatnya —> susu ibu juga yang paling berkhasiat dan disukai bayi-bayi….

® hafizmd – ada sesiapa nak USD 1 tak?

pssst….Bukankah wahyu pertama Allah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW adalah seruan untuk membaca?