Jangan telan bulat-bulat…

Assalamua’laikum.

Moga semuanya sihat hendaknya. Mungkin ada yang naik tekanan darahnya. Almaklumlah, dengan macam-macam berita hangat di dada akhbar, isu DNA Anwarlah, isu video seks si polanlah, isu DUN Sarawak dah bubar, isu Jepun dilanda tsunami yang dahsyat, isu Amerika gila kuasa dan pelbagai lagi isu yang tak berkesudahan. Itu tak termasuk lagi isu keruntuhan akhlak orang kita yang kurang mendapat perhatian dan seolah-olah ditelan oleh kedahsyatan isu-isu lain.

Baiklah. Dengan semuanya kini dihujung jari (kalau dulu dihujung mulut, maksudnya cerita dari mulut ke mulut…), kini kita punya pilihan…apa yang kita nak baca? Kita sendiri yang pilih. Semudah tekan papan kekunci dan terus baca. Akhirnya apa yang kita baca, janganlah terus kita telan bulat-bulat. Apa yang kita tengok, janganlah terus kita percaya 100 peratus.

Wajib ada penilaian dan pemahaman yang baik dalam sesuatu isu. Untuk itu, kita kena rajin membaca. Malah lebih bagus, rajin menela’ah dan menteliti setiap butiran fakta supaya kita dapat bezakan yang mana fakta dan yang mana auta! Yang mana manusia dan yang mana mauta!

Kalau dulu, kita hanya ada suratkhabar sebagai medium utama…sekarang dengan zaman internet, semuanya tanpa sempadan. Kebanjiran blogger yang pelbagai ragam dan entri yang adakalanya bermusim, membuatkan blog menjadi medium persembahan fakta dan juga auta yang paling menarik untuk sama-sama kita letak seluruh pancaindera kita dalam ‘mode’ yang lebih peka bukan pekak malah berhati-hati menerima berita.

Sifat mudah percaya kita pada sesuatu berita mampu membuatkan kita mudah diperkotak-katik.

Sifat mudah percaya kita pada pembawaan perwatakan luaran seseorang membuatkan kita leka pada sifat sesetengah manusia yang pandai berdolak-dalik.

Jangan kita lupa, manusia juga punya peribadi bak peribahasa talam dua muka.

* mauta = manusia yang bijak buat auta dan lupa Malaikat Maut bila-bila boleh tiba

® hafizmd – entri ini hanyalah sekadar ingatan buat diri sendiri…kurangkan kontroversi, tingkatkan amal sendiri!