Selamat Hari Lahir Isteriku

Assalamua’laikum.

6 April. Bagi orang lain, mungkin tiada apa-apa yang penting pada tarikh ini. Namun, bagi ambe, tarikh ini antara tarikh penting dalam hidup ambe. Pasti, tarikh yang berlalu menjadi sesuatu yang paling jauh dengan kita. Apa yang paling dekat dengan kita? Iya, masa sekarang. Maka, tarikh yang berlalu perlu dikenang sebagai panduan dan pemberi ingatan berkekalan tentang sebuah pengorbanan.

Tanganku menjadi lebih kaku dari biasa bila nak mengarang tentang kamu, isteri tersayangku. Benarlah, cinta dan kasih sayang kadang-kadang sukar untuk diluahkan hanya dengan tulisan.

Tiap kali tarikh ni tiba, tiap kali itu juga kamu cuba menggodaku untuk tidak membeli sebarang hadiah untukmu. Mana mungkin aku mampu begitu, sedangkan kamu insan istimewa dalam hidupku.

Hadiah bukanlah nilaian kasih dan sayangku buat kamu. Ianya tanda ingatan ikhlas seorang suami terhadap kamu. Wahai isteriku, janganlah dipandang mahal murahnya, tapi pandanglah ia pada nilai ingatanku, seorang yang bernama suami.

Sikit-sikit jadilah. Ambe risau ada rakan-rakan yang tetiba loya dan pening nanti. Untuk isteriku, juga seorang blogger (fiezaradzi.com)

Selamat Hari Lahir. Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik. Dirahmati setiap saat oleh Allah. Kami sayang Mama!

@hafizmd – Selamat Hari Lahir Isteriku. Jom keluar, abang belanja makan sedap-sedap!

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.