Segmen Talian Hayat: Nak kahwin, tapi…
Assalamua’laikum.
Buat kali pertama, saya terima 1 email dari rakan pengunjung blog ni. Saya lampirkan di bawah.
Salam. Saya ada kekasih yang setahun lebih tua dari saya dan kami masing2 masih menuntut..dia di kedah, maka saya di penang..kami biasanya bejumpa pada hujung minggu..kami sudah menjalinkan hubungan sejak bangku sekolah lagi sehingga sekarang..saya ingin meminta pendapat , saya ingin berkahwin semasa belajar kerana saya tidak mahu terus berdosa dengan kekasih saya kerana waima rindu itu pun zina hati namanya, keluarga di sebelah saya nampaknya tidak menghalang..keputusan peperiksaan saya dan kekasih pun 3.5 ke atas setakat ini,alhamdulillah.saya tidak rasa akan menganggu prestasi pelajaran,saya lagi malu pada ALLAH krn dia memakbulkan doa sy tp sy terus melakukan dosa.cuma masalahnya kekasih sy ada halangan dgn ibu bapanya..kami buntu..kami tidak mahu lagi terjebak dgn dosa dan ingin melakukan ke jalan yang diredhai dalam berkasih syg.selain itu, kekasih sy juga tidak begitu yakin dgn dirinya.harap ย dapat menolong..tq
Kesimpulannya: Dia dan kekasihnya masih belajar dan berniat untuk kahwin muda tapi ada halangan dari pihak keluarga sebelah lelaki dan kekasihnya juga tak yakin dengan diri sendiri.
Saya dahpun balas email ini dengan apa yang termampu.
Saya juga meminta kebenaran dia untuk menempel isi emailnya di sini untuk mendapat sedikit nasihat dan panduan daripada rakan-rakan semua. Harap dapatlah berkongsi rasa dan kata-kata anda dibawah. Semoga ada kebaikan dari perkongsian ini. InsyaAllah.
ยฎ hafizmd – Terima kasih semua.
Mungkin Ibu-bapa lelaki tu nak merasa dulu hasil(gaji)lelaki tu.Ibu bapa lelaki tu rasakan anak lelaki dia belum cukup matang untuk berkahwin.
Pada wanita tersebut,kalau jodoh tak kemana,jgn jadikan alasan takut zina untuk berkahwin cepat.Sebalik nya diri kita sendiri kena kuat iman.
Untuk berkahwin kena prepare everything,kalau minda dah ready tapi soal kewangan belum tak boleh juga.Penceraian byk berlaku akibat masalah ekonomi sesebuah rumah tangga.Pada mulanya memang ok,tapi bila dah ada anak dan sebagainya..masalah kewangan mula timbul,bila timbul terjadilah pergaduhan kecil dan melarat hingga ker cerai berai.
Sekadar pendapat peribadi ๐
Aku setuju pendapat ni.. adik aku dulu pun nak kahwin di tahun pertama pengajian universiti.. tapi sebagai yang tua kitorang tak galakkan.. Walaupun ada kemampuan kewangan dan juga rasa diri sudah bersedia, tetapi cabaran dalam berumahtangga itu terlalu besar.. Habiskan dulu pengajian dan kalau benarlah kedua-duanya ikhlas, InsyaAllah jodoh tak ke mana..
Adik aku akhirnya ikut nasihat dan sekarang sudahpun berkahwin dengan bahagianya..
@Adam, Alhamdulillah. Siap ada contohnya. Terima kasih bro. Harap yg bertanya dapatlah sikit sebanyak kata2 pedoman kat sini
Terima kasih Zaman berkongsi.
Ada point2 penting tu. Hrp si dia ambil mana yg boleh =)
Mmg kahwin kena sedia semua segi, bukan setakat fizikal, tp mental dan segalanya
ada juga kawin tapi dalam masa sama kena cari kerja part time. tapi wajib kawin klu dah dua2 berkeinginan ke arah tu dari buat perkara yang dilarang agama.
cari jalan penyelesaian raanya blh di selesaikan sebaik blh. perkara tak blh buat main2 sb skrg byk kes ‘tak tahan’ last2 belajar kemana ..malu di tanggung keluarga.
tidak perlu buat majlis yang meriah kalu nak buat juga kena cari eang yang lebih yg penting berbincang kedua keluarag dan nikah terus.setel semua perkara.
kalau ada usaha dan dua2 dah bersedia…apa salahnyakan suri?
tp kalau ada halangan, adalah tu yg tak berapa kena….terima kasih suri berkongsi pendapat
kahwin jela.
dah ada anak nanti. barulah terasa. Masa tu, kena survive la.
benda baik. teruskan je..
@titan, kalau semuanya ok, takde halangan dan dua2 dah sedia…mmg takde salahnya
Ketika di kolej dahulu saya menolak tepi cinta dengan mengikut nasihat orang tua. Tidak dinafikan ada yang kawan yang cemerlang biar pun mempunyai buah hati kerana hendak menjaga standard perlu berusaha mendapatkan pointer yang bagus tapi ada yang lingkup kerana putus cinta hingga tidak mampu beri tumpuan kepada pembelajaran.
Ada sebab orang tua melarang bercinta ketika belajar.
alahi klu main2 masa pengajian payah juga huhuuhu..
@suri, mmg payah, tp kalau sudah bersedia semuanya, mungkin boleh dipertimbangkan
Mmg ada sebabnya.
Jd, restu org tua nak kita utamakan.
Terima kasih Bro AB berkongsi
bercakap pasal perkahwinan ni memang susah jugak la kan.
Yelah, perkahwinan ni bukan sesuatu yang main-main. Seronok jika berjaya,tapi sebaliknya jika gagal. Memang sebelum kahwin kita boleh cakap itu ini tapi lebih baik bertanya pada yang lebih arif adakah kita ni sesuai dah untuk berkahwin atau belum.
MAcam kes di atas, mungkin keluarga si lelaki ni rasa anak dia belum cukup matang untuk menjadi kepala keluarga atau belum cukup bersedia dari aspek tertentu. Bersabar je lah, jangan ikutkan sangat kehendak hati. Tamatkan pelajaran dulu dan cari pekerjaan yang sesuai.
Memang ada yang kahwin masa belajar dan ok. Tapi ramai ke macam tu? Mampukah kita? Kalau mampu, ok teruskan la.kalau tak, hold dulu.
Just pendapat nizam. ๐
Terima kasih Nizam. Byk point yg Nizam tulis tu. Harap si da dapat ambil mana2 yg dirasakan dapat selesai cabaran ni.
Mmg setuju sgt2, kahwin bukan seronok semata2, tp tanggungjawab tu yg paling utama.
Thanks Nizam =)
sama-sama… biasalah anak muda sekarang. Nizam sendiri pun teringin nak kahwin tapi bila pikirkan tanggungjawab rasa masih belum bersedia lagi.
@nizam, insyaAllah, kita akan sedar bila kita dah sedia =)
thanks bro
biasalah kalau sebelah lelaki yg menghalang. dulu sy tak faham kenapa ibubapa menghalang anak lelaki supaya lewat sedikit berkahwin tapi bila saya ada 3org anak lelaki saya boleh merasakan saya perlu bergantung dengan anak2 lelaki saya. Maksudnya bukan bergantung dari segi duit tetapi bergantung perkara lain.Maklumlah lelaki ni kan pemimpin.
Semoga pengadu boleh bersabar dan menghormati keputusan ibubapa sebelah pihak
Luahan seorang ibu yg punya anak lelaki. Harap si dia dapat faham sesikit sebanyak situasinye.
Moga ada jalan penyelesaian terbaik.
Terima kasih Kak CS berkongsi
pointer bagus bukanlah satu waranti.. sila hormat & dengar cakap mak bapak..
Terima kasih bro. Mmg bukan waranti yg pasti
Pendapat peribadi, kalau tinggal jauh2 (tak jauh mana sebenarnya pun, Kedah-Penang) dugaan banyak datang, yang lelaki mungkin risau kalau2 si prpn berkenan ngan org lain di Penang tu… dan macam2 lagila. Semua tu godaan syaitan saja supaya kita terjebak buat benda tak elok.
Nasihat saya, sabar dulu.. banyakkan berdoa dan kurangkan berjumpa setiap hujung minggu tu untuk mengelakkan perkara yang tak baik berlaku.
Mungkin boleh berbincang dengan keluarga untuk bertunang sahaja dulu, habis belajar, dapat kerja kawinlah.
Bila makin banyak tanggungjawab, barulah pemikiran lebih matang.
Terima kasih Shraqs. Mmg kalau selalu jumpa berdua, akan ada yg ketiga.
Moga si dia dapat sesuatu yg bermanfaat kat sini
Aku setuju dgn Titan…kawin je laa….dh teruk sgt tu, klau dibiarkan nti lagi beso lak dosa yg derang buat…maklumla org muda…tp derang kene ingat…kawin ni bukan takat nak seronok2 jerr
haa.kwin2 wewe… slmt sikit ๐
@suri, jadi, harapnya ada kebaikan dari tindakan yg diambil nnti
@Yas, kalau semuanya ok. Boleh saje, tp si lelaki nampaknya juga tak yakin…Harapnya adalah manfaat dr perkongsian kita ni yer
Ada banyak sebab kenapa ibubapa menolaknya … mungkin lelaki tu tak hensem ๐
klu kacak tak baest gak wang ..agama tak der adui..kira semua kena kacak kot baru blh minang anak dia huhu..
@suri, paling kacak, bila kita ambil agama no 1, restu parents nak kena ambil juga, barulah bertambah hemcem
hahah kau ni ben memang la lawak…
Budak tu atau mak bapak dia yang nak kahwin…
๐
@Dno, hehe…bang benjy pandai ceriakan suasana =)
Pakej ni takde dalam ini hal… =)
Mungkin juga keluarga ibubapa wanita tu kaya berbanding si lelaki …
Takde pulak dia nyatakan hal ni =)
Mungkin juga ibubapa wanita sudah ada pilihan lain …
Yg ni nak kena jumpa parents dia
ataupun lelaki tu rendah sikit dari wanita tu …
huuu…ni rendah sikit rezki murah bang benjy
mungkin juga lelaki tu belum bekerja nanti menyusahkan anak dara mereka …
Katanya, masih belajar, jadi mungkin belum kerja lagi.Jd nak kena fikir juga tu
Aduhh ! kuat sungguh ombak rindu ni …. kalau macam tu …
ombak rindu kalau tak jaga, bahaya bang benjy
kahwin kat siam … pilih antara dua perlu pengorbanan atau terima keadaan tersebut sehingga bekerja nanti.
kahwin kat luar nampak macam mudah, tp nanti byk yg payahnya =)
Bagi rahsuah ibubapa wanita tu …. kekekeke (saja bergurau)
hehe…kalau ‘rasuah’ usaha sungguh2 boleh?
… cuba cari masa sesuai berjumpa dengan ibubapa wanita tu agar dapat tahu apa sebabnya. Dengan mengetahui sebab maka dapat mengatur strategi kelak … nak guna formasi 4-4-2 ke 4-3-3 ke 5-4-1 dan sebagainya ๐
Maknanya, kena berbincangkan bang benjy?
Terima kasih atas nasihat ni
Anak saudara saya kahwin sebaik sahaja lepas SPM. Sehingga kini dah dua kali jatuh talak. Bila fikir kahwin selalu orang fikir yang indah2 je tanpa memikirkan tanggungjawab yang harus dipikul setelah berumahtangga. Pengalaman bekerja pun belum rasa, dah nak rasa pengalaman berumahtangga. Sebaiknya tambahkan ilmu meniti kehidupan berdikari yang kini semakin sukar. Pastikan semua keperluan asas ada dan pendapatan stabil baru fikir soal kahwin. Bagaimanapun, untuk mengelakkan zina, memang wajib kahwin tetapi pastikan anda tahu kehidupan baru yang bakal anda tempuh dan bersedia menghadapinya
Terima kasih Kak Nora berkongsi cerita ni. Harap dapat diambil sebgai panduan dan sempadan.
Pastinya, alam rumahtangga mmg indah, tp byk juga pahitnya.
Jgn ikut hati sgt. Fikirkan dahulu pelajaran. Dgr pesanan mak abah kita. Itu kunci utama rezeki dan pelajaran yang cemerlang.. utk kuatkan diri buatlah solat sunat. habiskan belajar. Bantu kedua mak abah. Baru fikir tentang perkahwinan..
Mak bapak sentiasa memikirkan yang terbaik utk anak.. Ada anak
fikirkan apa yg mereka mahu?
Terima kasih Nurmisnan.
Kunci utama, restu mak ayah.
Sebagai parents, mmg fikirkan yg terbaik utk anak2.
hemm..ada pula yang menghalang ye..
Mungkin lebih kepada kurang setuju
Apabila bimbang berbuat dosa, lebih baik kahwin. Namun begitu, restu ibu bapa memang sangat perlu dalam melayari kehidupan rumahtangga. Jadi, bincanglah secara baik dengan keluarga. Minta pandangan ibu bapa sebab mereka lebih memahami kita sama ada sudah bersedia untuk menempuh gelombang rumah tangga. Sebelum kahwin, tak nampak banyaknya tanggungjawab dalam rumah tangga, tapi bila dah mula ada tanggungjawab,terutama tahun-tahun awal berumahtangga, sokongan dan dokongan keluarga sangat berguna.
p/s Rasa macam ruangan Dr. Love pulak, ahaks!
Itu mmg pilihan terbaik. Tp setiap pilihan ada tanggungjawabnye. Terima kasih Kak Long.
p/s-sesekali jadi dr cinta…hehe
Apa2 pun restu ibu bapa tersangatlah penting dalam melalui alam berumahtangga. Elakkan terjebak dgn kawin lari. Beri masa ibubapa si dia lembut hati. Tapi bila sya baca point “si dia pun tak yakin dengan dirinya” membuatkan ini satu lagi halangan besar. Kalu lelaki dah rasa xde keyakinan, baiklah jgn pegang tgjawab buat sementara waktu ni. Sbb bila dah jadi suami ni tanggungjawab nya sangat la besar.
Terima kasih Mekar.
Mmg tanggungjawab yg besar bila dah kahwin ni. Jadi suami dan ayah. Fikir2kan
Restu tu mmg cukup penting utk bahagia dunia akhirat.
inilah masalah muda mudi zaman sekarang..semoga ditunjukkan dan dipermudahkan jalan menemui cinta dan kebahagiaan yang diredhaiNya ๐
Mmg masalah dan mereka perlukan pandangan sisi utk selesaikannya =)
Ameen, moga dia dpat sikit2 pedoman
aku juga sokong kawin je
daripada menanggung dosa berpanjangan
allah sayang hambanya yang tak mahu buat dosa
Terima kasih Cikgu.
Mmg Allah sayangkan hamba2nya
Salam Hafiz ๐
isu yang menarik.
Komen saya adalah dengan berterus terang pada kedua2
belah keluarga. Itu lebih baik.
Smoga beliau dan pasangannya akan bersatu kelak.
Salam Nizam,
Mmg menarik memandangkan ramai yg nak kahwin muda, tp ramai juga yg alami masalah.
Harapnya, mereka2 yg perlukan pandangan sisi lain, boleh dapat sikit manfaat kat sini =)
ini pandangan peribadi aku…
Belajar dulu sampai tamat, cari dulu kerja…
sebab ini bukan saja untuk masa depan mereka berdua tapi mungkin juga melibatkan masa depan anak mereka seandainya terberanak nanti….
Bab takut berzina…
keseimpulannya bertuankan nafsu…
memang boleh buat kita lesu…. sebenarnya pada aku bab nafsu ni terpulang pada mereka untuk mengatasinya, lainlah kalau mereka satu tempat pengajian dan satu kuliah… mungkin itu agak sukar untuk dikawal… tapi bila mereka yang mencari itu dah kes lain..
APA pun dari berzina baik kahwin…
Bab ada anak tu betul tu. Mmg nak kena fikir. Jadi, sekarang terpulang pada si dia utk teruskan niat, atau tangguhkan dulu. Moga ada kebaikan dari perkongsian ni.
Terima kasih Bro Dno
Susah nak cakap bila tiba soal hati dan perasaan. Apa yang KM boleh cakap. Banyakkan berbincang dengan mereka yang berpengalaman.
Perlu juga fikir tentang kemampuan diri dan wang ringgit.Seriously nie penting. walaupun ramai yang cakap wang ringgit bukan segala-galanya. Tapi segala-galanya perlukan wang ringgit.
Terima kasih KM. Berbincang baik2, insyaAllah ada jalan selesainya.
Setuju tu. Walaupun semuanya perlukan duit, tp duit bukan segalanya
ramai kawan maza menikah masa first degree.. sudah sampai seru tu, kawen ajelah.. heheheh
wah..itu semua sudah sampe jodohnya… =)
perkara baik x elok dilengah2kn..tp selagi mana mampu menahan rasa..rasnya baik ditangguhkan..
ibu bapa lelaki mungkin ada sebab tersendiri kenapa dia x benarkan..=)
belum sampai jatuh hukum wajib utk kawin kan..masing2 pun tinggal jauh..kalo dekat tu..mungkin kena nikah cepat =)..sekadar pandangan
Terima kasih Chii berkongsi pendapat.
Harap si adik ni dapat ambil mana2 point penting =)
dah jawab kan.. rasanya mmg betul pun, lau lelaki lum benar2 bersedia susah sikit la..sbb die bakal jadi ketua keluarga kan.. jadi, susah lau ketua belum bersedia kan.. apa pun, moga masalah ni dapat diselesaikan. dan mudah2an membantu adik kita yg dalam dilema tu..
Dah jawab. Itulah harapannya.
Harap dapat beri sikit panduan berguna.
restu ibubapa yang paling penting.
rasanya kalau dah jodoh, takkan kemana.
dunia sekarang, walaupun duit bukan segalanya, tapi segala-galanya perlukan duit.
Setuju. InsyaAllah, kena yakin dan berusaha utk ke arah tu
stdy la dulu..bkannya lama
kdg2 dia kene pikir juga camne nk jaga isteri bila dh kawen nnt..tima bercinta mmg la indah..die perlu rasional dan sedar keadaan diri nya
pendpt sy shja..
Salam , saya 19 . Saya dan bf sebaya . Kami masih belajar di ipta yg sama . Kami kenal sejak form 3 lg . Hubungan kami sgt serius dan bercadang utk kahwin . Ada sbb penting2 yg mnyebabkan kami buat keputusan ni . Sbb yg plg utama, nak memperbaiki diri jd muslim yg lebih taat kpd Allah. So nak jauhkan maksiat . Tp masalahnya kami tkde duit poket sendiri dan takut bertanya pada kedua org tua . Ada sape2 boleh bg nasihat ? Syukran, Jazakallah Khairan Kathira .
Salam. Alhamdulillah sbb awak tau yg ade jalan keluarnye. Cuma, pade sya, kahwin bukanlah hanya semata-mata jalan keluarnye. Andai belum bersedia terutamanya dr segi kewangan, jln paling sesuai sekarang ialah bersabar dan mase yg same kena kurangkan berjumpa utk elakkan perkara yg tak sepatutnye berlaku. Dekatkan diri dgn Allah, insyaAllah ade jalan keluar yg jelas.
Saye mmg ade jumpe pasangan yg bercinta sejak bangku sekolah, dan bertahan hinggalah ade anak empat sekarang. Jadi, ia mmg tak mustahil. Maka, bersbarlah dan teruskan perjuangan hidup yg masih pjg.
Sekadar pandangan saye
Hairan juga kenapa perlu ada bantahan dari ibu bapa yer..haiya..menda yang elok baik diteruskan melainkan pihak lelaki tidak bertanggungjawab, tak solat dan sebagainya..
Itulah. Umur bukan faktor penghalang utama. Mungkin ibubapa takut anak2 tak cukup matang
assalamualaikum.
pendapat saya pasal isu kawen awal ni,
em boleh je nak kawen.kawen 2 ribu da ckp skrg nii.
xpayah grand2.kurgkan pembaziran.
as parents, kita kena fikir jugak, xkan nak biar anak2 bwk anak dara org ke hulu ke hilir.
kluar sesama. kita jugak menanggung je nnt kat sana. tggjawab ibu bapa yg menikah kan anak2.
bila anak2 mintak dinikahkan tu, fikirlah dulu, jgn teros tolak mentah2.terutamannya marah anak nak bg isteri makan apa, pasir?.nasihat anak dulu, then suruh dia istikharah.memohon pada yg esa. itu lebih baek darik tolak permintaan anak teros.
mmg boleh kalo nak jumpa sekali skala.tapi kita semua manusia.sms,call smua.masih melanggar syarak yg dtetapkan.bila dalam hati msg2 da ade rasa rindu,kita da ade zina hati.bolehke lagi nak lari, doa ttp kita menanggung.ibubapa pon sekali.nafsu?mampu ke tahan nak jumpa smua.?ade org da jatuh tahap wajib kawen.itu bahaya takut membawa kpd pengzinaan.
perkahwinan itu ade lah satu tanggungjawab untuk membiina ummah.
inshaALLAH persiapkan lah diri ke gerbang perkahwinan, rezeki ALLAH itu luas.jgn risau.
mna kita tahu, lps kawen nnt, rezeki melimpah ruah.ALLAH itu tahu apa yg terbaik untuk hambaNya.
Majlis Kahwen tu sehari je,
apa yg pentg selepas darik majlis itu.
tanggungjawab yg dipikul.
inshaALLAH bersungguh laa dengan parents.tunjukkan kenapa kita nak kawen skrg.
tunjukkan kita da bersedia.tambah laa ilmu didada, bergaul la dgn org yg lebih berpengalaman. jgn lupa berusaha niat kerana ALLAH.inshaALLAH dipermudahkan.
Terima kasih FJ. Setuju sgt dgn pandangan anda. Apa yg perlu ialah pandai guna duit dan sederhana dalam berbelanja
this is exactly what happened to me last year. keluarga sebelah lelaki menghalang. mula2 aku sendiri tak faham kenapa family si dia halang sebab abang si dia juga bernikah sewaktu mereka masih di alam universiti. agak bengang gak la mase tu. tp lame2 aku rase otak aku semak fikir pasal ni. so aku decide utk tinggalkan si dia yang sangat ak sayang tu. perit. sakit. sedih. semua pun ade. ak lemah sangat2 waktu tu. jd aku dekat kan diri dengan Allah. setiap waktu yg dulunya aku habiskan utk msg/call si dia aku ganti kan dengan mengingati Allah. kalau kt kelas ak teringat si dia, aku akan berzikir. kdg2 sampai mengalir air mate sbb rindu kat dia. kalau aku kat hostel aku rajin buat solat2 sunat dan mengadu pada Allah dalam sujudku.
dan sekarang aku dan si dia tak contact langsung. aku cuma tahu pekembangan si dia melalui sahabat karib si dia yg aku hubungi melalui inbox facebook tanpa pengetahuan si dia. kata sahabat karib si dia, si dia masih menunggu aku sambil persiapkan diri dengan ilmu2 Allah.
Subhanallah. Tahniah effy. Jalan sebeginilah yg patut dicontohi oleh mereka2 yg mencari jalan penyelesaian terbaik.
Semoga effy bakal bertemu jodoh yg terbaik InshaaAllah.
Terima kasih berkongsi kisah dan rasa.