Tahun Kedua Cik Tom…

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Walaupun cermin mata dan laptop ambe rosak, ambe masih lagi segar bugar dan sihat menyedut oksigen dan membebaskan karbon dioksida untuk kegunaan pokok dalam proses fotosistesis. Nanti pokok tu pulak yang membebaskan oksigen untuk kita sedut. Tak ke jahat manusia yang suka-suka hati tebang pokok? Macam Cikgu Biologi pulak dah…hohoho. Sebenarnya, dah lama dah ambe nak tulis, tapi akhirnya baru hari ni terlepas entri khas untuk blogger Cik Tom sempena Giveaways Keduanya.

Perkenalan dengan Blog ciktom.com

Lama jugak ambe fikir, rasanya blog yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan blog ciktom.com ialah blog manusia yang tertabalkan dirinya sebagai raja cendol Malaysia, iaitu En. Titan. Rasanya melalui blog dialah ambe mula menerobos hampir setiap hari ke blog Cik Tom.

Blog Cik Tom pada pandangan amatur seperti ambe memang cukup mengkagumkan. Mesra SEO terutamanya untuk sesetengah kata kunci seperti resepi kek cawan, membuatkan blog Cik Tom mampu menjana duit sampingan hasil kuasa SEO. Tengok sajalah jumlah limpahan trafik yang masuk ke blog Cik Tom untuk kata kunci yang ada kaitan dengan bulan Ramadhan, hampir mencecah 10k sehari! Ambe tengok tadi, hampir pitam ambe dibuatnya.

Ambe jamin, kalau sudah terjebak ke blog Cik Tom, memang payah untuk mencari jalan keluarnya. Macam-macam ada kat sana. Pasti antara entri yang paling bernilai ialah segmen review blog oleh Cik Tom sendiri. Setakat ni, 26 blog sudahpun direview. Agaknya, ada harapan ke blog kita direview oleh blogger yang sukakan tomato ni?

Entri terbaik di hafizmohd.com?

Masa mula-mula ambe baca syarat GA Cik Tom, ingatkah Cik Tom salah taip, tapi memang benar sebenarnya. Dia nak kita promosi entri sendiri dalam GA dia. Memang lain dari yang lain. Bukan takat nak berkongsi rezeki dengan kita, bahkan bagi peluang untuk kita korek balik entri-entri lama kita sendiri. Cara untuk menghargai entri sendiri dan berkongsi balik.

Jadi, ambe pilih entri  daripada Segmen Talian Hayat: Nak kahwin tapi….

Kenapa entri ini? Apa yang lebih baik selain dapat membaca pandangan dan buah fikiran anda semua? Nak-nak dalam isu kahwin. Rata-rata pembaca blog ambe, ramai yang sudah berkeluarga. Pandangan mereka pastinya lebih tajam dan praktikal. Bukannya ambe menidakkan pandangan orang bujang, tapi orang yang dah kahwin ni fikirannya lain macam sikit. Betul tak?

Tahniah kepada Cik Tom sempena ulangtahun kedua blognya. Bukan senang untuk berada pada tahap Cik Tom sekarang. Hanya yang kuat makan tomato dan konsisten akan berjaya. Tahniah Cik Tom!

“Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak Mahh, Dania Eryati, Onlajer,Nazri, HatiputeraEielaRina Avail, Akhiyy, Hafizul, Puanbee dan KeretaHitam.