Kisah Cermin Mata dan Laptop

Assalamua’laikum.

Cermin mata dan laptop. Siapa ada kedua-duanya? Cermin mata, ambe pakai sejak Tingkatan 3. Pakai memang sebab rabun jauh, bukan sebab nak nampak lebih hencem (tak pakaipun hensem daaa…hahahaha). Maknanya, dah lebih 15 tahun menjadi pengguna cermin mata. Rasanya hampir 6 pasang cermin mata yang dibeli. Bukan sengaja nak tukar, tapi bila dah patah, barulah wajib tukar. Cermin mata terakhir yang ambe beli hampir 2 tahun lepas. Akhirnya, perkara kurang disukai datang lagi….

Bila sampai masanya

Cermin mata ambe patah buat kesekian kalinya. Ambe punyalah belai siang malam, gosok tak kira pagi petang. Akhirnya patah juga. Dah sampai ajal agaknya. Oleh sebab ambe masih sayang kat cermin mata ni, ambe belum lagi beli yang baru (padahal tunggu gaji masuk dulu….hohoho). Cermin mata bukannya murah wahai kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik sekalian. Kalau takde RM200, janganlah mimpi nak beli ganti baru. Kalau nak yang jenis cermin boleh bertukar gelap tu, sediakan saja budget dalam RM400. Itu sebabnya ambe kurang gemar tu….mahal bebenor aksesori ‘terpaksa’ yang ambe guna ni. Bila nak beli baru pun tak tahu lagi. Ambe soletep dulu. Janji nampak muka anak isteri dan nak pandu kereta, Alhamdulillah.

gambar cermin mata patah motivasi ramadhan

Giliran laptop menyusul

Belum sempat ambe fikir pasal nak tukar cermin mata, tiba-tiba laptop ambe pulak menjadi mangsa. Pemangsanya ialah AIR. Iye yop, air dah masuk dalam laptop ambe. Ambe pun tak sodar bila kejadian air tu masuk dalam laptop. Ambe cium punya cium (punyalah sayang…hooo), ada bau hangit. Sah, mesti ada kes litar pintas dah ni. Takkan nak masukkan dalam oven? Ada sesiapa tak pernah alami kejadian ngeri macam ambe ni? Ada peluang tak untuk pulih?

Itu cerita minggu terakhir Sya’ban menjelang awal Ramadhan. Ambe juga sempat demam, sehari sebelum Ramadhan. Itu semua dugaan dan cabaran. Ambe bersyukur pada Allah kerna masih lagi sayang pada ambe dengan memberi dugaan yang tak seberapa ini. Alhamdulillah.

Disebalik dugaan kecil ini, ada satu cerita gembira yang lebih besar dan bermakna yang ambe dan isteri (blogger Fiezaradzi.com) lalui awal Ramadhan lalu. Cerita apa? Pasti akan ada ceritanya di blog yang tu nanti….

@hafizmd – Bagaimana puasa setakat hari ke-3? Moga baik-baik saja yer…