Saman trafik dengan kadar yang lebih hebat & ‘DNA baru’ anak-anak…
Assalamua’laikum.
Alhamdulillah, walau aku sekarang ada rasa sedikit tertekan, aku bersyukur masih lagi diberi pinjaman tanpa sebarang faedah untuk segala macam nikmat oleh Pemilik Alam dan seluruh isinya. Alhamdulillah.
Kalau ada teman-teman yang baca artikel bertajuk: Banyak Sungguh Kereta di Jalan hasil titipan Puan Fiezaradzi…pasti juga merasa yang jalanraya di Malaysia ni makin sesak. Mana taknya, semuanya berlumba mengeluarkan kereta yang lebih cun dan menarik. Contohnya yang terkini Myvi D54T Mystical Purple!
Tapi, apa yang aku lebih bimbangkan ialah….
…etika pemandu Malaysia sekarang. Kalau aku yang tiap-tiap hari ulang-alik ke pejabat yang tak sampai 10 minitpun dah rasa naik bingai dengan perangai pemandu Malaysia, aku pasti yang jarak mereka lebih jauh pasti lebih besar tekanan yang dirasai.
Mana taknya, suka cilok, langgar lampu isyarat, memandu sambil berhandphone dan macam-macam lagi kesalahan trafik.
Benda yang paling yang aku rasa cukup pelik bin ajaib ialah mereka secara tak langsung sedang “menanam DNA” baru dalam diri anak-anak mereka sendiri! Tak perlu orang lain ajar cara nak mencilok, cara nak guna handphone dengan betul! Mereka sendiri dah siap ajarkan anak-anak mereka. Anak-anak perhatikan apa yang mak ayah buat. Betul tak apa yang aku bebelkan ni?
Harapnya, kadar baru kompaun bagi kesalahan trafik sikit sebanyak dapat sedarkan manusia tentang pentingnya untuk patuhi undang-undang ni.
®hafizmd – nampak tak? saman trafik sekarang dah ada had masa tertentu? hebat tak?
hoho..saya tak mau kena saman. seratus pun banyak juga tu..
kalau 50pun, dah kira nak nangis kalau kena…huuuu
oh, banyak juga yang aku patut bayar kalau diorang saman aku hari ni. :). Dahlah bulan posa dah dekat ni. Duit nak guna ni! hihihi
kalau sekali kena 2-3 salah…mmg mau kopak poket…jd, sama2lah kita berhati2 di jalanraya ;p
yang pasti saya, highway 110km/j je ok..hehe
bawak laju2 bergetar stereng, bahaya betul..
walau bergetar, ramai jugak yg bawak myvi, kenari, kancil, viva…pergh…dia punya speed mau dalam 130-140…tp kalau sekali kena…tak nampak rupa kereta dah…wanau’zubillah
Betul tu… Ada sekali bEe tgh drive (lalu duke) jln kat sedap tetiba ada kete kancil laju sungguh memotong! Bayangkan ketika tu bEe drive dlm 100km/j. Kancil kalau lbh 100 dah bergegar tu…
diorang ni, kalau beri ferrari…lagi ramai yg langgar divider tuh…mmg gasak saje kerja mereka ni…huuh
Salam bro.
Saman naik harga pun kalau penguatkuasaan tak berkesan, tak guna juga. perlu ada kajian macamna nak bagi tingkatkan penguatkuasaan tu, supaya orang takut kena saman dan bawak laju.
As salam SBC,
Setuju sgt, kalau setakat naikkan kadar saman, tp bab kuatkuasa masih tahap lama…mmg tk kemana…harapnya, pihak berwajib betul2 saman mana2 yg langgar kesalahan jalanraya, kalau perlu, dah degil sgt taknak bayar saman, blacklist saje pasport mereka, atau lebih kejam, hold dulu kalau mereka diberi kenaikan pangkat…bayar saman dulu baru naik pangkat….kejam tak???
@hafizmd, penguatkuasaan itu mewujudkan undang2
Letih bayar saman. Sekarang dah mudah boleh bayar secara online. Kompaun sudah dinaikkan tetapi masih tegar melakukan kesalahan jalanraya
huuuu…kalau dah kena sekali…biasanya kalau jenis yg ikut undang2…mmg dah serik dah…tp kalau jenis degil…mmg alah bisa tegal biasa kot?
berhati2 di jalan raya
🙂
tu yg terbaik….hati2 jgn asyik ikut kata hati jer 😀
jalan raya makin sesak, tapi nampaknya banyak juga yg mula meminati basikal fixie, dah jadi trend, jom naik basikal!
Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi…
itulah…lama2…kalau silap tumpah…basi jadinya….
dulu masak kene saman ops sikap..memang sakit jiwa la. rm300 terbang bodo macam tu aje..
sejak hari itu..bawa kereta memang skema la. haha..
hhaha…sekali kena, biasanya dah terus skema…tp ade jugak yg hari batu..takleh nak buat ape dah…
pandu selamat, jiwa selamat, wangpun selamat…hehe
dah dekat2 puasa dan raya ni
jangan la kena saman
ini, bila kena terus insaf kot…huhu..
wanau’zubillah…hati2 di jalan raye
sepekara lagi.. perkhhh.. kebanyakkan saman mengenakan pada had maksima.. RM300.00
jawab sehhh..
semua dh maksima…klau kena…mmg robek poket…siap ada selang masa lagi tuh…mau terus bangkrap ni..
GILAK!!!!!!
Ni saman berantaian @ saman Ah Long neh????
Haiisshhhh… amat membebankan rakyat. Ni kaut keuntungan dgn jln mudah. 👿
untung mmg untung…harapnya rajinlah buat penguatkuasaan tuh..hrp jugak pemandu2 kat malaysia ni lebih berhemah dan beretika…
Pandu cermat … jiwa selamat .. saman tak dapat!
duitpun selamat..hehehe
kalau saya kena saman, mau giigl agaknya.. huhu.. maklumlah, lau tak bayar, mesti rasa tak tenang.. sbb mmg buat salah kan.. tak tau la bagi mereka yg buat salah tapi rilek jer.. hebat..
jgn annti org tak bayar, de diskaun lagi, sampai jadi harga biasa, takut org buat dek dgn peraturan baru ini. jadi, org ambil ringan akan kes2 lalu lintas ni.. senang citer, lau liat sgt, naik court je la..
mau tak gigil, jarang kena saman…rasenya yg kental tu mmg jenis dah biasa kena saman, dan dah biasa buat derk…tp bila surat court smpai…mulalah gelabah carik cable yg boleh tolong…biasa sgt dah perangai camtuh…hooooo
lupa la.. betul, anak2 akan ikut apa yg ibu bapanya buat, tak pun perkara di sekelilingnya. even kalau baling sampah kecil ke luar pun kdg2 boleh diikut..indahnya kalau semua ibu bapa menunjukkan sifat dan sikap terbaik utk anak2, tiada pengaruh buruk rakan rasanya..
jadi, ajar anak dengan perkara baik.
itulah…anak2 cerminan ibubapa…moga kita menjadi yg terbaik juga…ameen
pssst..insyaAllah…akan lebih berusaha utk menjadi abah yg terbaik 😀
pernah juga kena saman ni. beberapa ratus juga habis. bila nk membayar tu mula berfikr “kalau lah duit ni aku guna utk beli baju, kasut & mekap, kan best !” Aap2 pun kita dh buat salah. So, balasannya kenalah bayar ok !
huhu…masa tak kena saman, mmg syok jer bawak laju…tp time nak bayar saman, mmg terbayang mcam2 dgn duit tuh…huhuhuhu
Hari tu kena saman parking, nak bayar tp dalam system tak ada lagi…so tunggu punya tunggu dah 3 bulan lebih…tup tup parking kena rm 250…gila ke hapa?
Mak aiii…sampai 250?
Assalamualaikum abang abang dah kakak kakak semua … Nak tanya Saya dulu pernah kena saman pada tahun 2018 (tak silap) tapi saya lupa nak Naik makamah pada tarikh diberikan bayar sampai sekarang sebab surat saman hilang … Bila check balik baru ingat ada saman … So agak agak berapa denda yang akan saya kena ya ? Ada tak yang pernah kena situasi macam saya ? Kalau ada boleh tak kongsikan … Harap sangat sangat dekat sini boleh bantu jawab persoalan saya 🙇
Untuk senarai saman seperti jadual di atas, kadang bukan boleh ikut sangat. Ada masa masa mereka akan buat kempen untuk diskaun atau potongan harga saman. Biasa nya tengok dekat dekat hujung tahun atau dekat cuti perayaan.