Oh! Lelaki – Tips waktu si dia PMS…

Assalamua’laikum.

Moga semuanya senyum ceria dan gembira. Pada kawan-kawan yang mana ada masalah, harap jangan tertekan sangat dan kuatkan hati yer 😀

Kali ni, aku nak kongsi pula tips untuk lelaki khasnya dan umumnya untuk wanita…walaupun tajuk kat atas camtu, mesti ada yang dah faham yang PMS memangnya khas untuk wanita. Tapi takpe, aku khaskan juga untuk para lelaki kerana disebalik seorang wanita, pastinya ada lelaki (maksud aku tepatnya ialah seorang suami).

Jadi, kalau lepas ni, aku harap, mana-mana suami (khasnya aku@ mungkin juga tunang anda) tak faham juga saat-saat ‘istimewa’ PMS (Pre Menstruation Syndrome) pada seorang wanita, silalah ketuk dengan senduk tembaga tegur mereka-mereka ini. Sila beri link tajuk entri ini. supaya naik sikit trafik blog ni whoooo~

Aku dapati, ada lelaki yang suka ‘salahkan’ wanita bila mereka sedang PMS (masa-masa sebegini, mereka lebih sensitif, muncung lebih luar biasa dari biasa, cepat merajuk dan sebagainya). Jadi, para suami jangan kita tumpang muncung saat camni, kita bantu isteri untuk lebih ceria. Setuju tak?

Tips ni penting untuk kita, para suami khasnya faham dan lebih peka dengan isteri yang alami menstruasi@haid. Ada yang masih ingat-ingat lupa ke? Mesti pernah belajarkan masa Tingkatan 3 pasal kitaran haid.

Ok. Ayuh kita tengok sama-sama tips makanan yang boleh buat isteri kita lebih ceria & semangat ketika mereka menstruasi@haid.

Hari 1 – 5

  • Keadaan wanita: Sangat sensitif
  • Tips: Makan makanan yang kaya asid lemak omega-3 (ikan salmon, sardin) & magnesium (bayam, biji-bijian).

Hari 6 – 13

  • Keadaan wanita: Cepat tertekan
  • Tips: Makan makanan yang segar (buah-buahan, sayur-sayuran yang segar).

Hari 14 – 17

  • Keadaan wanita: Anggota lebih peka (termasuk deria rasa)
  • Tips: Makan makanan yang memberi lebih keriangan (manjakan dirilah ni…cth: udang galah, pizza keju, anggur).

Hari 18 – 23

  • Keadaan wanita: Usus lambat bekerja —> mudah sembelit (puncak hormon progesteron dihasilkan)
  • Tips: Makan makanan kaya serat (beras merah, barli, sayuran segar)

Hari 24 – 28

  • Keadaan wanita: Alami PMS
  • Tips: Makan makanan yang kaya karbohidrat & protein (penting untuk stabilkan gula dalam darah) —> Aiskrim pun boleh!

Akhirnya, kita (khasnya akulah tu…) jangan hanya pandai berkata-kata yang mereka sengaja nak muncung@buat muka, sebaiknya kita fahami dan beri galakan. InsyaAllah, mesti mereka lebih sayang dan CINTA sama kita!

® hafizmd – tak sangka, ada yang sampai terpaksa ambil cuti sakit akibat PMS…