Harga minyak turun vs Godam-menggodam…

Assalamua’laikum.

Mana saja aku singgah, pasti ada cerita panas pasal aktiviti geng penggodam yang mengugut untuk menggodam laman-laman web kerajaan. Rupanya, ia bukan sekadar ugutan bila 51 laman web kerajaan dan 41 daripadanya alami gangguan saka. Panjang juga senarainya, bolehlah ke kotak komen blog Kak Jie kita —> Senarai web malaysia yang kena hacked @ shutdown

Ada yang dah pulih dan setakat apa yang aku faham ialah mereka dahpun disuruh berjaga-jaga dengan serangan makhluk penggodam ni. Arakian bila ada cerita-cerita panas sebegini, maka banyaklah juga mulut-mulut dan tangan-tangan yang mula mencari kesalahan dan kelemahan di pihak pemerintah. Aku yakin sungguh, rakyat marhain kita ni memang jenis yang prihatin dan ambil cakna, itu yang kita bising sana-sini. Bukannya bising nak cari publisiti! Betul tak?

Cuma, aku perhatikan, ada juga yang terlebih emosional dan tak jaga adab bila mengkritik. Aku akur yang kita punya hak untuk bersuara dan menulis apa saja yang kita suka. Lagi yang tinggal ialah bagaimana kita nak bersuara, apakah perlu kita memekik terlolong di jalanan? Atau apakah perlu kita mencaci dan menghina? Atau lebih dahsyat, menghunus senjata?

Satu saje pesan aku, khas untuk diri aku sendiri. Bijak pandai pernah berpesan yang “pena itu lebih tajam dari pedang”. Maka, ingatlah…apa saja yang kita tuliskan, kitalah yang patut pikul tanggungjawabnya. Gunalah ‘pena’ yang ada dengan sebaiknya samada sekarang atau bila tiba masanya!

Pesan aku yang bukan sesiapa ni, khas untuk kementerian terlibat, silalah juga pantau web-web yang lebih memudaratkan kesihatan mental dan fizikal rakyat Malaysia. Apa yang disekat sekarang, bagus juga tapi lagi bagus kalau ikut kata pepatah Melayu “genggam bara api biar sampai jadi arang” atau “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”.

Dah alang-alang sekat laman web download, sila sekat juga laman web porno yang berlambak tuh!

Adoi, dah lupa dah pasal harga minyak Ron97 yang turun 10sen tengah malam semalam. RM2.90 kepada RM2.80. Terima kasihlah sebab prihatin. Harap dapat diturunkan juga Ron95 dengan penjimatan dan kecekapan pengurusan kewangan.

ยฎ hafizmd – maaflah yer kalau ada yang terasa, bukan apa, nak juga sedarkan diri sendiri yang kadangkala lupa!