Rasulullah SAW ikon terbaik!

Assalamua’alaikum.

Salam Maulidur Rasul. Sekarang, saya masih lagi kat kampung. Relaks dan santai bersama keluarga tersayang. Bila dapat duduk lama-lama kat kampung, makan ramai-ramai, aura positif akan lebih segar dan mekar gitu.

Sempena mengingati kelahiran Junjungan Nabi Muhammad saw, ada baiknya kita sendiri teliti dan tengok initisari hidup kita seharian.

Baginda cukup lengkap dalam segenap segi gaya kehidupan. Seorang lelaki, suami, ketua masyarakat, pemimpin negara, kawan, dan lain-lain peranan. Semuanya Baginda ada tinggalkan kita dengan sunnahnya. Bagindalah ikon sepanjang zaman.

Kita sekarang seolah-olah lupa akan ikon terhebat dan terbaik ni. Kita buat lebih kurang jer dengan sunnah dan ajarannya. Kita lebih agungkan teori, fahaman ciptaan manusia dan ikon-ikon barat yang banyak melalaikan. Bagindalah pencetus transformasi sepanjang zaman.

Sama-sama kita ambil Baginda sebagai model teladan dalam apa jua tindakan. Tiap kali kita nak bertindak, cuba fikir dulu sejenak “Apakah Nabi akan buat begini?”.

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.