Malaysia vs Bahrain & Man.United vs Chelsea
Assalamua’alaikum.
update: Malaysia 1:Bahrain 2
Chelsea 3: Man.United 3
Malam ni, pasukan kesayangan ramai, Harimau Malaya sekali lagi akan turun berentap dengan Bahrain. Ingat lagi tak perlawanan yang kita tewas 3-2? Lupakan yang tu, moga malam ni mereka akan buktikan yang Malaysia sudah bangkit untuk kembali menjadi pasukan terbaik Asia.
Ramai yang jangka, kita dah takde harapan untuk layak ke pusingan berikutnya dalam kempen kelayakan Olimpik ni, tapi aku yakin yang keputusan malam ni akan membuktikan sesuatu.
Malam ni jugak, pasukan kegemaran ramai blogger (cepat angkat tangan fan manu…hehehe), berentap dengan Chelsea yang tengah dengan kekurangan pemain akibat cedera dan pergantungan.
Itu bukan soalnya, sebab pasukan kerdil macam Swansea dan QPR dan bukyikan yang pasukan gah juga boleh di’makan’. Aku harap, Harimau Malaya menang dan Manu jugak memang.
Korang rasa macam mana?
Ia misi sukar untuk skuad Malaysia tetapi tidak mustahil.
tak mustahil, tp akhirnye terpakse akur jugak
harap msia boleh menang
Kena usaha lebih kuat lagi nampaknya kak cs
dua2 ni memang mendebarkan je
malaysia dah ketinggalan 0-1 sekarang ni
Malaysia kalah jugak akhirnye…at least melawan jugaklah..
Manu, hadoi….nasib baik seri, kalau tak, mmg kena booo hari ni…hehe
Berdebar sunggoh!
Benjy rasa harimau muda masih mentah bila berdepan dengan pasukan2 di asia tengah. Corak pemainan yang kelam kabut … entah kenapa macam tu.
erm…kelam kabut tu, perangai lama player kita bang benjy =)
Sepatutnya perlawanan berakhir dengan seri tetapi kalah pula. Nampaknya malaysia belum layak lagi bersaing di peringkat tertinggi.
Masih lagi ada aspek2 yg perlu diberi perhatian serius terutamanya taktikal perlawanan
Benjy rasa taktikal mereka juga salah … suka buat hantaran tinggi ke kotak penalti … pelik betul mereka ni tak kan tak reti main bola lawan bahrin ni …. pelik2.
Yg ni mmg pelik…lawan bahrain yg rata2 tinggi macam galah…still passing tinggi2…adui
Sudah hampir setahun mereka bermain bola … main kat rep. chek, main kat australia namun corak permainan sama juga …. jangan sampai orang berka “menghabiskan beras je”.
hihi…nampak benar kecewa bang benjy
saye rase, ada sikit meningkat cuma gaya ttp same…mungkin inilah masanye kena tukar coach pulak
Semoga bali perlawanan yang masih ada digunakan untuk mengutip mata walaupun telah tersingkin daripada saingan.
Harapnye camtulah…paling tidak seri =)
Dah dua-dua kalah terus plak….. 🙂
Tahniah kepada team yang menang….
eh….manu seri =)
tahniah pada yg menang dan team Malaysia
klu kalah tak per asal kita mencuba..klah tak semestinya kita kalah jerkan hee..ceh ayat nak menyedapkan hati utk pihak pemain malaysia..
hehe…ayat cover line ni suri…keh3
tekaan aku tak tepat. aku harap harimau malaya dan MU menang. Last-last..satu kalah..satu seri..
hehe….akupun same…aku teka Malaysia boleh menang….dan manu jugak menang…sekali camtuh pulak…hehe
aku tengok sampai akhri Malaysia vs Bahrain….
sekali lagi, bukan nasib Malaysia walaupun permainannya cukup menarik…
sudah menyamakan kedudukan 1-1, siapa sangka tetiba sejarah berulang seperti di Kuala Lumpur tempoh hari.. segera Bahrain mendahului sekali lagi dengan skor 1-2… maka tewaslah Malaysia….
sekarang ini sekadar melengkapkan jadual sahaja..
huhu…bola mmg bulat dan player kita nampak macam tak berapa fokus minit2 akhir game =)
apa2pun, passing dah nampak kemas, cuma macam kureng idea nak score..
lengkap jadual dan timba pengalaman…
maza merasakan perjuangan seterusnya menentang Syria harus dipergunakan utk memantapkan pasukan dan memberikan pengalaman yg berharga kepada semua..
sepekara lagi, diharapkan nanti perlawanan itu nanti di Bukit Jalil mampu mengekalkan atau meningkatkan sokongan rakyat kepada sukan kegemaran yg satu ini….
Setuju tu bang maza. Pengalaman camni mmg sgt2 penting utk mereka samada dr segi fizikal dan mental.
Jadi, sokongan kita utk mereka jugak mesti konsisten….yeahhhh! Ayuh harimau malaya! Kalah takpe, janji main sungguh2 =)
erm, aksi malaysia x la longlai sgt.. hanya beberapa pemain yg x tunjukkan kualiti sebenar.. MU n Chelsea plk elokla draw.. 🙂
diakui, ade beberapa pemain yg aku tgk beraksi di bawah tahap sebenar…dan ade yg betul2 konsisten =)
hehe…mmg elok sgt draw..nasib baik manu tak kalah…hehe
Bukan rezeki harimau muda mlm tu nak kutip satu mata….huhuhu
itulah…aku rase mmg macam dah ade sikit peningkatan, cuma masih lagi kering idea utk buat gerakan menarik =)
mungkin kena bt serangan hendap haa sapa tahu kita bakal juara nnti =)
@suri, serang hendap boleh, tp player kena laju2…baru sempat masuk gol!
nasib baik tak kena boo hari tu.. kalau tak, itu pun dah nak kena dgn adik.. hahaa..
malaysia dah kalah, nak buat macam mana… usaha lagi nanti..
hehe…nasib baik…tupun macam ‘terpakse’ terima kasih kat ref bagi 2 penalti tp ref jahat jugak, tp kasi 2 penalti mase 1st half… =)
Malaysia, ayuh teruskan berjuang!
mintak tisu huhu sedih begini hu…
takpe2….walau kalah, kita ttp sokong mereka… =)
Tengok math Msia vs Bahrain memang frust habis,… tapi terubat ngan math Chelsea vs ManU, sebab game yang mantap & menarik
Frust mmg frust, tp best woo manu main…come back yg mmg terbaik! hehe
Nampaknya xde rezeki Malaysia utk games kali ini. Kita cuba di perlawanan lain pula 🙂
Nampaknya camtulah. Kita perabis baki game yg ade dgn sungguh2 utk negara dan pengalaman diri sendiri =)