Portugal vs Brazil..

Nota: Hanya update ringkas.

Sape tengok game Portugal vs Korea Utara? Saya sememangnya bernasib baik di sini. Ada juga live untuk semua perlawanan Piala Dunia dan yang pastinya, paling menarik untuk diperkatakan ialah kemampuan Portugal membelasah Korea Utara 7-0.

Adakah ini petanda bahawa Portugal mampu melangkah ke peringkat akhir? Mungkin bertemu Germany? (ini pasukan yang aku pilih untuk jadi juara dalam kontest Denaihati..hehe).

Satu lagi, akhirnya pertarungan yang dijangkakan hebat bila Portugal vs Brazil untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Apa keputusan jangkaan anda?

p/s – Kaka tidak akan bermain sebab terima kad merah semasa menentang Ivory Coast..adeh..