Oh! Iran..

Tempoh untuk saya bertolak ke Iran makin hampir. Perasaan ini adakalanya bercampur baur. Bukannya ini baru pertama kali saya berjauhan dengan isteri dan anak. Entah kenapa, kali ini rasa berat sungguh untuk berjauhan. Berfikir dilubuk hati, pasti terasa lain benar berjauhan bila anak sudah mulai menghiasi ruang hati ini.

Kalau dulu, waktu ke negara Tembok Besar..perasaannya sedikit berbeza. Waktu tu, kami masih berdua. Saya akur dan bersyukur, anak kurniaan Ilahi menjadi penguat kasih sayang dan cinta kami. Oh! Terasa romantik pula..hehe

Jujur saya katakan, kali ini saya rasa agak cuak. Agaknya sebab terbaca pergeseran yang mengundang pertumpahan darah antara Sunni dan Syiah. Lebih merisaukan, hari yang sama saya bertolak (17 Jun), terbaca pula kisah peserta Ekspedisi 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci 2010 ditahan di Tehran ketika merakam gambar panorama bandaraya itu. Siap digari dan ditutup mata dan dibawa ke balai polis untuk siasatan.

Argh…bila difikir-difikir, buat apa difikirkan perkara seperti itu. Buang masa saja. Bukankah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?

Penerbangan pertama menaiki Gulf Air ke Bahrain (sebagai tempat transit untuk ke Kota Mashad, Iran) mengambil masa selama 7 jam 55 minit. Walau dah di’set’kan minda yang insyaAllah semuanya selamat..hati tetap juga bimbang dan risau. Risau juga pada isteri yang ditinggal hanya berdua di rumah. Hati akhirnya tetap juga hati. Kalau dilayan, tak keruan kita jadinya. Betul tak?

Sampai di airport Bahrain, suasana cukup meriah. Kemudahan airport yang semestinya bertaraf antarabangsa (tapi saya rasa KLIA lagi best!!), pelbagai ragam dan rupa manusia dari seluruh pelusuk dunia (sebab airport ni jadi transit untuk ke banyak destinasi seperti Mekah, Madinah, London, Paris dll). Berapa lama saya tunggu di sini untuk flight seterusnya? Hampir 5 jam saya termanggu di airport ini. Mujurlah, masih ada talian internet. Sempat juga ber’chatting’ dengan isteri dan melawat blog kawan-kawan mana yang sempat. Kalau ikut masa yang ada, memang sempat sangat, tapi situasi dan keadaan buatkan saya jadi kureng semangat nak terjah ke semua blog. Maaf yer..

Tepat jam 10 malam waktu Mashad (1.30 pagi waktu Malaysia), saya sampai di airport Mashad, Iran. Bagaimana rupa airport Mashad, Iran? Adakah sehebat airport Bahrain mahupun lebih kurang LCCT? Tunggu yer..

Mana gambarnya? Takkan cerita saja? Bosan takde gambarkan? hehe..nanti saya upload yer..

® hafizmd – pengalaman itu memang guru yang terbaik..