Oh! Iran, habis diselongkarnya..

Antara perkara yang menarik pandangan saya ketika berada beberapa hari di Bandar Mashad ialah kesukaan penduduk setempat untuk bersantai pada waktu malam."menjelang malam di iran"

Di mana-mana saja ada pokok yang rendang (terutamanya di taman seperti Mellat Park), pasti ada satu keluarga yang tumpang berehat di bawahnya sambil menjamu selera. Bahkan, waktu saya dalam perjalanan dari airport Mashad ke Hotel Samen, banyak sekali keluarga yang bersantai di pinggir jalan (ada ruang yang besar antara bibir jalan, sinilah tempat mereka lepak, tapi bukan betul-betul ditepi jalan yer..) sambil makan-makan dan ada yang siap baring (mungkin tidur) menikmati keindahan dan kenyamanan angin malam.

Bila saya tanya pada kawan Iranian, kenapa mereka suka sangat bersantai-santai bawak pokok? Jawabnya, sebab angin malam memang cukup nyaman. Memang benar! Bila saya berjalan-jalan sekitar hotel, memang cukup nyaman dan tenang rasanya. Maklumlah, suhu pada siangnya boleh mencecah 37 celcius.

Apa lagi ek..sebenarnya tidak banyak tempat yang sempat saya jalan-jalan. Almaklumlah, hotel dan tempat-tempat menarik agak jauh. Saya dan teman sekerja cuba juga untuk keluar berjalan-jalan, tapi dilarang oleh rakan Iranian. Katanya sukar untuk kami berinteraksi. Benar, memang susah untuk berkomunikasi kerna mereka bercakap bahasa Persian, kami pula BI. Kalau cakap Melayu lagilah haru jawabnya..hehe..

Dalam banyak-banyak pengalaman, pasti saya akan ingat yang ini. Waktu kami check-in di airport Mashad, kami diperiksa oleh pegawai mereka hampir 1 jam. Habis beg dan pakaian kami diselongkarnya. Beg saya siap ditoreh. sedikit. Entah apa yang dicari. Nasib baik beg murah..hoho. Habis pakaian kami yang tak dibasuh seminggu diciumnya. Rakan sekerja saya tersenyum dan kami gelak besar (lepas tu la..hoho) bila pegawai tu tidak pula mencium ‘seluar keciknya’..hahahaha

Lebih saya rasa lucu, bila mee maggi saya turut dibuka dan dicium malah di’scan’ beberapa kali. Coklat yang dibeli turut jadi mangsa (siap kena test makan lagi..hehe). Akhirnya, apa yang saya risaukan berlaku juga. Bila mereka tanya perihal gambar (ingat pasal rakyat Malaysia Ekpedisi 1Malaysia ditahan ketika ambil gambar?). Siap minta saya buka laptop dan tunjukkan gambar. Apa boleh buat? Akhirnya saya buat helah, saya hanya tunjukkan gambar anak dan isteri saya saja. Agaknya dah bosan dan tak faham apa yang saya cakap, dia minta tutup dan masih lagi bertanya ” Mashad picture?”..

Saya berani jawab “No picture!”..memang benar tiada dalam laptop tapi dalam kamera memang ada. Nasib baik juga, mereka dah pegang kamera saya tapi tidak pula mereka tergerak hati untuk bertanya (Alhamdulillah). Saya cepat-cepat sembunyikan bawah pakaian. Bila semua dah kena selongkar, saya ingat dah settle. Rupanya belum lagi!

Masih tak puas hati mereka ni. Diajak pula kami naik kereta peronda, untuk buat x-ray. Agaknya takut kami seludup dadah dalam perut kot..itu yang nak scan x-ray. Malang sekali, mesin tu rosak bila tiba time kami. Kalau tak rosak pun, takde apa dalam perut kami, sama macam perut pegawai tu juga. Ada usus dan segala bagai..hehe

Akhirnya, kami dengan riangnya dan sedikit kecut perut berjaya meninggalkan Kota Mashad dengan penuh gembira.

Mana gambarnya? Sebenarnya nak letak gambar, dah tertulis panjang daa..saya akan upload sebentar lagi yer..hanya entri bergambar selepas ini..

p/s – abaikan tarikh di setiap gambar ini..setting tarikh tak betul daa..

® hafizmd – tiada facebook dan skype di Iran..ternyata fb tidak begitu penting dalam kamus hidup saya..tapi skype penting woo…