Bila semuanya jauh di mata…

Saya sekarang berada agak jauh dari tanah air Malaysia. Saya pergi honeymoon ke? Oh! tidak..kalau honeymoon, pasti saya tiada masa untuk berinternet lagi..hoho..jangan marah yer..

Sebenarnya, saya berada di Mashad, bandar kedua terbesar selepas Tehran. Ya, betul. Saya di negara Iran. Jadi, sebab itu saya jarang sangat terjah dan meninggalkan komen di blog kawan-kawan.

Bila semua jauh dimata, barulah rasa rindu dan sayang itu akan terasa. Terutamanya bila isteri dan anak tersayang tiada disisi. Rindu itu hanya Allah yang tahu. Benarlah kata orang tua-tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Baru ‘feel’ rindu dan sayang akan benar-benar lebih meresap. Tapi bukan bermakna, kalau tidak ditinggalkan, perasaan itu tidak wujud. Jangan salah faham yer..

Blog yang ditinggalkan tidak ber’update’ tapi masih sempat saya pesan pada isteri tercinta untuk tolong kemas kini keputusan semasa bola sepak Piala Dunia bila ada masa. Terima kasih sayang! Ya..betul..baru tahu kena ada backup team..macam Kak Jie kita yang ada pasukan backup yang kuat.

Buat semua kawan-kawan dan pengunjung blog ini, jutaan terima kasih buat anda semua. InsyaAllah, bila dah balik Malaysia nanti, akan saya terjah blog anda semua.

InsyaAllah juga, saya akan ceritakan dan sertakan gambar barang sekeping dua di Bandar Mashad ni. Sekadar berkongsi cerita dengan anda semua yang sungguh cool dan memotivasikan saya.

p/s – Buat isteri tercinta, jaga diri dan anak-anak yer..tunggu abang balik nanti ek..:D

® hafizmd – walau jauh dimata, ianya tetap dekat dihati..