Nyatakan Pasukan Pilihan Juara Piala Dunia dan Menangi RM250

"gambar poster wallpaper piala dunia afrika selatan 2010"Malam tadi, antara perlawanan yang memang aku tunggu-tunggu. Portugal lawan Ivory Coast. Salah satu pasukan yang aku minat pastinya Portugal. Maka sudah pasti, aku kalau boleh mahukan Portugal jadi juara Piala Dunia tahun ni.

Bila dah habis saja game, Portugal hanya mampu seri. Pada mata aku yang tak pandai sangat main bola ni, akhirnya aku rasa kurang yakin untuk Portugal jadi juara tahun ni. Dengan pertahanan yang aku rasa tak berapa kuat, jentera tengah yang semacam buntu untuk merangka pergerakan menarik malahan kelibat C. Ronaldo agak terbatas dek kawalan kental lawan mencuakkan aku untuk meletakkan pasukan ini menjadi juara Piala Dunia tahun ni.

Jadi, aku terpaksa pilih pasukan lain sebagai calon juara tahun ni. Demi menyahut cabaran Teka dan Menang Fifa World Cup 2010 anjuran Denaihati, aku dahpun buat keputusan yang pasukan GERMANY bakal jadi Juara Piala Dunia Afrika Selatan 2010. Keputusan ini adalah muktamad..hohoho..

Kenapa Germany?

1. Aku tengok analisis kat tv lepas game hari tu, Germany main memang bagus. Kawalan bola yang lebih baik berbanding pasukan-pasukan lain.

2. Pasukan Germany dahpun berlatih dengan bola Jabulani yang kontroversi tu selama 4 bulan sebelum sepak mula Piala Dunia.

3. Satu-satunya pasukan yang buat jaringan terbanyak setakat ni. Memang bola Jabulani direka khas untuk mencipta lebih banyak jaringan.

Rasanya cukup 3 sebab ni untuk membolehkan aku mengaut hadiah utama RM250 tunai dari Denaihati..hehe…lumayan sungguhkan?

Apa kata, kita pakat ramai-ramai join contest ini. Senang sangat syaratnya. Boleh rujuk link yang telah diberikan kat atas tuh. Mana tahu, ada rejeki terpijak nanti.

® hafizmd – lebih ramai lebih meriah! Jom pakat join ramai-ramai!