Pohon 12 Ranting?

Assalamua’laikum.

abu yazid al bustami vs ketua paderi Malam minggu yang memedihkan anak mata bagi lelaki-lelaki kacak? Agaknya ramai yang berkampung depan tv masing-masing. Maklumlah hari-hari tengok EURO 2012. Saya rasa ramai peminat dan pemerhati sukan paling berpengaruh ni terkejut dengan kekalahan 0-1 Belanda kepada Denmark. Saya sempat jugak melayan game ni bersama peminat Oranje di rumah saya (isterilah ni…hehe). Memang nampak Belanda mendominasi perlawanan, tapi itu tak cukup untuk skuad Oranje menyumbat gol. Itu cerita EURO 2012.

Apa yang saya nak kongsikan ialah pasal pohon yang ada 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada 5 kuntum bunga, 2 kuntum bunga di matahari dan 3 kuntum bunga di tepi kegelapan.

Cukup menarik. Setuju bukan? Jawapannya pun cukup terbaik. Pohon itu ialah tahun yang padanya ada 30 hari. 5 kuntum bunga itu ialah Solat. 2 bunga matahari ialah Zohor dan Asar. 3 bunga di tepi kegelapan pulak ialah Maghrib, Isya’ dan Subuh. Ini antara soalan yang ajukan oleh seorang ketua paderi kepada Abu Yazid al-Bustami, anak murid Imam Hanbali. Ada lagi soalannya? Ada lagi 49 soalan.

Antaranya ialah;

Ketua paderi: 4 jenis air yang lain rupa dan rasanya, tapi asalnya dari 1 sumber yang sama.

Abu Yazid: Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin, dan air mulut tawar.

Ketua paderi: Binatang paling utama?

Abu Yazid: Kuda

Ketua paderi: Kubur yang berjalan besama penghuninya?

Abu Yazid: Ikan besar yang telan Nabi Yunus.

Ketua paderi: Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi?

Abu Yazid: Air yang dikirim oleh Ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman di dalam botol iaitu air peluh kuda.

Itu antara soalan-soalan ketua paderi kepada Abu Yazid. Abu Yazid jugak ada bertanya hanya 1 soalan kepada ketua paderi yang menyebabkan ketua paderi serba-salah dan tertekan untuk menjawabnya. Soalan Abu Yazid ialah, “Apakah kunci syurga dan neraka?”

@ hafizmd – Kita semua bersaksi Bahawa Tiada Tuhan yang Disembah Melainkan Allah, dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah.

27 comments

  1. pohon ranting 12, kalau difikirkan, semua perkataan ini ada jawapannya bukan *seperti diatas
    sebab tu kalau ilmu kita cetek, memang susah, sebab selalu dijajah. ayuh muslim, muslimat menuju kejayaan :)..insyaallah

  2. Soalan yang menguji minda, mengajak berfikir, menemani zikir. Ilmu yang kita ada, hanyalah setitis air laut berbanding khazanah pengetahuan Allah. Allah Maha Mengetahui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *