Pilihan Lelaki Kacak:Juara EURO 2012

Assalamua’laikum.

Bola sepak Itali Juara Euro 2012Demam bola sepak lagi? Mestilah. Senarai pasukan seperti Sepanyol, Belanda, Itali, Portugal, German, England Brazil Argentina sudah cukup membuatkan mana-mana lelaki kacak yang cintakan bola sanggup berkampung di kedai mamak walaupun kedai mamak takde cendol! Setakat ni, apa yang sempat aku tengok, beberapa pasukan pilihan seperti Belanda dan Spain belum tunjuk taring yang sebenar. Berbaki lagi 3 perlawanan untuk ke suku akhir, aku rasa semua setuju yang undian kumpulan B paling seksa! Siapa yang undi ni yer?

Baiklah. Kalau ikut sokong, aku sokong Spain, Portugal dan Belanda. Andai diminta calon untuk juara Euro 2012 aku pilih Itali. Eh, sokong lain, pilih juara yang lain? Biasalah. Pilihan aku berdasarkan firasat dan sedikit pemerhatian corak permainan Itali pagi tadi. Mereka punya cukup ramuan untuk bergelar juara tahun ni.

Walaupun ada yang kata “Siapa pun menang takde kaitan dengan kita, kan”?. Kali ni aku terpaksa katakan yang ia memang ada kaitan dengan aku terutamanya. Kenapa? Sudah pasti kerana Blogger Sensasi Denaihati sedang menganjurkan kontest yang amat mudah. Hanya tulis entri pasukan pilihan Juara EURO korang, dan hantarkan linknya ke entri ini: Euro 2012 Pilihan Lelaki Kacak.

Hadiahnya sudah pasti bukan stok maggi sebulan mahupun cendol pulut (hehehehe) tapi 10,000 trafik blog + T-Shirt Denaihati. Sangat menarik! Cuma korang kenalah cepat, sebabnya tarikh tutup ialah 14 Jun 2012.  Sementara kita menanti pemenang kontest katakunci Lelaki Kacak, apa kata korang tuliskan satu entri khas pasukan pilihan korang untuk Euro 2012. Mana tau, ada rezki dapatlah sehelai T-Shirt daripada Denaihati dan trafik yang melimpah selepas ni.

Woow! Jangan lupa jugak untuk memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya yang bakal beraksi 12 Jun ini menentang Singapura untuk perlawanan persahabatan timbal balik. Hari tu, kita seri 2-2 di Stadium Jalan Besar. Aku yakin, Malaysia boleh menang 3-0 12 Jun ni. Perlawanan ni memang 100% ada kena mengena dengan kita!

@ hafizmd – Tidur lewat takpe, jangan terlepas Pohon 12 Ranting.