Celoteh Kakak #1 Masuk angin
Assalamua’laikum.
Di suatu ketika. Abah menyibuk kat sinki dapur. Kakak menjenguk isi meja makan. Mama mengelek Adik. Lalu Abah bersuara. “Kakak nak makan biskut ke?”. Pantas Kakak menjawab, “Tak mau…”
“Kenapa Kakak tak nak? Sedap biskut ni…” Mama cuba mencari sebab.
Telinga comel Abah bergerak-gerak tanda bersedia menunggu jawapan Kakak. Spontan Kakak menjawab.
Bola Sepak Kelab Piala Dunia | Santos vs Barcelona
Kedudukan terkini: Santos 0 vs Barcelona 4 (Messi 2 gol, Xavi, Febregas)
Assalamua’laikum.
Minggu lepas, bila baca entri Cikgu Tehramuan pasal Bola Sepak Kelab Piala Dunia, terus saya Google. Hasilnya, baru tahu yang hanya ada 7 kelab yang bertanding tahun ni iaitu FC Barcelona, Santos Futebol Clube, Club de Futbol Monterrey, Kashiwa Reysol, Espérance Sportive de Tunis, Al-Sadd Sports Club dan Auckland City FC. Sudah pasti kelibat kelab wakil Asia, Kashiwa Resyol mencuri tumpuan.
Sebenarnya saya tertarik nak tengok kelibat Neymar. Kelibat Messi dah biasa tengok. Tapi, keputusan semasa nampaknya membuktikan yang FC Barcelona memang antara kelab terbaik dunia sekarang dan cukup mantap di setiap posisi. Terbukti, bola sepak ialah permainan yang perlukan semangat kerjasama berkumpulan yang hebat.
® hafizmd – layan Manu lawan QPR =)
Lee Chong Wei dan pengganti Lin Dan…
Assalamua’laikum.
Badminton. Antara sukan yang saya minat sejak dulu lagi. Sejak zaman anak-anak Sidek sampailah zaman Lee Chong Wei. Sejak zaman kita kuasa besar dunia, sampailah zaman kita hanya ada Lee Chong Wei. Sejak zaman Ardy Wiranata dan Rashid Sidek, hinggalah zaman Taufik Hidayat dan Lee Chong Wei. Sekarang, kita hanya ada Lee Chong Wei. Baru-baru ni kita cukup bangga dengan Zulfadli Zulkifli yang jadi Juara Remaja Dunia, tapi nampaknya kelibat beliau masih lagi sukar untuk ‘memikat’ BAM untuk diserapkan ke skuad Piala Thomas tahun depan.
Ambil kesempatan atas kesempitan
Assalamua’laikum.
Alhamdulillah. Salah satu perkara yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2012 iaitu Bantuan Kewangan RM500 dahpun mula dibuka 10 Disember lepas. Memang meriah sana sini pasal wang bantuan RM500. Yelah, siapa yang tak nak duitkan? Lagipun, ini memang hak rakyat. Namapun duit rakyat.
Bantuan secara one-off ataupun sekali saja ini bakal diberi mulai bulan Januari 2012. Namun, dukacitanya…
Dah ke belum…
Assalamua’laikum.
Satu ketika yang lalu, sedang kami adik-beradik seronok layan kartun Gaban, Abah datang dan bertanya, “Dah ke belum?”
Satu ketika yang lalu, sedang kami adik-beradik asyik main lastik-lastik, Abah datang dan bertanya, “Dah ke belum?”
Satu ketika yang lalu, sedang kami adik-beradik tarik-tarik main kad kereta, Abah datang dan bertanya, “Dah ke belum?”
Satu ketika yang lalu, sedang kami adik-beradik berlumba nak turun ke padang bola, Abah datang dan bertanya, “Dah ke belum?”
Satu ketika yang lalu, sedang kami adik-beradik ralit mandi sama-sama, Abah datang dan bertanya, “Dah ke belum?”






