Orang kita yang suka buat…

Assalamua’laikum

Alhamdulillah. Jumpa lagi hari Jumaat, penghulu segala hari dan hari yang penuh keberkatan. Selawat jua atas Nabi Muhammad SAW.

Tajuk semacam saja. Buat apa ni? 😀

Sebenarnya, tajuk asalnya panjang, saya ringkaskan, tu yang tergantung tu..hehe

Apa yang nak disampaikan hari ni ialah perangai orang kita yang suka buat ramalan. Lebih tepat, macam bomoh tak rasmi. Kita yang muda-muda ni, pasti biasa sangat dengar orang-orang tua kata itu ini, kalau buat itu, nanti jadi begini….kalau tak letak itu, nanti takut jadi begini….pakai itu, kita jadi begini…

Nak contoh??? Kalau tak cukup, teman-teman tolong tambah yer..

  1. Asal tangan kanan gatal, ramal nak dapat duit —> Agaknya kalau gatal tangan kiri? Ada berani ramal nak kena pelempang tak? heeee
  2. Asal kunci jatuh, pinggan@ cawan pecah masa nak keluar rumah, mulalah ramal@fikir ada benda buruk nak berlaku —> Kalau pasal piring terbang sebab bergaduh rumahtangga dalam drama Melayu, biasa tengok dah!
  3. Asal ada kupu-kupu masuk dalam rumah, terus ramal ada orang nak datang rumah, ada juga yang ramal ada orang nak datang meminang —> Kalau rumah tu hanya ada suami dan isteri, mau kena kena hambat kupu-kupu tu! whooo…
  4. Asal nak tanam uri bayi, mesti nak pilih depan rumah (kalau anak perempuan). Ramalnya anak cepat dipinang. Ada yang tanam uri sekali dengan pensel! Ramalnya, anak cerah masa depan! —> Zaman sekarang, mana main pensel-pensel, paling kurang, netbook. Kalau nak lagi hebat, tanam sekali iPad! yuhuuu…
  5. Asal dapat surat@SMS berantai, dah kalut semacam. Ada yang tak tidur malam selagi tak hantar banyak-banyak —> Tak pasal-pasal penuh inbox kawan-kawan. Pening-pening…
  6. Asal dengar kelebihan satu-satu benda, contohnya kayu kokka, gelang ajaib yang diramal boleh sembuh itu ini, boleh jadi dinding hantu syaitan, dah tak pasal-pasal, gantunglah jugak kat leher, bergayut kat tangan —> Lagi parah, hulur pulak kat adik-beradik, kawan-kawan….bukan percuma, kena bayar tuuuu…
  7. Asal ada kematian, ada pulak yang mulut busuk cakap roh akan balik kerumah. Padahal, firman Allah surah al-Mukminun ayat 100, sama sekali bercanggah! —> Mulalah takut nak pergi tandas, itu belum masuk cerita hantu yang bersepah sekarang! Hantu kak limah balik rumah???

Itu antara yang biasa kita dengar, ada lagi rasanya. Karut, khurafat lagi tahyul dan ada yang boleh membawa kepada syirik tanpa kita sedar.

® hafizmd – sama-sama kita pelihara hati dan iman kita. InsyaAllah.