Operasi Mengetam di Pantai Pandak Chendering Terengganu

Assalamua’laikum. Operasi Mengetam di Pantai Pandak Chendering Terengganu. Ini operasi sulit yang kami adik-beradik buat masa cuti balik kampung minggu lepas. Punyalah seronok walaupun operasi dalam keadaan gelap! Korang pernah sertai operasi mengetam?

tempat mandi pantai menarik di terengganu chendering
Pantai Pandak Chendering yang aman damai. Syok mandi wooo! Antara tempat menarik di Kuala Terengganu.

Operasi mengetam di Pantai Pandak Chendering

Mengetam bukan mengeram yer. Jangan korang salah baca dan salah faham. Mengetam atau tangkap ketam. Musimnya hampir serentak dengan musim candat sotong. Operasinya waktu petang pun boleh tapi biasanya ketam-ketam tak tak banyak waktu petang. Segan agaknya sebab cerah. Jadi, waktu paling best nak mengetam ni pada waktu malam.

Peralatan untuk mengetam? Mudah sangat pun. Ada 4 benda jer korang perlu sediakan sebagai pengeras kepada ketam-ketam comel ni.

  1. Batang buluh yang dipotong dalam setengah meter panjangnya.
  2. Kepala ayam sebagai pengeras untuk ketam-ketam (umpan).
  3. Lampu suluh yang berfungsi.
  4. Baldi untuk letak ketam-ketam comel tu nanti. Kalau tak nak, korang boleh letak dalam seluar korang (itupun kalau korang tak nak kena kepit! hahahaha)

Cara-cara tangkap ketam atau mengetam?

  1. Korang ambil kepala ayam tadi dan cucuk pada batang buluh tu. Kalau ada banyak kepala ayam, lagi bagus sebab lagi banyak ketam-ketam comel yang bakal korang dapat nanti.
  2. Pacakkan batang buluh tadi dalam air pantai tu. Pacak pada kedalaman air paras lutut korang jadilah. Jangan p pacak sampai paras pinggang. Itu nak tangkap binatang lain!
  3. Dah siap pacak, korang tinggalkanlah buluh-buluh tu. Jangan korang tunggu tercegat kat situ. Segan ketam nak datang gigit kepala ayam tadi.
  4. Dah agak-agak 2-3 minit, pergilah tengok batang-batang buluh tadi. Bawak lampu suluh dan suluh dalam air. Tengok ada tak ketam sedang bergayut-gayut kat kepala ayam tu. Kalau ada, korang tangkaplah ketam tu dengan tangan korang. Pepandailah nak tangkap macam mana, janji jangan kena kepit!

Hasil operasi mengetam kami malam tu!

tempat menarik di kuala terengganu tangkap ketam
Ketam-ketam yang siap sedia untuk dingap!

Tak banyak tapi puas hati dan gembira sebab dapat luangkan masa bersama adik-beradik. Berkumpul ramai-ramai memang best!

@hafizmd – Punyalah lama tak update blog ni. Dah rasa kaku minda. Takpe, kadang-kadang baguih jugaklah tak update blog. Baik ambe ‘diam’ daripada ambe tersalah tulis bukan-bukan dalam blog ni

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.