Keputusan Akhir Piala Thomas Malaysia vs Jepun
Keputusan Akhir Piala Thomas Malaysia vs Jepun. Keputusan terkini Piala Thomas akhir Malaysia vs Jepun pasti buat kecut perut. Dato Lee Chong Wei dah pun menang untuk mata pertama Malaysia dalam game pertama tadi. fuuuuh! Akhir Piala Thomas edisi 28 peluang untuk Malaysia menang!
Keputusan penuh akhir Piala Thomas: Malaysia 2 vs Jepun 3
- Lee Chong Wei menang straight set
- 1st beregu: Hoo/Tan vs End/Hay: 1st set 21-12 | 2nd set 17:21 | 3rd set 19-21 {Terbaik aksi Hoo/Tan walaupun tewas}
- Single kedua: Chong We Feng vs Kento Momota: 1st set 15-21 | 2nd set 17-21
- 2nd beregu: Goh V Shem/Tan Wee Kiong vs Sonoda/Takeshi Kamura: 1st set 19:21 | 2nd set 21:17 | 3rd set 21:12
- Single ke-3: Liew Daren vs Ueda: 12-21 | 2nd set 21:18 | Rubber set: 17-21
Malaysia Juara Piala Thomas 2014
1. Aku yakin,inilah peluang terbaik untuk Malaysia juarai Piala Thomas Edisi 28 kali ni.
2. Jepun mungkin bukan lawan sesukar China, tapi Jepun buktikan China boleh dikalahkan. So, Jepun pun boleh dikalahkan Malaysia petang ni.
3. Bintang Malaysia? Semuanya bintang walaupun Daren Liew tak menyerlah sangat. Petang ni dia turun single ketiga. Nasib Malaysia mungkin bergantung kepada Daren Liew petang ni!
4. Hoo/Tan bukan pasangan yang ada nombor dalam ranking dunia, tapi gandingan juara remaja dunia satu tika dulu kembali digandingkan dan menjadi! Boleh jadi hero petang ni! Tewaskan beregu no. 1 dunia (Indonesia) dan petang ni boleh kalahkan beregu no. 3 dunia (Jepun)!
5. Chong Wei Feng! Hero baru Malaysia yang dikatakan bakal pengganti Dato LCW! Memang ada gaya!
@hafizmd – Oklah. Jom layan badminton akhir Piala
harapnya menang lah kan bro. hehe
Tahniah buat Jepun dan team Malaysia juga, dah buat yang terbaik.
Malaysia belum ada rezeki nampaknya pada tahun 2014
Seronok menyokong malam tadi, tetapi tiada rezeki juga kita, terima kasih berkunjung ke blog ustazah dan sebagai penghargaan klik2 iklan di sini
saya sangat excited bila dengar jepun mara ke final piala thomas sebab semasa saya di jepun, badminton bukanlah sukan yang digemari penduduk jepun berbanding besbol dan bolasepak.
Tahniah untuk kedua-dua pasukan kerana sudah melakukan yang terbaik..
rezeki belum berpihak pada Malaysia…Jepun memang layak menang.
apa apa pun tahniah buat lee chong wei
Mereka dah buat yg terbaik. Syabas!!
Huwaakkk.. sedih wooo..
tapikan puas hati lah menontonnya..
sekejap ceria, sekejap murung, lepas tu nyawa2 ikan dan puffff..
hahahaha
jantung ngn darah naik turun berirama…hahahhaa
takpelah..kita cuba lagi la macam biasa nanti..
sayang sekali kita kalah
apa pun tahniah kepada pemain kita
malaysia boleh
Terpaksala tunggu dua tahun lagi.
siapa sangka Negara Jepun boleh menang piala Thomas!
dan tiada siapa sangka juga,
di belakang tabir kejayaan pasukan Jepun memenangi Piala Thomas, adalah seorang anak Malaysia yang langsung tidak mempunyai “nama” di Negara sendiri :))
macam mana pun malaysia telah berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.syabas buat skuad Malaysia!:-)