Jul 20, 2011

Kuning Oh! Kuning…

Assalamua’laikum.

Salam siaran bertemakan warna kuning. Cuba bayangkan hidup kita hanya ada warna hitam dan putih saja ibarat menonton filem@drama hitam putih di tv. Apakah kita lebih seronok dan ceria? Semuanya hanya hitam dan putih.

Apa yang nak dikongsikan hari ni ialah pasal warna kuning. Kenapa kuning? Sebab banyak fakta menarik tentang kuning yang boleh dikongsikan bersama (bersumberkan wikipedia).

Kalau anda ada apa saja pasal kuning, ayuh kongsikan bersama. Kita tinjau dulu apa yang sempat direkodkan perihal kuning oh! kuning.

1. Bayi kuning – kita yang tinggal di Asia dilaporkan mudah kena jaundis@demam kuning. Penawar terbaik ialah susu ibu.

2. Najis bayi kuning – kuning pucat atau coklat kekuningan sebab minum susu formula dan baunya lebih tengik berbanding bayi minum susu ibu, najisnya lebih berbau manis!

3. Kuning telur – warnanya kuning sebab ada pigmen organik iaitu karotenoid.

4. Bekas kuning – kita isi satu bekas kuning dengan air dan hasilnya akan ada serangga yang akan terperangkap di dalamnya! Serangga tertarik dengan biasan warna kuning.

5. Kuning pada bintang & bulan Jalur Gemilang  – warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

6. Otak kuning – seringkali dikaitkan dengan pemikiran yang kotor dan sinonim pula dengan otak biru!

7. Gigi kuning – maksudnya banyak. Kita makin tua? Kita memang dilahirkan bergigi kuning? Minum teh, kopi & air soda banyak sangat? Berkesan ke kalau guna Colgate Sensitive Pro Relief Whitening?

8. Kuning titan? – merujuk kepada 1 formula kimia yang digunakan untuk menentukan kandungan magnesium dalam serum dan urin. Pastinya tiada kaitan dengan blogger Titan

9. Kuning untuk BERSIH? – warna yang digunakan oleh NGO dalam perhimpunan BERSIH 9 Julai.

10. Kuning itu penakut? – Melambangkan warna untuk si ‘penakut’ di negara orang putih.

11. Warna-warna kuning – kuning tua (orang Terengganu sebut kuning bata), kuning air, kuning langsat, kuning gading, kuning muda. Apa lagi?

12. Abang Koning – anak sulung kepada blogger Akubiomed.

13. Najis kuning – menggambarkan si pembuangnya sihat berbanding mereka yang menghasilkan najis berwarna hitam@merah!

14. Kuning kenderaan – teksi dan bas banyak yang warna kuning. Sebabnya lebih jelas dari jauh. Betul tak?

15. Loghat ‘kunin’? – kalau tak silaplah, mereka di sebelah utara menyebut kuning itu ‘kunin’. Betul ke?

Oklah. Itu saja yang sempat dikongsikan dan difikirkan. Kalau nak tambah, silakan yer.

® hafizmd – suka warna putih macam seragam pakcik polis ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

50 komen setakat ini

  • wah baru ku tahu bhw taik kuning mewakili tuan badannya sihat walafiat. huhuhu

    mau chek lah nanti .. heheheh
    Blogger maza´s berkongsi entri terkininya ..Wordless Wednessday: Togetherness for better life..

  • psst. Kuning juga mewakili Bumblebee…

    autobot! transforms.. hehehehe
    Blogger maza´s berkongsi entri terkininya ..Wordless Wednessday: Togetherness for better life..

  • ada yang fobia dgn kuning nie….hihihi :)
    Blogger wrizuan[dot]net´s berkongsi entri terkininya ..cabaran dalam mendidik anak-anak

    • keh3…kalau takut, jgn pakai…mudah jer…hahaha

  • Kuning mewakili
    - kaler pensil kuning
    - najis binatang yg terkencet :-P
    - daun layu kaler kuning
    - autumn in my heart ;)

    Wakakakaka

  • macam pernah baca kat blog kereta mayat aje..
    Blogger sayacomel´s berkongsi entri terkininya ..Comel Sangat – Berehat.

    • @sayacomel, nampaknya kami bergurukan sumber yg sama iaitu wikipedia…hehe

  • Dalam banyak-banyak kuning, yati suka Abang Koning je.

    * Bersedia untuk berhenti apabila lampu kuning :D
    Blogger Miss Yati´s berkongsi entri terkininya ..Pertunangan

    • @Miss Yati, Err bukan lampu kuning perlu tekan pedal minyak :-)

      • @akubiomed,
        aku pun ingat macam tu la bro…, sebab aku tegok semua orang buat macam tu
        Ps : lampu hijau perlahankan kederaan, lampu merah brek emergency :D
        Blogger dnoBiz´s berkongsi entri terkininya ..Tukar Jantina – Luahan Lelaki Tukar Jantina

        • @dno, maknanya warna mmg byk gunanya

      • @AB, hahaha…kalau dah dekat, mmg kena tekan, kalau masih jauh…sila mula tekan brek…hehe

    • abg koning mmg best!

      p/s – tp ramai yg start tekan pedal minyak bila lampu kuning…

  • KA sebut “kunin” hihihihi :)
    orang utara la katakan.. :)
    Blogger Kamarul Azri™´s berkongsi entri terkininya ..Wordless Wednesday: Innity

    • betullah ni…hehe…kalau terengganu tambah ‘G’, utara hilang ‘G’…mmg dekat jodoh dua negeri ni…hehe

    • @Kamarul Azri™, tul..tul..tul.. kunin..
      Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..Puasa oh, Puasa

      • @fieza, jadi sudah sohih sekarang…hehee

  • Teksi di New York pun warna kuning. Sharp adalah satu-satu pengeluar tv dunia mengeluarkan 4 warna iaitu Kuning, Merah, Hijau dan Biru. Pengeluar lain hanya 3 warna sahaja.

    Terima kasih bro kerana beri link. Abang Koning adalah no. 3 :-
    Blogger akubiomed´s berkongsi entri terkininya ..Wordless Wednesday #5 – Trafik blog

    • pernah tgk iklan ni, mmg dia claim sharp satu2nya jenama yg keluarkan tv 4 warna..pergh…mesti lebih terang dan jelas…hehe

      p/s – sama2…ingat kuning, terus ingat abang koning :D

  • Kuning primer…. :D
    bila dicampur dua warna primer akan terhasil warna skunder
    tapi bila dicampur dua warna skunder akan terhasil warna primer
    contoh :
    Blogger dnoBiz´s berkongsi entri terkininya ..Wacana Sinar Harian 5 – Debat terbuka antara SPR dan Bersih ???

    • betul..kuning warna primer yg utama…contohnya ape dno? :D

  • kat rumah aku ada penyangkut baju warna kuning
    benda lain macam tak ada je
    Blogger tehr´s berkongsi entri terkininya ..Nombor Ekor Punya Pasal

    • tak suka kuning ke bro? ke tak kisahlah warna ape, janji ada warna…hehe

  • wah, kuning memang best
    Blogger Esempoi´s berkongsi entri terkininya ..Blog Karangan – mindasasterabahasa.com

    • antara warna terang yg byk fungsi

  • mak ai, banyak betul maksud kuning yang kita boleh olahkan yer, hehe
    Blogger Juan´s berkongsi entri terkininya ..Bisnes Di Perak

    • mmg ceria hidup bila ada warna selain hitam dan putih…betul tak? ;p

  • kalau otak kuning masalah tu bro…. huhuhuhu
    Blogger mancai´s berkongsi entri terkininya ..pengesahan sumber bahan halal

    • mmg masalah…habis semua benda di’kuning’kannya….huhuhuhu

  • hehe..menarik. Saya dulu pakai kereta warna KUNING. Pernah satu ketika di awal kemunculan kereta sya itu ada org ditepi jln melambaikan tangan minta sya berenti. Baru sya tsedar warna keretaku spt warna teksi.huhu Skrg dah tukar kpd cat HITAM.
    Blogger mekar´s berkongsi entri terkininya ..Jadilah Wanita yang Mampu Berdikari !

    • keh3…saje je org tuh kasi saspen…hehee…

      p/s- kereta berhntu yg glamer yg malaysiapun warna kuning juga rasanya…wuuuuu

  • Errr… suka tak makan PULUT KUNING? Sya suka makan tambahan kalau ada rendang daging yg sodap !
    Blogger mekar´s berkongsi entri terkininya ..Jadilah Wanita yang Mampu Berdikari !

    • pulut kuning? mmg suka sangatlah..kalau kat ganu, makan dgn ikan kayu tuh…ala2 lauk nasi dagang jugak…sedapnye!

  • perasan habis abang koning.hehe…
    vblog baru bila la nak keluar.

    • mmg glamer abg koning sekarang ni..

      kita tunggu ketua abang koning buat yg baru….cewahh

  • hoho..aku suka pensel warna kuning..
    Blogger titan´s berkongsi entri terkininya ..Dapat RM219 dari Cabaran Pegawaikerajaan.com

    • penggemar kuning sudah datang….hehe

  • anak saya ska kereta kuning.. saper nak bagi?

    dulu kecik2 dlm 4 org adik beradik, saya pilih warna kuning.. tak tau nape.. dri kecik lagi..skg dh ubah2..

    kebanyakan anak ayam warna kuning
    Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..Puasa oh, Puasa

    • saper nak bagi ek…hehe…

      kuning mmg best..lebih2 lagi kalau kereta kuning

      p/s- anak ayam yg comey

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri