Malik Mirza tersenyum sambil…

Mesyuarat tergempar yang baru berlalu 30 minit terasa seperti sudah berjam-jam lamanya. Malik Mirza sudah tidak sabar lagi untuk pulang ke rumah.

“Dahlah aku baru kahwin 2 minggu lepas, boss ni saja…kacau daun betullah…,” Malik Mirza melepaskan rasa tidak puas hati separa berbisik kepada rakan baiknya yang hanya mampu tersenyum nakal. Malik Mirza tahu, memang majikannya sengaja memanggilnya bermesyuarat hari minggu sebegini hanya untuk menyakat pekerja kesayangannya ini.

Akhirnya mesyuarat 2 jam berakhir juga. Malik Mirza seperti singa hilang anak terus melangkah laju menuju ke keretanya. Langkahnya juga sudah tidak seteratur biasa. Hilang sudah segala langkahan bergaya seorang eksekutif berjaya.

“Argggh..tak kisahlah…aku dah tak tahan dah ni…,” Malik Mirza memecut laju keretanya menuju ke istana yang baru saja dibina.

“Darling….tunggu, Bb balik dah ni…”

Mendengar deruan kereta si suami yang menerjah masuk ke garaj, si isteri bergegas ke pintu menyambut kepulangan suami yang dirindui dengan senyuman menguntum di bibir merahnya. Memandang isterinya yang sungguh cantik lebih dari biasa, hampir sahaja memerangkap Malik Mirza untuk melupakan masakan kari kepala ikan yang dipintanya pagi tadi.

Namun, aroma kari kepala ikan yang dibawa angin dari arah meja makan terus mengingatkan Malik Mirza kepada misi utamanya tengahari ini.

“Nasib baik bau kari kepala ikan ni sempat sampai dulu…,” bisik hatinya sambil matanya galak mengekor lenggok jalan isteri tercinta.

“Bb, jom makan sama-sama…inilah yang Ling sempat masak tadi…kari kepala ikan, sambal belacan, ulam raja, air sirap bandung….Bb jangan terkejut…ini first time I masak kari kepala ikan tau…terus jadi…” Bersungguh si isteri mengomel persis seorang Chef sejati.

Malik Mirza yang sememangnya sedari pagi sengaja melapangkan perut untuk hidangan tengahari pantas membaca doa makan diaminkan si isteri di sisi meja makan.

Seusai bacaan doa makan, tangan Malik Mirza terus membuka penutup menu utamanya iaitu kari kepala ikan.

“Darling, mana kepala ikannya? Bb tak nampakpun…,” Malik Mirza bertanya sambil tangannya buas mencari kepala ikan.

“Eh! Ling letak banyak tadi Bb…cuba ceduk bawah sikit…”

“Darling masak kepala ikan apa tadi?,” tanya Malik Mirza sambil menceduk lagi dan lagi dan lagi….

“Darling letak kepala ikan bilis, Bb…” Si isteri menjawab penuh bersahaja.

Malik Mirza pegun dan hanya tersenyum sambil melirik penuh makna.

Malik Mirza terus mendakap erat isterinya lalu berbisik sesuatu…”Darling kat Maghribi masak kari kepala ikan guna ikan bilis ke?”

Si isteri kelahiran Maghribi hanya terpinga-pinga, kelu lidah untuk berkata-kata…diam seribu bahasa.

Petang itu, Malik Mirza tetap tersenyum riang walaupun hanya berlaukkan kari kepala ikan bilis. Malik Mirza tetap makan penuh berselera dan bersyukur kerana santapan tengaharinya hasil air tangan isteri tercinta.

® hafizmd – memang setiap isteri akan gembira bilamana suaminya makan penuh bersemangat…percayalah!

89 comments

  1. Hadoi… sayang sungguh. Ikut cara Rasulullah nie, kalau isteri ada salah masak jgn marah dia. makan je. Tapi tang bab Maghribi tu mmg xleh blah. hahahaha..
    .-= Anwar Osman´s last blog ..AkuBiomed Giveaway RM50 Note Event =-.

    1. @Anwar Osman, betul….kalau garam kurang manis..kurang kena ngn idah..makan saja…dah habis baru cakap apa yg boleh diperbaiki… 😀

      gadis maghribi tu tgh panas sekrang ni…hehe
      .-= hafizmd´s last blog ..Malik Mirza tersenyum sambil… =-.

  2. hahahah kau memang hampeh Fiz…:D
    tu la pasal yang si suami ni pun dah tahu bini tu Magribi mari cakap la biar terang hahahah.. Siap la kau FiZ 😀
    .-= dnoBiz´s last blog ..Budak Terlampau – Pandangan di kaki Lima =-.

    1. @dnoBiz, hehe…bukan aku yg hampeh…tapi si Malik Mrza tu…hehehe..

      maksudnya…kalau dah tau isteri kurang fasih psal sesuatu..kenelah cakap biar terang…. 😀
      .-= hafizmd´s last blog ..Malik Mirza tersenyum sambil… =-.

  3. haha. kari kepala ikan bilis. adeh. ada plak. btw, baik sungguh si suami. makan je x bnyk songeh.
    .-= RedBoys´s last blog ..Blog – Isu Plagiat =-.

  4. hehe ni ada kaitan dengan pakej kahwin murah dengan gadis morocco ni
    .-= etomyam´s last blog ..IE9 Browser Paling Utuh Halangi Malware =-.

    1. @etomyam,
      Hmm.. aku pun pikir benda yg sama. Jgn hang main2 org magribi he he.. Kalau tak hebat takkan le ramai org kita sanggup keluar duit byk2 buat jadi bini. 😀

  5. dengar kata bini dari maghribi pandai menari dan tak segan2 menari depan suaminya.. hehehee

    untung kalau ada org2 sini nak buat mcam tu kan? hahahha
    ker kita lak takut nak tengoknya disbbkan lemak2 di pinggang turut bergayut sana-sini,.. hahahha
    .-= maza´s last blog ..Sungai Congkak =-.

    1. @maza, dgrnya camtulah maza….mungkin sbb mereka suka menari…jgn tak segan menari depan suami..

      hehehehe…bab yg bergoyang2 tuh…tak leh tahan….heehehehe

      menari poco2 ok kot maza?
      .-= hafizmd´s last blog ..Malik Mirza tersenyum sambil… =-.

  6. hahahaha..kepala ikan bilis….padan la die letak banyak dlm kari tu..kih3
    .-= fitri´s last blog ..Pilihanraya Kecil Ke-14 Bakal Bertandang =-.

  7. silap lakinya juga..tak bagitau kepala ikan apa yg dia mahu.

    tapi..wife dia mmg pandai buat lawak. nasibbaik sedap kot

  8. nasib baik la suami dia tu jenis sayang kat isteri 😀

    Ps : terima kasih sebab Link tu
    .-= dnoBiz´s last blog ..Budak Terlampau – Pandangan di Kaki Lima 2 =-.

  9. Huhuhu, inilah kali pertama aku tau ada orang masak kari kepala ikan bilis. Eh, yang masak orang Maghribi kan… Patut pun. Orang Malaysia tak pernah buat cam tu kan…
    .-= ardzham´s last blog ..Software Blogwalking Mudah Dan Pantas =-.

        1. @suri, hehe…itu sebab suami juga perlu pandai masak..paling kurang masakan kegemaran diri sendiri…hehe

          pssst..tips ni…hehe
          .-= hafizmd´s last blog ..Malik Mirza tersenyum sambil… =-.

          1. hehe… 😀 terima kasih atas sokongan

            alhamdulillah…shat..baru jer balik scan tadi…babypun tgk besar sikit dari kakak dia… 😀

            insyaAllah

        1. @suri, ideanya datang spontan…mula2 hanya nk buat entri kelakar…tapi terbaca pula pasal gadis maghribi..itu yg datang idea untuk cantumkan dgn olahan sendiri…hehe..

          terima kasih suri atas sokongan 😀
          .-= hafizmd´s last blog ..Malik Mirza tersenyum sambil… =-.

  10. Aduh, kelakarlah cerita ni. Olahan & susunan yang menarik. Tahniah Bro. Rupanya isteri tu perempuan maghribi. 🙂
    .-= Hadi Rofiee´s last blog ..Pengguna jalan raya yang prihatin =-.

  11. ekekekek…memang kelako…aku baca asyik tergelak je, dah mcm org gile gamaknya…nak cuba la masak kari kepala ikan bilis nanti…ekekeke
    .-= intankuterpilih´s last blog ..Test JPJ Aku Kan Confident… =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *