2 kali tapi tiada hasil…

Ok. Entri kali ni terus kepada isi penting. Tiada mukaddimah panjang-panjang ya. Ceritanya begini.

Sebelum makan tengahari tadi, aku singgahlah satu kedai percetakan ni. Hajat di hati nak buat salinan satu brochure untuk program COMBI. Asalnya nak saja photostat di kedai lain (kedai bukan Melayu), tapi oleh kerana ada yang beri cadangan untuk photostat di kedai budak Melayu ni, aku ikutkan saja nasihat mereka. Katanya murah dan ok.

Oleh kerana sifat ingin membantu sesama bangsa (iyalahkan, kalau bukan kita yang membantu sesama agama dan bangsa, siapa lagi?), akupun berbesar hati pergi ke kedai tersebut.

Kedainya memang besar juga bagi sebuah kedai percetakan, dengan deretan mesin photokopi yang terkini. Masa aku masuk, sudah ada 3 orang pelanggan yang sedia menanti untuk photostat juga. Masing-masing pegang helaian kertas. Akupun tunggulah hampir 8 minit, masih juga tiada seorang pekerja kedaipun yang berusaha menegur tujuan aku ke kedai mereka.

Berbaik sangka, aku rasa mungkin mereka kurang pekerja sebab dah masuh waktu makan tengahari, maka akupun terus keluar tanpa photostat apa-apa. Masa aku berjalan keluar, 3 pelanggan yang sedia ada juga kelihatan terpinga-pinga, tak tahu nak buat apa. Di tangan, masih lagi pegang helaian kertas untuk difotokopi.

Tak apalah. Aku datang lagi lepas makan tengahari. Kali ni, sama juga. Tiada seorangpun pekerja yang ada di kaunter untuk melayan pelanggan (cuma ada seorang pekerja yang berada di satu sudut kedai, sedang melayan seorang pelanggan, rasanya sedang “edit” sesuatu di komputer walaupun ada tertulis di situ ‘Sebarang urusan ‘edit’ perlulah ke tingkat 1′).

Aku tunggu lagi 5 minit. Akhirnya aku terus keluar tanpa sempat memfotokopi brochure aku.

Aku terfikir, patutlah banyak kedai yang bukan sebangsa boleh bertahan lama dan terus maju. Satu sebab yang cukup ketara. Iya, satu saja iaitu KUALITI LAYANAN.

Aku tak kisah sangat kalau mahal sikit, janji ada kualiti dan puas hati. Setuju?

® hafizmd – tak semua macam tu, tapi banyak yang macam tu….