Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop

Akhirnya berjaya juga aku menyertai satu pertandingan anjuran Saudara Anwar Osman. Pertandingan “Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop” ini dah semakin hampir ketemu pemenangnya.

Jadi, setelah hampir berhempas pulas aku berfikir, apakah gambar muka depan dekstop yang hendak dipaparkan…akhirnya aku gunakan saja satu gambar yang aku ambil masa percutian kami berdua ke Cameron Highland dua tahun lepas.

Bagi aku, gambar ini cukup punya kekuatan sendiri sekaligus memenangi hati Bro Anwar untuk menobatkan aku sebagai juara kali ini….keh keh keh….perasan tak ingat dah ni…hehehehe

Untuk paparan gambar pertama, mestilah tunjukkan dulu bukti yang aku dahpun melayari 2 kempen yang Bro Anwar sertai tu. Ok, ini gambarnya.

* Bro Anwar, boleh ke macam ni? Kalau tak boleh, nanti aku buat lain…*

Untuk acara seterusnya, paparan gambar pilihan dekstop tahun ini ialah;

"Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop"

Nampak apa uniknya binatang ni? Pernah tengok kat mana-mana ke? Mula-mula tengok, memang nak tergelak sebab belakang badan binatang ni saling tak tumpah macam muka seorang manusia yang ada jambul dan kumis kontot.

Nama serangga ini ialah Casperonian. Pengadang yang unik ini membuatkan pemangsa terpinga-pinga, samada ini musuh atau makanan. Nak makan ke tak nak. Teknik selindung diri dari pemangsa yang ada pada serangga Casperonian ini memberikannya kelebihan untuk bertindak terlebih dulu dari pemangsa dengan semburan cecair berbau yang boleh menjauhkan pemangsa.

Ok. Itu bab gambar. Beralih kepada dekstop yang memang cukup bersih dari sebarang fail yang banyak. Memang aku tak suka banyak benda ada di depan dekstop. Jadi, yang biasa ada fail ‘My schedule” (aturan kerja harian ni…), satu fail word, dan tambahan satu fail excel (sedang mencari nama anak kedua ni….hehe). Yang lain-lain, aku boleh akses terus di ruangan “my Mac”.

Apa yang ada di ruang bawah ialah beberapa siri aplikasi yang memang biasa aku guna seperti 3 pelayar enjin carian utama iaitu Mozilla Firefox, Chrome dan Safari, kotak email yang aku boleh akses semua akaun email dalam satu tempat, aplikasi Grab untuk aktiviti potong-memotong.

Akhirnya, tiadalah aku meletakkan sebarang harapan untuk memenangi pertandingan ini…apa yang menjadi hasrat utama ialah memeriahkan pertandingan anjuran teman blogger dan menyahut cabaran Bro Anwar Osman kita.

Maka, kalah menang adat pertandingan…harap Malaysia menang hari Ahad ini…(tiba-tiba termasuk cerita bola pula… :D).

Terima kasih kepada Saudara Anwar yang sudi menganjurkan pertandingan yang berhadiahkan RM100 + hadiah misteri! Kalau ada yang teringin untuk turut sama dalam pertandingan ini, terus terjah entri berikut di “Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop”

® hafizmd – inilah salah satu tanda kebesaran Allah Yang Maha Berkuasa. Menciptakan apa saja untuk buatkan kita berfikir dan bertaqwa kepadaNYA.