Lelaki, Nyamuk dan Estrogen

Assalamua’laikum.

Lelaki, Nyamuk dan Estrogen. Ini antara perkara/fakta menarik yang nak dikongsikan dengan anda. Apa perkaitan yang ada antara lelaki, nyamuk dan estrogen? Tau tak apa bendanya estrogen? Pendek cerita, estrogen ni adalah hormon yang dihasilkan oleh seorang perempuan. Antara fakta-fakta menarik lain ialah tentang kuku jari dan kebolehan menjilat! Jom semak edisi sembang santai hari ini.

Fakta-fakta Menarik Untuk Difikirkan Bersama

  • Nyamuk lebih suka menghampiri wanita kerana tertarik dengan bau estrogen yang dihasilkan. Jadi, kebarangkalian nyamuk untuk gigit isteri anda adalah lebih tinggi. Kalau tiba-tiba nampak nyamuk selalu sangat dekat dengan isteri anda, pandai-pandailah yer!
  • Apakah lelaki juga mempunyai deria bau sehebat nyamuk? Ada kajian yang sebut tentang pheromone. Daya tarikan melalui signal bau unik yang dimiliki oleh pasangan masing-masing. Cubalah anda cuba mencari ‘bau’ pheromone pasangan anda. Mungkin bau asam ketiak? hahaha
  • Mana yang cepat panjang? Kuku jari tangan ke kaki? Kuku jari tangan 4 kali lebih cepat tumbuh berbanding kuku jari. Patutlah tak sampai seminggu dah nak kena potong kuku. Kalau dapat potong kuku pasangan lagilah bagus. Tak gitu?
  • Secara logiknya, payah nak jilat siku sendiri. Betul ke? Ambe sudah mencuba dah memang agak sukar untuk jilat (takde khoje lain ke nak jilat? hahahaha). Apa kata anda cuba, mana tau berjaya!
  • Berapa tahun rambut kat kepala kita boleh tahan? Ikut fakta, jangka hayat rambut ialah 2-6 tahun sebelum rambut baru tumbuh. Jadi jangan risau, kalau rambut gugur, itu fitrah rambut. Kalau tak tumbuh balik macam mana? Jangan risau, botak pun hensem apa?
  • Tulisan kecil memang kadang-kadang menyulitkan. Ada fakta yang menyebut, lelaki lebih power membaca tulisan kecil berbanding wanita. Betul ke? Ambe tak pasti. Kalau tentang menilai keindahan ciptaan, itu ambe pasti lelaki memang pandai! keh keh keh
  • Nak lagi fakta menarik? Boleh baca entri ini > 15 Fakta Menarik Tentang Nyamuk

Itulah sahaja beberapa perkara yang hendak dikongsikan hari ini. Hanyalah entri santai tentang fakta-fakta menarik (mungkin juga tak menarik) untuk tatapan anda.

Ingatlah, setiap apa yang Allah jadikan pasti bersebab dan tidak sia-sia. Semuanya ada tujuan dan hikmah tersendiri. Cuma tinggal untuk kita berfikir dan memahami serta menghadami erti SYUKUR.

@hafizmd – Lelaki, Nyamuk dan Estrogen. Bersyukurlah dengan apa yang ada =)