Download ebook SEO Percuma!

Assalamua’laikum.

Download ebook SEO Percuma! Fakta. Ambe bukanlah seorang pemain SEO tegar. Ambe tak pernah bercerita tentang tips cara nak tackle enjin carian dengan SEO. Sebabnya cukup mudah iaitu ambe sendiri masih  baru dalam bab sepak terajang SEO. Kata orang, kalau tak pandai, jangan buat-buat pandai. Buruk padahnya. Jadi ambe hanya mampu berkongsi sebuah ebook Search Engine Optimisation (SEO) percuma untuk anda.

1. Apa kandungan ebook percuma SEO ni?

Antara kandungan yang bakal anda baca (dalam Bahasa Inggeris) ialah;

Bab 3: On-Page SEO
3.1 Content
3.2 Keywords and your website name
3.3 XML Sitemaps
3.4 Getting Indexed
3.5 Site navigation
3.6 Frames and Flash
3.7 Tags and metatags
3.8 Images
3.9 Redirects
3.10 Page loading speeds

Bab 4: Off-Page SEO
4.1 Link Building
4.2 How to get good links
4.3 Content
4.4 Link baiting
4.5 Customers
4.6 Blogging

Bab 5: SEO & Mobile Devices
5.1 Mobile-enabled websites
5.2 How mobile searches differ

2. Contoh ilmu SEO alt tag gambar;

download ebook seo percuma

3. Mana nak download ebook SEO percuma ni?

Senang saja. Terus ke link ini –> Download Ebook Percuma SEO (Bahasa Inggeris)

4. Penting sangat ke tahu ilmu SEO?

  • Terpulang. Kalau anda rasa nak traffik mencurah-curah atau paling tidak ada traffik organik yang masuk ke entri anda, kenalah berusaha untuk belajar serba sedikit tentang SEO.
  • Tak pandai? Kenalah belajar. Macam mana nak belajar, kami tak tau nak mula tang mana. Boleh baca blog-blog yang sentiasa pemurah berkongsi ilmu SEO contohnya blog Mesin Duit Online, Blogger Underground, Blog Pakcik Hensem.
  • Bertanya. Nak tanya kat mana? Sekarang ada satu group di FB yang ambe rasa teramat best iaitu Group FB Blogger Kacak & Cun! InshaaAllah, ramai yang sudi menjawab selagi terdaya dan ada masa. Kalau lambat jawab, mereka bukan sombong yer =)
  • Akhirnya, kalau pandai SEO dan ada targeted keyword, inshaaAllah bolehlah mula menjana wang sampingan. Advertiser pun rasanya makin sayang kat korang yang pandai main SEO.

5. Kesimpulan: Anda boleh pilih untuk terus tak tahu atau mulakan langkah sekarang untuk belajar serba sikit tentang ilmu blogging. InshaaAllah, ilmu SEO mampu menjadikan laman sesawang Google, Yahoo, Bing dipenuhi dengan keyword yang ilmiah dan berguna!

@hafizmd – Download ebook SEO Percuma! Ambe pun masih amat amatur dalam SEO. Jadi, jangan rasa kecil untuk mula belajar apa jua jenis ilmu waima ilmu kenyit mata!

41 comments

    1. hati2 bro..kang terkenyit awek sebelah…hahaha

      yg tu belum ada, kena beli ebook ariffshah…keh3

      p.s. apa kata bro buat mini ebook berdasarkan pengalaman bro main kontest seo…amacam?

  1. oh ingatkan group apa tadi..group danaihati rupanya.memang group sana palig best bukan boleh ping entry je.selalu je ade prebincangan

  2. wah tq bro.. nak sebut nama penuh pun tak reti, apetah lg nak praktikkan dia.. boleh jugak la mentelaah bab2 seo ni..

  3. Tang bahasa BI tu yg buek lomah sikit…tp bab2 belajar ni sampai bila2 pun x akan habis punyerrr…thxs der info bro.

  4. Kadang-kadang nak belajar kot BI ni susah sikit..mood untuk down tu agal tinggi..hehe..tapi ilmu, susah mana pun, kalau nak akan cuba daki juga..kan bro?

  5. Bagus tu. Rasanya aspek paling penting dalam menjaga blog agar mendapat tempat yg baik di SERP ialah aspek off-page SEO. Link buildding masih penting tetapi perubahan pada algorithm Google bermakna optimization dlm page sangat2 perlu dilaksanakan. Kawe pun nak download lah nanti utk belajar lebih mendalam lagi.

  6. gua malas nak tiru-tiru orang. tulis entri yg sama macam orang lain. tapi bila ada peluang utk SEO. gua akan cuba sedaya upaya.

    SEO ni lagi bagus untuk entri yg panas setiap masa. bukannya entri yang hangat sehari sahaja.

  7. kita tak reti lah SEO SEO ni…
    tapi pelik kekadang dalam 2 hari dah top first page google. haha.. SEO eh tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *