Seluar Jean Mesra Alam?

- 23 October 2012. Updated 18 October 2015Kesihatan

Assalamua’laikum.

Kreatif dan inovatif. Cukup teruja ambe. Cuba bayangkan kita pakai seluar jean yang disalut titanium oksida (bukan titan yang tu yer….hehe). Seluar jean berteknologi nano ini mampu membantu udara sekeliling menjadi lebih bersih dan kurang tercemar. Bunyinya sungguh menarik, bukan? Bagaimana seluar jean ni berfungsi? Selamat ke nak pakai? Takut juga, tak pasal-pasal ada bala lain menanti si pemakainya.

  1. Bagaimana ia berfungsi? Cukup mudah. Titanium oksida yang menyalut seluar akan bertindak balas terhadap cahaya dan menjadi lebih reaktif. Bila dah cukup reaktif, elektron bertindak balas dengan air yang ada dalam udara menghasilkan 2 radikal bebas yang akan memecahkan bahan cemar kepada bahan bukan kimia yang selamat.
  2. Bahan cemar apa yang boleh dipecahkan? Antara yang paling banyak ialah nitrogen dioksida yang dihasilkan oleh kenderaan bermotor dan kilang. Asaplah ni. Asap rokok? Ini ambe tak tau….hohoho
  3. Tak habis ke salutan titanium oksida? Mudah saja. Pelembut fabrik dan serbuk pencuci khas yang ditambah “CatClo” perlu diguna setiap kali kita basuh seluar jean ni. Kira tambah balik titanium oksida tadi.
  4. Berapa ramai manusia yang perlu pakai seluar ni untuk menjadikannya berkesan? Untuk luas 7-11 meter, 30 orang yang pakai seluar jean ni perlu lalu setiap saat. Boleh tahan ramai tuh!
  5. Selamat ke nak pakai? Ia selamat untuk kulit manusia dan bekalan air.
  6. Dah jual ke seluar ni? Belum lagi. Mungkin lagi 2 tahun baru ada di pasaran.

Pandangan ambe

Walaupun teknologi seluar mesra alam ni jauh nun sana di UK, usaha saintis Profesor Tony Ryan dan pakar fesyen dari Kolej Fesyen London, Profesor Helen Storey cukup mengujakan. Kalau sebelum ni, kita biasa dengar penapis udara di pasang di kilang-kilang saja. Kini tak mustahil, konsep penapis udara untuk memelihara udara boleh dicapai bila kita pakai seluar jean ni.

Takkan kita nak usung penapis udara, kan? Sebab tu ambe kata, usaha menghasilkan seluar ‘hijau’ ni memang idea yang begitu kreatif. Malangnya, kita di Malaysia masih lagi rendah tahap kesedarannya. Aktiviti bakar sampah tak kira musim, asap kilang berkepul-kepul tanpa sebarang tapisan, asap kenderaan dan ditambah lagi asap rokok yang kita hasilkan setiap hari.

Semua ni penyumbang pencemaran udara. Tak mustahil satu hari nanti, anak cucu kita terpaksa membeli seluar jean sebegini demi ‘menghalau’ udara kotor yang kita hasilkan sekarang ataupun memakai topeng gas bila keluar rumah. Tak mustahil!

Nota: Boleh baca laman web rasmi berkenaan seluar jean ni:  Catalytic Clothing

@hafizmd – ambe tak suruh beli, tapi ambe sokong sebarang kempen hijaukan bumi.

{ 37 comments… read them below or add one }

Hairul Hissam October 23, 2012 at 11:04 pm

Satu usaha yg cukup baik utk udara yg lebih sihat…

tapi lagi elok kalo dibuat pada kereta.. sebab banyak kereta yg berjemur dan terdedah pada sinaran matahari. Utk airnya boleh disiram… :D

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 3:58 pm

erm…bijak jugak..mungkin filter yg salut dgn partikel patut diletak kat ekzos

Reply

Sobri Mansor October 24, 2012 at 8:16 am

Macam pernah terbaca pasal seluar jean mesra alam ni sebelum ni. Memang kreatif sungguh idea nih

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 3:57 pm

Ada kat suratkhabar. Mmg kreatif!

Reply

hatiputera October 24, 2012 at 9:43 am

satu usaha gigih yang cukup baik untuk kemanusiaan sejagat. Berapa berat seluar tu bro?

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 3:55 pm

Rasanya taklah berat sbb partikel tu bersaiz nano

Reply

maza October 24, 2012 at 11:56 am

wah rasanya elok juga utk pernafasan burung ni..
kasik sihat, segar bugar!
hehehe

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 3:54 pm

hadoi..tu ambe tak pasti…hahaha

Reply

cikgu naman October 24, 2012 at 12:37 pm

Levis tak nak beli patern tu jual?hehe

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 3:54 pm

Mungkin jugak akan beli kot?

Reply

pipoq October 24, 2012 at 1:03 pm

yang penting penjagaan alam sekitar..kalau pakai segalanya berpenapis pun, tapi penuh dengan pencemaran, jenuh jugak nak memikiorkan nak beli baju2 berfilter ni..hehehe

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 3:53 pm

hehe…last2 pakai filter kat leher satu sorang…haha

Reply

Sop October 24, 2012 at 5:47 pm

seluar jeans pun perlu mesra alam kan?
tp byk ke kesan x mesra alam seluar jeans? hehehhe

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 3:52 pm

hehe…bukan seluar jean yg masalahnya bang sop, udara tercemar yg sedia ada perlu dibersihkan =)

Reply

Jebeng Otai™ October 24, 2012 at 10:09 pm

mmg praktikal tu bro..hehe

p/s: tp rasanya kalo x ramai tahu lebih bersih udara..sbb diorg men pakai jer..hehe

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 3:52 pm

mmg praktikal cuma tinggal nak jual jer..

Reply

Hafizul October 25, 2012 at 1:49 am

bro, tak ada gambar ke?nak tgok jugak mcm mana rupanya seluar jeans yang mesra alam nih..hehe

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 3:51 pm

hehe..ade2..kang sempat ambe kongsi deh
tp same jer ngn jean yg kita biasa pakai tu

Reply

fiezaradzi October 25, 2012 at 3:32 am

mcm2 usaha manusia bila alam tercemar. mudah2an usaha tu berbaloi dan berjaya

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 2:32 pm

Moga camtulah hendaknya. Cuma org kita ttp bakar benda2 yg tak patut dibakar

Reply

titan October 25, 2012 at 5:34 am

kira dah cukup bagus la tu. haha..

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 2:27 pm

hehe..mmg bagus kalau semua pakat pakai

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 3:53 pm

hehe..mmg bagus

Reply

akubiomed October 25, 2012 at 12:53 pm

Kesedaran sudah ada. Lebih banyak inovasi yang bakal dihasilkan mengambil kira faktor kesan kepada alam sekitar.

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 2:22 pm

Tinggal nak tingkat kesedaran kepada masyarakat kita

Reply

Dulu Lain Sekarang Lain October 30, 2012 at 3:02 pm

Pakai aje lah apa-apa.. jangan kuar rumah pakai cawat aje dah ler :D

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:57 pm

hahaa..itu mmg bikin panas =)

Reply

amirulfaiz October 31, 2012 at 9:11 pm

Bagus, ini boleh menggalakkan lagi orang ramai untuk berpakaian. Sekarang kan trend orang pakai singkat-singkat.

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:57 pm

Betul jugak tu. Makin lama makin tak cukup kain

Reply

donnyien November 3, 2012 at 8:03 pm

Seluar Jean Mesra Alam macam ini memang satu idea yang sangat bagus demi generasi masa depan.

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:29 pm

Mmg idea bagus, kita tunggu kot2 dua tiga tahun lg ade jual kat malaysia

Reply

cik tom November 5, 2012 at 12:24 am

alternatif yg bagus dlm usaha nk selamatkan bumi..hrp dpt direalisasikan secepat mungkin..

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:25 pm

Mungkin lambat lagi sampai kat Malaysia. kalau pakaipun tak berkesan jugak sbb ramai yg hisap rokok berbanding yg pakai seluar..hehe

Reply

berliku November 6, 2012 at 8:54 am

owh ada reaksi ek seluar jean kita pakai sekarang?
tak tahu plak

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:22 pm

Seluar yg kita pakai sekarang ni, takde…ni seluar berteknologi nano…belum ade jual lagi..hee

Reply

yusri November 7, 2012 at 2:41 am

agak-agak ada side effect tak kepada si pemakai?

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:12 pm

Setakat yg ambe bace, takde…tp kalau pakai seluar ketat, mmg ade efek tak bagus…betul dok boh?

Reply

Leave a Comment