Cara Nak Dapatkan Badan Macam Bruce Lee?
Assalamua’laikum.
‘Cara nak dapatkan badan macam Bruce Lee.’ Ini antara keyword yang masuk dalam blog ni. Nak kata pernah tayang petak 6 kat perut aku ni, belum lagi. Nak kata aku ni sepupu sepapat Bruce Lee, memang jauh sangatlah. Jadi, demi tak menghampakan pencari katakunci cara nak kuruskan badan ni, aku carilah juga cara nak dapatkan badan berketak-ketak macam Bruce Lee ni. Harap-harap, adalah info berguna juga buat pencari petua cara nak kempiskan perut yer…
Apa teknik rahsia nak dapatkan bentuk badan macam Bruce Lee?
Aku pun tak tahu, apa yang Bruce Lee makan, tapi aku yakin benar yang mustahil dia makan pagi bedal roti canai dan teh tarik. Lagi aku yakin, Bruce Lee takde makan nasi tambah ayam goreng tengah-tengah malam buta. Itu bukan Bruce Lee. Itu kita! hohoho…
Satu perkara yang semua orang tahu ialah Bruce Lee seorang ahli seni bela diri. Lagi tepat, dia mula belajar kungfu aliran Wing Chun masa dia umur 13 tahun. Dah ada ilmu kungfu ni, banyak kali jugaklah dia bergaduh dengan samseng-samseng jalanan. Oleh sebab suka sangat bergaduh, bapak dia hantar Bruce Lee ni ke US, duduk dengan kakak dia. Lepas tu, bermulalah karier dia dalam bidang lakonan. Itu cerita ringkas Bruce Lee, bukan cara nak kuruskan badan dan cara dapatkan bentuk badan macam Bruce Lee…hehehe.
Habis tu, macam mana cara nak dapatkan bentuk badan tough, kemas dan cantik macam Bruce Lee? Kalau biasa tengok cerita kungfu, mesti ada part dia tunjuk macam mana Bruce Lee berlatih. Latihan joging, berlari keliling bukit, main tali skipping, dan macam-macam lagi latihan kardio. Senaman tali skipping boleh bakar kalori sekitar 300 kalori dalam 30 minit. Bayangkan kalau ada lagi senaman-senaman lain. Memang boleh dapat punyalah badan macam Bruce Lee. Bab makan, kadang-kadang dalam cerita tunjuk makan bubur jer. Kita? Kasi hentamlah…hohoho
Senang cerita apa yang Bruce Lee buat ialah;
- BAKAR KALORI dengan buat senaman yang betul. Otot-otot yang ada pun, semunya kental-kental dan pejal! Memang mantap, kan?
- Makan mesti jaga-jaga. Berapa banyak kalori yang korang ambil, dan berapa kalori pulak yang korang bakar. Kalau main masuk jer, tapi malas nak bakar kalori, jawabnya memang makin naiklah berat badan kita. Jangan salahkan orang lain, tapi salahkan diri sendiri.
- Bersenam. Takde cara lain dah. Mesti rajin dan konsisten bersenam. Tak dapat 3 kali seminggu, paling kurang pun sekali seminggu. Tapi kesannya, nak dapatkan badan macam Bruce Lee, boleh makan tahunlah jawabnya.
Kalau payah sangat nak faham, korang beli saja ebook yang Encik Hafiz Wasa ni tulis. Sekarang, bentuk badannya dah macam Bruce Lee. Dia berjaya turunkan berat badan dalam 14k kilo. Tak yakin, korang boleh terjah sendiri tengok gambar dia di pautan link ni;
Baca Pengalaman Sebenar Hafiz Wasa Kuruskan Badan Dengan Teknik Bakar Lemak Pantas!
Apa tunggu lagi, lagi lambat bertindak lagi lama lemak-lemak tu bersenang-lenang dalam badan korang. Selamat berjaya dapatkan berat badan yang ideal!
@hafizmd – Cara nak kuruskan badan ni ada macam-macam cara, tapi carilah yang benar-benar berkesan dan selamat.
Rujukan kredit: Wikipedia/BruceLeeĀ
sendiri makan, sendiri tanggung jumlah kalori.hehehehe!!!
hehe…betul tu Lizz…jgn marah org lain..keh3
Perghh. . Terbaiklah. . Tak dapat bentuk badan macam Bruce Lee, dapat badan macam Arnold Swarzenager (tak ingat ejaannya) pun jadilah..
pergh…macam tu, nak kena gi angkat berat….hohoho
bila nak start wat badan macam Bruce Lee nie..ha3
hahaha…entahlah…nak kena gi gym kot?
Kena belajar Jeet Kune Do untuk sepantas seperti Bruce Lee.
Jet Kune Do…Master Bruce Lee =)
EMm nak juga body mcm bruce lee..Kalau dapat ilmu kungfunya lagi best..hehe..dah lama tak main tali skipping..hehe
hoho…dapat pandai kungfu..leh bukak kelas…hehe
ada keinginan juga nak body macam Bruce Lee , entah bila boleh dapat…hehe
hehe…ambe pun tak tahu bila nak jadi macam ni…hahaha
Harus kerja extra keras supaya badan bisa seperti Bruce Lee
senaman yang Bruce Lee praktikkan sebenarnya tidak mampu dilakukan oleh manusia biasa yang lain sbb senamannya memang membuatkan bentuk badannya cantik mcm tiada kekurangan.
tapi memang tidak mustahil jika kita berusaha
Mmg badan dia lain macam…kemas dan cukup terbaik!
usaha usaha usaha
Kalau Bruce Lee pakai bedal sahaja bila makan, dia akan jadi macam Summo Hung
keh3….summo hung…betul gak tuh..hehehe
Bruce Lee ni lean & mean, body fat dia sekitar 3% je.
3% tu…fuh! mmg dahsyat
Kalau nak badan berpack-pack macam Bruce Lee, kenalah bersenam angkat berat š
betul tu…kena gi gym
pheewwwit mesti badan bro macam ni kan.. maklum lah kuat bersukan… hoho
hahahaha…takdelah petak 6..kadang petak 1 jer…hahaha
bestnya kalau DT bertukar menjadi badan gini.. tanjat semua orang..
tp tips yg bagus ni
@DT, maunya tak tanjat…hehe
thanks DT
nak 6 ketul tuh… adoiii … badan kurus dah.. tapi tak tough jer nih..hehe
elok sangat dah tu bro zik…kena buat workout =)
kalau macam bruce leenanti jadi pelakon pulak…heeee.alasan..yang penting mau sihat.
hehee…ambe pun macam tu jugak bro DH
nak dapat badan macam bruce lee..kenalah wat macam apa yang dia buat dulu.
haaa…itulah caranya nak kurus