Surat Untuk Adik:Cerita 17,520 Jam

- 23 January 2013. Updated 15 January 2014Keluarga

¬†Assalamua’laikum.

Antara anugerah dan amanah Allah yang terbesar ialah anak-anak. Alhamdulillah, setakat ini ambe dikurniakan 2 orang cahaya mata penyeri rumahtangga. Sepasang. Andai dikenang kembali, hari ni genaplah hampir 17,520 jam atau 2 tahun anak kedua ambe lahir menjengah dunia penuh pancaroba. Selamat hari lahir buat anakku, Ahmad Hariz. Nanti Adik dah pandai baca, boleh baca isi surat ini khas Abah titipkan untuk Adik…

Adik, setiap jam yang berlalu merupakan saat yang akan Abah kenang selagi hayat dikandung badan. Sekarang, pasti Adik masih tak mengerti tentang perit jerih jerit Mama yang bertarung hampir 6 jam melahirkan Adik. Walau Abah selalu berpesan pada Adik tentang perlunya berbuat baik pada Mama, mana mungkin Adik memahaminya pada usia 2 tahun.

Namun, Abah mengerti dan faham, Adik sayangkan Mama lebih dari segala mainan kereta Adik. Adik pasti akan memihak pada Mama setiap kali Abah sengaja bergurau kenakan Mama. “Abah…angan acau Mama…” Adik juga pastinya cuba menutup kepala Mama dengan tangan kecil Adik seandainya panas cahaya matahari terkena Mama. Terkadang Adik lebih gembira dimandikan Mama berbanding Abah. Mencari Mama tatkala digigit semut dan nyamuk.

Adik, Abah tak cemburu walaupun Adik belum lagi pernah menutup kepala Abah dengan tangan kecil Adik. Abah langsung tak pernah dan akan marah Adik kalau Adik tak memihak pada Abah setiap kali Abah bergurau dengan Mama. Juga Abah tak cemburu melihat Adik riang bermain air dimandikan Mama.

Adik, cuma ingatlah satu saat dan ketikanya nanti. Abah pasti gembira jika Adik yang memandikan Abah dengan mandian terakhir. Abah pastinya sedih jika bukan Adik yang mewudukkan Abah bila saatnya tiba nanti. Abah pastinya gembira jika Adik yang akan menyisir rapi rambut Abah nanti. Abah pasti akan terkilan dan kecewa jika bukan Adik yang menutup kain putih terakhir Abah. Abah pasti lebih sedih jika bukan Adik yang mengakhiri solat terakhir Abah nanti. Abah juga lebih sedih jika bukan Adik yang mendoakan Abah bila Abah memerlukan doa Adik nanti.

Adik, Abah mencuba sedaya yang terbaik mendidik Adik untuk menjadi anak yang lebih baik berbanding Abah. Abah cukup gembira bila Adik bersungguh meniru Abah berwuduk walaupun habis lencun baju Adik. Abah senyum gembira melihat Adik cuba meniru Abah bersolat walaupun Adik berseluar pendek. Abah gembira bila Adik duduk di riba Abah, sama-sama menadah tangan berdoa. Abah bangga dengan Adik.

Adik, ingatlah pesan Abah. Abah mungkin tak mampu memberikan Adik sebeban harta wang ringgit penuh dalam akaun walaupun memang ada Abah beli 2-3 ketul emas bar untuk Adik dan Kakak dan simpanan di ASB. Abah berjanji akan berusaha untuk membekalkan Adik dengan harta yang lebih bernilai tiada tolok bandingnya, ilmu Allah. Dengan ilmu ini, Abah harapkan Adik bakal menjadi seorang anak yang soleh, seorang anak murid yang disayangi guru, seorang ahli masyarakat yang dihormati malah menjadi seorang ilmuan yang dikasihi.

Adik, selamat hari lahir yang ke-2. Pastinya Adik belum memahaminya. Abah yakin, Adik pasti akan membaca coretan Abah ini nanti bila tiba masanya. Tiada doa lain yang Abah panjatkan pada Ilahi, semoga Adik menjadi anak yang soleh yang memberi kebaikan kepada agama, negara dan keluarga.  Abah sayang Adik.

@hafizmd – Surat Untuk Adik:Cerita 17,520 Jam. Beberapa kali berhenti, mengesat air mata kerinduan kepada arwah Abah. Al-Fatihah.

{ 40 comments… read them below or add one }

fiezaradzi January 23, 2013 at 10:39 am

huhu.. berapa kali kesat air mata.. huhu.. terima kasih.. harap2 bila adik besar, dia mampu faham semua ini.. ameen. moga anak2 menjadi anak yg soleh dan solehah, baik dunia akhirat.ameen.. sob sob..

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:27 am

Sorry

Ameen. Moga anak2 menjadi anak2 soleh solehah..ameen

awak, terima kasih

Reply

Denaihati January 23, 2013 at 11:28 am

selamat hari lahir untuk ada kedua bro. Alfatihah untuk abah bro moga rohnya bersama dgn orang2 yg beriman

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:26 am

Terima kasih tuan DH. Ameen

Reply

anif January 23, 2013 at 11:38 am

Selamat menyambut hari lahir. Semoga beliau membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Amin.

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:26 am

Ameen. thanks bro anif

Reply

hairulafiz January 23, 2013 at 12:41 pm

tiada lain yg dipinta oleh ibu bapa kecuali yg terbaik utk anaknya…

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:26 am

Yg terbaik utk anak2…thanks bro

Reply

pipoq January 23, 2013 at 1:40 pm

mudah mudahan Ahmad Hariz membesar menjadi insan soleh dan hambaNYA yang bertaqwa..

pada bro dan isteri, mudah mudahan juga menjadi contoh terbaik untuk anak2..sama2 kita cari keredhoanNYA hingga ke akhirat

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:25 am

Ameen. Terima kasih bro pipoq
Itulah yg diharapkan…ameen..terima kasih lagi sekali bro

Reply

pjaz January 23, 2013 at 2:29 pm

selamat hari lahir untuk anak bro hafiz dan isteri..semoga menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibubapanya =)

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:23 am

Terima kasih cikpjaz..ameen

Reply

papa mifz January 23, 2013 at 3:21 pm

selamat hari lahir utk Ahmad Hariz…semoga membesar dengan sihat…amin…:)

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:22 am

Terima kasih PM. ameen

Reply

TehR January 23, 2013 at 11:50 pm

begitu harapan kita sebagai seorang ayah
moga2 akan dimakbulkan Allah juga

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:20 am

Ameen. Terima kasih cikgu

Reply

Hafizul January 24, 2013 at 12:57 am

Alamak..jiwa kacau,emosi bercelaru..sedih menyentuh perasaan surat untuk adik ni..semoga adik besar kelak, jangan buat abah sedih yer dengan apa yang abah nyatakan tu..sama ngn anak sy ler..anak sy 2 tahun juga..selamat hari lahir buat si cilik tu..hehe..sabar deh..kesat air mata tu..jangan biar ia berlinangan..setiap yang hidup pasti merasa mati..semoga roh ayahanda deme berada bersama roh org yang beriman..al-fatihah..

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:20 am

Ameen. Moga anak2 kita membesar dngn cemerlang dalam rahmat Allah jua..ameen

Reply

Ladfe Amir January 24, 2013 at 3:13 am

in shaa Allah, Ahmad Hariz akan membesar dengan sihat dan baik serta tidak lupa untuk berbakti kepada kedua orang tua iaitu Bro dan isteri.

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:16 am

Ameen. Terima kasih bro

Reply

ajumohit January 24, 2013 at 5:07 am

memang rindu kepada yg sudah tiada, teringat semua kenagan manis bersamanya, semoga arwah tenang di sana alfatihah

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:13 am

Mmg rindunya tak tertahan nak2 bila teringat saat2 bersama arwah

Reply

UmmiKami January 24, 2013 at 9:39 am

Salam Maulidur Rasul buat Hafiz n family..

Comelnya Ahmad Hariz, begitulah juga comelnya harapan si ayah buat si anak…Kak Ummi doakan semoga anak-anakmu menjadi insan cemerlang dan menjadi anak yang soleh dan solehah…..amin, ke mana gugurnya buah kalau tidak dekat dengan pohonnya, ke mana pula tumpahnya kuah kalau tidak kepada nasinya…tangan jangan bergetar dan tumpuan harus tepat barulah kuah tak tumpah ke lantai…. alhamdulillah… :D

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:13 am

Salam Kak Ummi,
Terima kasih kak utk mutiara kata.
Ameen ya rabbal A’alamin

Reply

akubiomed January 24, 2013 at 12:01 pm

Selamat menyambut hari lahir. Jadi anak yang soleh dan taat kepada ibubapa.

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:12 am

Terima kasih uncle Ab.
Ameen

Reply

Hamdan January 24, 2013 at 12:10 pm

Selamat hari lahir yg ke 2 thn utk Ahmad Hariz… :)

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:11 am

Terima kasih uncle hamdan

Reply

titan January 24, 2013 at 1:20 pm

yang ketiga bila?

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:11 am

ceh…ambe tgh cutilah….hahahha

Reply

maza January 24, 2013 at 4:20 pm

ya begitu hajat setiap bapa muslimin….
jadilah anak soleh dan berusahalah menggolongkan diri dalam kalangan orang bertakwa!

insyallah….bahagia di dunia dan akhirat!

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:11 am

Ameen.

Terima kasih bang maza

Reply

padin January 24, 2013 at 5:02 pm

selamat hari lahir untuk anaknya…
hehee, moga anaknya cepat membesar dan sihat.. :D

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:10 am

Terima kasih uncle padin =)

ameen

Reply

boni kacak January 24, 2013 at 8:34 pm

semoga adik akan membaca entri ni satu hari nanti…. hurm, sabar ye bro. Al-Fatihah buat ayah bro.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh kepadaNya..amin..

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:10 am

thanks bro..

harapnya camtulah..ameen

Reply

daddydee January 25, 2013 at 10:11 am

Selamat hari lahir yang kedua buat adik. Tersentuh ku baca entri ini.

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:09 am

Terima kasih bro =)

Reply

faizal January 25, 2013 at 12:19 pm

Membekalkan ilmu Allah itu wajib bagi seorang ayah.

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:08 am

Itulah yang ambe usahakan..moga dipermudahkan

Reply

Leave a Comment