6 jam…
Assalamua’laikum.
Ada tuan rumah ke tak ni? Sunyi dan dah mula bersawang…ehem ehem….Alhamdulillah..akhirnya sempat juga luahkan satu entri. Lama juga tak menulis…jari-jemari rasa kaku ibarat parang sudah lama disimpan…berkaratlah tu…hehe..
Sepatutnya entri ini ditulis 44 hari yang lalu. Nak buat macam mana, penulis sibuk sampailah hari ini baru sempat menyelak kembali helaian pengalaman 6 jam ini. Kenapa 6 jam? Tajuk punyalah pendek, tapi 6 jam inilah satu saat yang tak akan dilupakan sampai bila-bila…
Jam 4.30 pagi, 23 Januari 2011
Isteri mengadu sakit perut yang sedikit luar biasa. Kandungan yang sudah mencecah 9 bulan itu sudah mula memberikan kontraksi yang lebih kerap dan lebih sakit. Kontraksi yang sebelumnya sekitar 30 minit sekali, sudah mula berubah ritma 10 minit sekali. Isteri masih lagi mengusap perutnya. Tampak sedikit kerut di dahi menahan kontraksi yang semakin kerap.
Tanpa berlengah, kami meredah pagi yang sunyi, beransur ke klinik berhampiran kediaman. Kali ini, aku nekad untuk menemani isteri di bilik bersalin.
Jam 5.30 pagi, 23 Januari 2011
Selepas hampir 45 minit pemeriksaan rutin oleh jururawat, isteri ditempatkan dalam sebuah bilik. Masanya semakin hampir. Kontraksi yang dialami isteri juga semakin kuat. Aku hanya mampu memberi kata semangat dan menggenggam erat jari-jemarinya. Setiap kali kontraksi datang, setiap kali itulah isteri kelihatan perit menahan sakit, namun masih mampu tersenyum bilamana tangannya digenggam erat.
Aku terus terbayang “kesengsaraan” isteri, menahan kesakitan seorang diri sewaktu bertarung melahirkan anak pertama. Menggigil seorang diri menahan kesakitan.
Jam 8.30 pagi, 23 Januari 2011
Isteri masih mampu tersenyum waktu menikmati sarapan pagi. Walau hanya telur separuh masak dan biskut, isteri tetap juga gagahkan diri mencari bekalan tenaga untuk ‘pertarungan’ nanti. Aku kenyang melihat isteri yang kelihatan ceria bersarapan.
Kontraksi berulang tidaklah berkurang malahan lebih kuat dan kerap. Kerutan di dahi isteri juga makin jelas kelihatan. Aku hanya mampu berdoa dan memberi kekuatan.
Aku kian jelas, kerutan di dahi seorang ibu bukanlah tanda ketuaan, tapi tanda sebuah pengorbanan.
Jam 9.40 pagi, 23 Januari 2011
Doktor pakar memeriksa isteri sambil bersedia menyambut kelahiran anak kedua kami. Aku di sisi bagai tak percaya, inilah pengalaman dan saatnya yang aku nanti. Bertarung selama hampir 40 minit, bukanlah satu tempoh yang singkat bagi aku. Keringat dan pengorbanan yang isteri curahkan tidaklah dapat aku balas selamanya.
Isteri walau menahan keperitan yang teramat, tampak cukup tabah. Aku di sisi tidak putus-putus memberi semangat dan membaca Kalamullah. Tiada perkataan yang mampu ditulis untuk menggambarkan pengorbanan isteri@seorang ibu disaat melahirkan seorang anak. Melihat isteri dalam keadaan sebegitu, hati berasa cukup sayu dan tanpa sedar…mata ini sudah mulai bergenang. Cepat-cepat aku tahan supaya isteri tidak perasan.
Percaya atau tidak, apa yang terlintas di fikiran ialah “cukuplah anak dua orang….” lantaran tidak lagi sanggup melihat isteri menahan kesakitan yang amat luar biasa ini, tapi isteri kalau ditanya sekarang, ‘….serikkah bersalin?’.
Jawapan isteri tegas dan terang ‘TIDAK’.
Jam 10.25 pagi, 23 Januari 2011
Tangisan bayi memecah bilik bersalin. Laungan azan dan iqamah bergema segenap ruang. Ucapan Alhamdulillah tidak putus-putus membasahi bibir kami. Isteri walau kelihatan kurang bermaya, kini sudah hilang segala keperitan dan kesakitan. Alhamdulillah, semuanya sudah selamat.
Tempoh 6 jam terakhir yang dilalui, pasti sukar untuk dilupakan walau sesaat dan aku sememangnya tidak mahu ianya luput dan hilang dari kotak ingatan. Biarlah ia terus segar sebagai pemberi ingatan akan pengorbanan sejati seorang pejuang!
® hafizmd – kepada kakak dan adik, ingatlah satu perkara ini…benarlah “syurga itu di bawah telapak kaki ibu”…
Tahniah dengan kehadiran orang baru dalam keluarga.
“kerutan di dahi seorang ibu bukanlah tanda ketuaan, tapi tanda sebuah pengorbanan.”
Terima kasih anif.
Itulah tanda yg paling senang nak ingat 😀
aku pun bru lepas melalui situasi yg sama minggu lepas..tahniah atas kehadiran org baru dlm hidup..moga baby & wife sihat hendaknya…
Tahniah bro nadri. Alhamdulillah…semuanya sihat dan ceria.
Terima kasih bro
Macam susah pulak nak bersalin ni kan?
Tapi tak sabar rasanya nak berkwin dan merasanya sendiri…. 🙂
PS: Bila dapat tengok gambar baby comel ni?
Semuanya bergantung kepada ‘rezeki’ masing2.. 😀
Cepat2lah yer…hehe :d
pssst…gambar ek…akan diletak juga nanti…hehe
tahniah bro Hafiz..berdebar sy baca entri ni..rasa mcm sy ada kt dlm bilik tu.haha
Terima kasih adele…hehe…sayepun masih lagi rasa berdebar kalau ingat balik… 😀
tahniah..jadi lah ibu bapa yang baik..sentiasa sabar melayani karenah anak2…
Terima kasih. Memang perlu sabar sangat2 dlam layan kerenah anak2…baru sedar yg betapa kita juga nakal masa kecik2 dulu…hehe
Ye. bersalin mempertaruhkan nyawa. Tapi setiap perempuan pasti ingin sekali melaluinya. Kebahagiaan akan datang kemudian. Bagi saya pula, biarlah bersalin berapa banyakpun. Biarlah sakit seteruk manapun. Saya rela mati ketika bersalin namun saya tetap mahukannya.
Benar kak. Nyawa menjadi pertaruhan. Memang cukup sayu saya lihat isteri berhempas pulas dalam proses bersalin dan sampai saya terfikir, biarlah ini kali terakhir isteri bersalin (bukan menidakkan qado&qadar Allah). Kesian dan amat2 sayu…
Tapi bagi seorang isteri dan ibu, nyawa anak dan kesanggupan utk melahirkan anak berulang kali tak pernah jadi halangan..mereka tetap rela walau 1000 kali..
tahniah2
kehadiran ahli baru yang pasti menambahkan keceriaan
jangan derhaka kepada ibu
terima kasih bro tehr. InsyaAllah, mudah-mudahan bertambah ceria dan bahagia…ameen
mmg 1 pengalaman yg tak leh dilupakan..baca entri ni buat aku teringat masa teman wife aku bersalin.,apapun,Alhamdulillah semuanya selamat dan tahniah..
Antara pengalaman yg paling mencabar 😀
Terima kasih bro. Alhamdulillah
setiap pengalaman amat berbeza.
semua ibu harus tempuhi juga.
Memang berbeza. Hanya ibu saja yg mampu tempuh pengalaman ini 😀
Tanniah bro menyambut kehadiran orang baru. Moga dimurahkan rezeki dengan kehadiran baby yang comel
Terima kasih bro. InsyaAllah…mudah-mudahan begitulah…ameen
Aku ingatkan dah tersalah masuk tadi…
Sepatutnya dirakam dan dipertontonkan kepada anak anak supaya mereka tak mudah menderhaka dan lupa diri..
hehe…betul dah sini bro..saja tukar warna themes.. 😀
Tak terfikir pulak nk rakam…mungkin juga tak sampai hati..cukuplah sekadar dirakam kemas dalam hati dan jiwa aku…keh3
tahniah atas kehadiran orang baru… camana la nanti giliran saya pulak bila dah kawen nanti..tentu tak senang duduk selama 6 jam itu
terima kasih bro amry. Memang tak senang sungguh 6 jam terakhir tuh… 😀
InsyaAllah…moga bila smpai saat tu..semuanya dipermudahkan
besarnya pengorbanan seorang isteri tu kan…ohhh… aku masih belum dapat merasa saat tu….
insyaAllah…akan sampai jua saat nak rasa tu…hehe
Salam. Tahniah hafiz atas kehadiran insan baru dlm hidup anda. Sya pun berdebar dan terharu baca kisah anda ini. Walaupun dah berumahtangga tapi sy belum ada pengalaman lahirkan zuriat lagi.
As salam Mekar,
Terima kasih. Debaran sampai sekarang kadang2 masih rasa lagi…hehe..
InsyaAllah moga Mekar dimurahkan rezeki…ameen
Seorang suami harus kenang pengorbanan isteri melalui pengalaman ini. Begitu juga seorang isteri wajib patuh dan taat pada perintah suami.
Pengorbanan yg teramat besar…maka, kenang2lah saat2 ini kalau2 ada masalah…insyaAllah..psti cepat lembut hati 😀
@hafizmd, sangat setuju!! 🙂
Jawapan isteri tegas dan terang ‘TIDAK’.
ps: boleh tambah lagi ye. heheheh!
tahniah 🙂
@Affan, yahoo!!! tambah ar lagi pasti rumahtnagga akan berseri2 dgn hilaian tawa anak2 🙂
bro affan bila lagi???
memang bila bertambah ahli keluarga…mmg meriah sungguh…hihi
Kalau ikut..mmglah nak tambah lagi…tapi mungkin ‘cuti’ dululah 😀
oh sayunya haiku tika mmbca entri ini..
p/s:awak tulisan semua putih bila kiat taip pada ruang komen..suri dah le rabuh adOiii..
kalau suri yg membacapun dah sayu…saya ni lagilah…hehe 😀
terima kasih suri tegur, tak perasan terubah warna dia…terima kasih byk2
@hafizmd, alah bro sy pun kekdang sama juga kena d tgur..tak perasan bsalah tu bila dah edit sana sini..usik ..bodek 2 tu yang terlepas pandang 🙂
eh theam kali ini bertukar wajah..putih tu yang bersih 🙂
erk..
ingatkan salah masuk tadi heeee
theme yg sama…cuma tukar warna theme saja….hehe
dah betul dah ni…hanya satu hafizmohd.com 😀
merasa apa? hee..rasa cinta tak kan tak pernah rasa kot aloooo…
hehe..mungkin ada yg belum pernah bercinta?
@Norasikin, ya satu detik yg tak akan d lupakan…
selagi hayat di kandung badan..
selagi hayat dikandung badan…100% setuju.. 😀
Alhamdulillah semuanya selamat, keluarga semakin besar 😀
haa..ingtakan salah masuk skli betol ar…
Salam admin,
Tahniah atas kurniaan cahaya mata.Saya belum lagi berpeluang merasai duduk bersama isteri ketika melahirkan anak.Sebab isteri melahirkan anak secara pembedahan.
Betul kata admin,bila melihatkan keperitan istri menahan kesakitan,rasanya cukuplah anak yang bakal dilahirkan kerana kesian melihatkan isteri berseorangan menahan kesakitan.
Terima kasih isteriku.
belum lambat nak ucapkan tahniah dah bertambah anak seorang lagi. Jangan 2 orang je ye.. tambah2 lah lagi bila sesuai
Terima kasih…lagi sorang?tunggu dululah…kesian tgk isteri bersalin hari tu…huhuhu
InsyaAllah ada rezeki sya nnti. Macamana skrg anak dan isteri sihat?
aku juga merasai pengalaman masuk bilik bersalin sebanyak 2 kali. kedua2nya tiada persamaan tetapi perasaan ‘sakit’ yg ditanggung tetap sama.
kasian melihat isteri berhempas pulas bersabung nyawa..sedangkan aku hanya mampu mengenggam tangannya.genggaman kuat wife aku terlalu kuat seolah2 dia menekan kuat kukunya hingga tembus ke tulang.
aku hanya mampu memberikan semangat serta ‘marah’ kepadanya. tapi kesakitan itu hanya dia yg menahannya. namun bila semuanya selesai, terbayang tanda puas apabila melihat wajah si anak yg dikandung selama 9 bln
Betullah bro….suami hanya mampu genggan tgn isteri tp isteri yg tanggung sakitnya…
Besar pengorbanan seorang isteri…tak mmpu nak balas…
rupanya tak komen lagi yg ni.. haha.. baru baca ke ek? hihi.. terus terbayang kembali saat 2 tahun lalu. tima kasih ada di sisi. semangat time ni rasa lain. macam ada rasa nak patah semangat, tapi nasib baik ada di sisi. tima kasih sekali lagi..
jatuh lagi air mata.. huhu
hehe…terima kasih sayang sbb menjadi isteri yg terbaik!