Jangan Jadi Kera Sumbang…

- 2 November 2012. Updated 16 January 2013Keluarga

Assalamua’laikum.

Tak sampai lagi 2 minggu, budak-budak sekolah akan ‘beraya’ sakan. Mana taknya, cuti sekolah dah nak datang. Dalam kepala sudah rancang bermacam-macam rancangan. Kalau zaman ambe, musim cuti panjang macam ni jatuh pada musim tengkujuh. Memang tiap-tiap hari kerjanya duduk dalam sampan buatan sendiri. Pancing ikan, tangkap lintah, tangkap belalang, korek tanah cari cacing, pasang jala, main hujan, main bola dalam air, mandi baroh, main ikan laga. Itu baru separuh aktivitinya! Betul tak?

Apa kaitannya pulak dengan tajuk, “Jangan jadi kera sumbang”? Kaitannya hanya satu iaitu musim cuti sekolah. Apa lagi yang seronok selain semua aktiviti ni? Iye. Pergi kenduri orang kahwinlah! Musim cuti sekolah dah jadi musim orang kahwin. Sana-sini ada kenduri. Sehari boleh cecah 3-4 jemputan. Kami adik-beradik biasanya akan ‘dipaksa’ untuk pergi. Maklumlah, Mak Abah kami yang ajak. Mereka pesan, kena belajar bercampur dengan masyarakat! Jangan jadi kera sumbang. Kami menurut tanpa bantahan dan tak berapa nak faham…

Kenduri kat kampung confirm lebih meriah. Sebelum majlisnya, macam-macam aktiviti ada. Potong daging, rebus telur, buat bunga telur, potong bawang, potong sayur, naikkan khemah. Semuanya pakat datang dan hulurkan tangan ringankan beban tuan rumah. Kami penat tapi kami gembira dapat menolong saudara dan jiran…

Apa yang lebih menarik? Malamnya. Habis tetamu pulang. Si pengantin lelaki dan perempuan kena pulak cuci periuk belanga termasuk kawah gulainya sekali. Masa camni, memang ramai sedara yang jadi tukang sakat dan mengacau pengantin baru. Kami yang belum mumayyiz sepenuhnya memang tak faham apa satu. Yang kami faham ialah telur rebus sudah habis kami makan bersama kicap! Ok. Sekarang kami sudah faham…

Terima kasih untuk Mak Abah yang mendidik kami erti sebenar pepatah ini, “Jangan jadi kera sumbang”.

@hafizmd – Kenduri sekarang? Semua kini dihujung jari. Ambil telefon dan sediakan ongkosnya. Selesai. Mudah tapi takde feel! Selamat berjaya juga pada semua calon SPM 2012 dan seluruh warga pendidik!

{ 49 comments… read them below or add one }

Mummy Akmar November 2, 2012 at 4:45 pm

A ah memang banyak berbeza dengan dahulu. Sebab perbezaan persekitaran, taraf kehidupan dan lain-lain. Apa yang penting mereka nak yang terbaik untuk mereka…

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:38 pm

Ada yg terpaksa dikorbankan sekarang

Reply

akubiomed November 2, 2012 at 4:51 pm

Hidup bermasyarakat perlu ambil tahu keadaan sekeliling dan jiran tetangga. Nanti jadi ‘katak dibawah tempurung’. Sampai berlanggar bahu pun tak kenal jiran sebelah rumah. :-)

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:38 pm

Mmg ada kes duduk sebelah pun tak kenal tu jiran sebelah…sedih

Reply

Amirez November 2, 2012 at 5:10 pm

betul tu. kenduri kawen di kampung jauh lagi meriah dengan aktiviti rewang. sekarang ni kalau nak senang tempah je dewan majlis daerah, catering, wedding planner. keluarga pengantin cuma tunggu tetamu je

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:37 pm

Itu yg tak best tu. Tunggu jer…

Reply

Panas Giler (djchef) November 2, 2012 at 6:13 pm

musim cuti dan musim kenduri kahwin memang tak dapat dipasahkan :-D

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:37 pm

Mmg tak dapat dipisahkan…

Reply

Jebeng Otai™ November 2, 2012 at 9:45 pm

kdg2 msyarakat sekeliling pon sama sibuk..2×5 jer..tu yg tempah katering jer.. :)

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:36 pm

keh3..itu mmg tak dinafikan

Reply

titan November 2, 2012 at 9:56 pm

zaman sekarang dah mudahh..beza dahh banding dulu..

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:35 pm

Mmg berbeza sbb kita sekarang serba nak mudah…hehe

Reply

shraqs November 3, 2012 at 12:43 am

Setuju sangat. Sy kawin dulu pun buat kat kg,.. memang seronok, meriah sanak saudara…

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:34 pm

Mmg cukup seronok…hehe

Reply

Hafizul November 3, 2012 at 2:17 am

Hehe..jauhilah kera sumbang..emm terima kasih atas link yang dimasukkan tu..ruginya blog sy tak jumpa cari dekat mana nak enable tarckback..mungkin masalah thesis yang percuma kot tak ada tracbak..adoiii rugi2…

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:33 pm

Trackback baru saje ambe letak tadi. Cuba tgk ade tak. Biasanya automatik jer dia masuk… =)

Reply

padin November 3, 2012 at 1:56 pm

time cuti sekolah apa yang aku buat dulu eh?
hahahaa takde yg menarik kot tu pasal tak ingt

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:31 pm

hahaha…main buah getah kot?

Reply

donnyien November 3, 2012 at 7:55 pm

selamat berjaya untuk semua pelajar spm 2012, harap sudah buat yang terbaik

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:30 pm

Antara peperiksaan terpenting dlm hidup =)

Reply

donnyien November 12, 2012 at 3:05 am

betul tu, senang susah bermula di sini..

Reply

hafizmd November 16, 2012 at 2:33 pm

@donny,setuju =)

Reply

Juan November 3, 2012 at 8:36 pm

memmang kena bergaul, kalau x nanti susah

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:29 pm

Mmg susah. Jngn smpai org kata, bila dah terdesak, baru nampak batang hidung

Reply

Sop November 3, 2012 at 11:00 pm

skrg org lebih pentingkan mudah..
ada kebaikkan dan kekurangan juga kan?

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:28 pm

Ada pro dan jugak kontranya..tinggal kita nak memilihnya

Reply

Mama Murai November 4, 2012 at 3:46 am

Kita memang tak nak jadi kera sumbang, tapi masa dan persekitaran yang mendorong kita ke arah itu. Nak buat macam mana lagi, sudah jadi lumrah hidup la ni :)

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:27 pm

Betul jugak tu. Kadang2 kalau kita sorang jer yg tergedik2 nak bermasyarakat sedangkan yg lain sembunyi dalam rumah…payah jugak tuh

Reply

pipoq November 4, 2012 at 4:21 am

zaman akan datang ni tak tau la macam mana pulak..apa yang penting, kita sebagai generasi yang pernah melalui zaman bermuafakat tu kena la praktikkan dan didik pulak kat generasi baru ni..

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:26 pm

Itu yg penting. Nak kena jugak ajar anak2 bercampur ngn anak2 jiran..jgn main sorang2 jer

Reply

berliku November 4, 2012 at 4:32 pm

permainan zaman dulu meletihkan
permainan zaman sekarang menlalaikan
haha

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:25 pm

hahaha…ada benarnya tu bro

Reply

cik tom November 5, 2012 at 12:26 am

kduri dl2 meriah slg tlg menolong..skang byk katering..

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:24 pm

Katering mmg mudah, tp tak happening

Reply

pipoq November 5, 2012 at 8:21 am

tapi camne pun, bab telur rebus makan bersama kicap tu memang ada persamaan antara kita..hahaha

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:23 pm

hahaha…entah nape entah..suka sgt makan telur ngn kicap..

Reply

fiezaradzi November 6, 2012 at 1:07 pm

sekarang masing2 sibuk, itu yg kenduri pun pakai telefon jer.. hehe

yg penting mak ayah perlu biasakan anak2 utk ringan tulang, mulakan dari rumah, pastu dah besar sikit, bolehlah harapkan utk tolong jiran tetangga..

rasanya semua ni kena tgk mak ayah jenis macam mana.. huhu

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:22 pm

Itulah pasal. Sekarang kat fb pun jadi.
Biasanya sbb ajaran sejak kecik, kalau masa kecik payah nak ringan tangan, sampai ke tua camtulah…

Reply

Hairul Hissam November 6, 2012 at 3:55 pm

Cuci belanga tu ok lagi.. tapi part malam pertama tu mungking merisaukan sesetangah pengantin.. betul tu bro.. kena saling bantu membantu sesama jiran…

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:16 pm

hehe…ramai yg takut tapi….

Reply

yusri November 7, 2012 at 2:25 am

Cuti sekolah memang paling ditunggu-tunggu oleh bebudak sekolah.
Tengah duk pikir nih,manalah nak bawak anak-anak gi makan angin…huhuhu…

Reply

hafizmd November 7, 2012 at 1:14 pm

Molek jugak tuh, tp ni musim hujang ni…nok kena wak aktiviti indoor

Reply

yusri November 15, 2012 at 4:17 am

yer sungguh tu…johor le nih musing boh…

Reply

hafizmd November 16, 2012 at 1:59 pm

@yusri, kita panggil musing ketang..hahah

Reply

yusri November 16, 2012 at 6:30 pm

hahaha…yer doh…senyum sorang ambe deme kabo gitu..hahaha

yas November 7, 2012 at 3:36 pm

Masa aku kawen dulu…tak tgu lama…petang tu jugak cuci periuk belanga yg beso2 tu…mmg depa dh simpan khas utk aku…hahaha

Reply

Nadot November 10, 2012 at 8:39 am

suke gilee tengok orang rewang wat keje sampai ke malam kalau balik kg utk kenduri.. meriah je suasane…

seb baik tak kene basuh periuk belanga lps habis majlis…hehe

Reply

hafizmd November 16, 2012 at 2:44 pm

hehe…mmg meriahkan?sampai malam macam tak nak balik rumah sendiri…haha

p.s.kalau kena basuh, terus laju jer mintak diri..keh3

Reply

hafizmd November 22, 2012 at 12:56 pm

@yusri,hehe…senyum ade makne tu..hahahaha

Reply

Leave a Comment