Celoteh Kakak #9 Telur?

- 23 February 2013Keluarga

Assalamua’laikum.
Celoteh Kakak #9 Telur? Ada harinya, kami berempat sarapan pagi di kedai. Sambil makan-makan, biasalah kami bersembang. Kakak memang akan menjadi jurucakap yang paling meriah. Kalau kat sekolah, Kakak tidaklah banyak bercakap. Masih malu-malu agaknya. Tengahari semalam, Kakak ada cuba makan telur burung puyuh.

Memang jarang sekali ambe beli telur burung puyuh. Masa bujang-bujang dulu memang kerap jugalah dibelinya. Walaupun telurnya kecil, rasanya memang sedap. Kakak cuba makan, tapi terus diluahnya. Tak sedap kata Kakak. Kakak memang jarang makan telur. Ayam adalah pilihan utama.

Sarapan pagi tadi, Isteri mengadap sepinggan nasi lemak. Adik leka dengan sekeping roti canainya. Ambe pun tumpang sekaki. Berkongsi itu romantik, kan? Nasi lemak mesti ada telur, ikan bilis, kacang goreng dan sambal. Kakak yang kusyuk mengunyah roti canai tiba-tiba bertanya, “Abah, tu telur apa tu?”

“Telur ayam. Kakak nak ke?” Abah cuba mengacah Kakak. Mana tau, Kakak nak makan telur hari ni.

“Ooo…telur ayam. Kakak nak ayam!” Kakak meminta.

Kami saling berpandangan. Lepas tu kami gelak sama-sama.

“Kakak, telur ayam jer yang ada. Ayamnya takde…” Isteri menjawab sambil kami terus mengadap nasi lemak yang memang sedap!

@hafizmd – Celoteh Kakak #9 Telur? Anak-anak memang suka bertanya. Pandai-pandailah sembang dengan mereka.

{ 37 comments… read them below or add one }

titan February 23, 2013 at 1:50 pm

aku suka makan puyuh. sedap!

Reply

WRizuan February 23, 2013 at 2:14 pm

memang sedap telur puyuh bro…
sama dgn anak perempuan saya yang banyak tanya..tapi seronok selain itu dpt ajar cara dia berbual dgn adap yg betul…

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 9:07 am

Tu ambe setuju. Sambil makan, mesti dia tanya itu ini. Molek sngt pantau cara dia makan dan bercakap

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 9:10 am

Hanya yg kacak dan hensemt tau kesedapan telur puyuh..hahaha

Reply

suri February 25, 2013 at 1:29 pm

sy tak mkn telur puyuh tu hee..muihiii mungkin sb dh biasa mkn telur ayam kot

Reply

papa mifz February 23, 2013 at 5:48 pm

terasa lama pulak tak makan telur burung puyuh…huhu kena cari nih lepaskan gian…hehe

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 9:07 am

Kena carik juga tu..beli sepapan terus..hehe

Reply

topijerami90 February 23, 2013 at 7:39 pm

telur puyuh 2 telur paling sedap tp sebab dia kecik tak puas la makan

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 9:06 am

haha..tu yg geram tu..mkan sebiji tak cukup..4 biji oklah

Reply

Bro Zulkbo February 23, 2013 at 8:48 pm

salam..
dulu ada teka teki popular..
telur dulu ke ayam? ermm..
melalut je bila menjawabnya..
saya suka makan telur dan ayam
kat peti ais mesti ada stok :)

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 9:05 am

As salam,
hehe..teka teki ni sampai sudah takde jawapan…hahaha

woo..ni raja telurlah ni…

Reply

akubiomed February 23, 2013 at 9:55 pm

Sedap telur puyuh dan daing burung puyuh ini. Dulu ibu saya ada membela burung puyuh ini.

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 9:04 am

Wah..bukan senang nak jumpa org kita yg bela burung puyuh

Reply

Adam Roslan February 24, 2013 at 4:47 am

Kecik sangat telurnya, tak puas makan kan @titan

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 9:04 am

hehe..tu yg terlajak 5-6 biji tuh..

Reply

Ladfe Amir February 24, 2013 at 12:51 pm

kalau telur puyuh memang selalu sangat makan. tapi burung puyuh tak pernah lagi.

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 9:03 am

Kenalah cuba bro makan burungnya pulak..

Reply

Mama Murai February 24, 2013 at 4:03 pm

budak-budak memang susah nak makan benda yang dia benci, macam anak bongsu saya Irfan. Anti sangat dengan sayur. Tapi selalunya dia pasti kalah dengan kebijaksanaan saya :)

Sebabnya hampir setiap hari hidangan sayur yang di’ubahsuai’ menjadi santapannya… he he he, cthnya bebola daging yang disumbat dengan sayur lumat atau daging ayam yang bersoskan sos brokoli.

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 9:03 am

hehe..Mama memang bijak ‘kenakan’ anak2.. =)

Variasi tu penting. Terima kasih MM utk tips ni

Reply

pipoq February 24, 2013 at 5:13 pm

anak sy kalau telur rebus, yg bahagian kuning telur lansung dia tak makan..

paling dia suka kalau telur separuh masak atau telur ‘goyang’..

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 8:58 am

pulak dah..macam2 anak2 ni..

telur goyang…hahaha..telur dangdut ke bro?

Reply

Leeza dayasari February 24, 2013 at 5:33 pm

puyuh sedap. telurnya pun sedap.
1 biji telur puyuh = dengan 10 biji telur ayam.. (kawan leeza bg tahu.)

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 8:57 am

ooo..maksudnya jumlah protein puyuhpun camtu jugak ke leeza?

Reply

cikgu naman February 24, 2013 at 5:52 pm

anak yang sulong ni suka sangat telur..kalau demam/tak sihat , yang lain tak lalu tapi telur 2 bijik habis..hehe

pelajar sekolah juga suka bertanya

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 8:57 am

Domam kura2 tuh..ehehe

Reply

beckhrooy February 24, 2013 at 7:11 pm

tunggu telur tu menetas jadi ayam dulu hehe

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 8:56 am

hahaha..itu jawapan ambe pagi tu..hehe

Reply

Denaihati February 24, 2013 at 11:21 pm

ayam juga jadi pilihan no.1…mesti ayam goreng agaknya

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 8:56 am

hehe…ayam goreng upin ipinlah ni tuan dh =)

Reply

Dulu Lain Sekarang Lain February 25, 2013 at 8:26 am

Best wah selalu breakfast sama-sama di kedai. Dulu2 kawe selalu gak, cuma bila family dah besar sikit ni..payah sikit sebab nak control ramai2 plus masing2 dah ada citarasa sendiri. Still once a while memang kami kuar makan di luar lah.
Dah lama kawe tak makan telur burung puyuh. Hmmm rasanya pun dah lupa.

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 8:56 am

Gitulah bro. Mase kecik2 ni semuanya depan mata. Ambe sedang menikmati saat2 paling best dalam hidup tgk anak2 membesar =)

Sesekali jer bro makan luar, kalau acap kali, payah jugak nak train anak2 makan kat rumah sama2.

Sedap tu, cuba try lagi..hehe

Reply

Hafizul February 25, 2013 at 10:09 am

Hehe..memang sedap telur puyuh..emm mesti seronok kalau dapat sembang dengan kakak ni..pot pet aje dia ho..hehe

Reply

yusri February 26, 2013 at 3:48 pm

jangan pot pet tak kena masa sudah…huhu

Reply

fiezaradzi February 26, 2013 at 11:28 pm

tapi biasa depan org baru kenal, dia malu2 kucing gitu.. kalau dah kenal.. adoi..

Reply

suri February 25, 2013 at 1:28 pm

anaki sy klu lapar dia akan main oder sy katanya ibu nk telor goreng. klu dia rasa sb sibuk kemas rumah atu jeguk blog dia akan kata ibu nak telur.dia akan bawa telur tu dan tunjuk pd sya.

dia suka mkn telur gorenglah heeee

Reply

fiezaradzi February 26, 2013 at 11:29 pm

mmg terkedu kejap pagi tu. haha.. macam2 celoteh kakak ni, belum masuk adik lagi.. perkataan paling suka.. ala…

Reply

TehR February 26, 2013 at 11:30 pm

aku suka telur puyuh je
telur ayam dah tak berapa suka
rasa macam nak pening kepala je bila makan telur ayam

Reply

Leave a Comment