Kelayakan Piala Asia B-22:Malaysia vs Korea Selatan
Assalamua’laikum.
Keputusan terkini: Malaysia 2 vs Korea Selatan 3
Demam Euro? Layan-layan jugak, kan? Aku yakin, kita semua pasti 100% menyokong skuad Harimau Muda B-22 yang telahpun berada di Myanmar untuk sesi kelayakan Piala Asia 2012 Bawah 22 tahun. Kejohanan ni kali pertama diadakan (ganti kejohanan kelayakan Bola Sepak Olimpik Asia). Maka, automatik ia menjadi kejohanan kedua terpenting selepas Piala Asia AFC. Bila sepak mulanya? Pasukan Harimau mana yang menjadi wakil Malaysia?
Wakil Malaysia ialah Harimau Muda A yang dilatih jurulatih Ong Kim Swee. Korang tengok perlawanan Malaysia lawan Qatar minggu lepas? Masa tu, Malaysia menang 2-0. Cara permainan memang menarik, tapi korang janganlah nak banding dengan pasukan yang korang minat dalam Euro pulak yer…
Jadi, skuad kali ni tanpa kelibat Khairul Fahmi Che Mat yang sudah terlebih usia (23 tahun). Yang paling aku tunggu ialah kelibat Nazmi Faiz. Pasti banyak mata yang tertumpu pada tubuh kecil Nazmi Faiz yang berjaya memikat kelab Portugal, SC Beira Mar. Malaysia diundi dalam kumpulan G bersama Korea Selatan, Myanmar, Filipina, Vietnam & Chinese Taipei.
Bila sepak mula? Petang ni, jam 4.40 petang. Siap ada siaran langsung di Astro Arena. Jadi, kalau korang peminat setia Malaysia dan ada tempat untuk tengok Astro Arena (kalau jiran boleh kasi pinjam, ok jugak….hehehe), jangan lupa jap saja lagi. Harap paling tidak, kita dapat kutip satu mata.
Aku kongsikan juga jadual penuh perlawanan yang membabitkan pasukan Harimau Muda.
@ hafizmd – Ada kumpulan lain yang berlangsung di Melaka. Jadi, kalau korang ada masa, boleh ke Stadium Hang Jebat dan Hang Tuah.
ada live tak kat astro ni?
dah gol dah satu. thamil arasu sumbat. (1-0) sekarang. ada live rupanya kat astro channel 801. haha..
sekali aku pulak hampir terlepas…hahahaha…
sudah, korea dah sumbat dah! 1-1
kalah dah. 2-3.. adeh. rugi. leh seri tadi.
Mmg rugi. Padaha; boleh menang sgt2
alamak kalah lak..tp ok la ade fight juga.. 🙂
Ok jugaklah, walaupun kadang2 sakit gak mata tgk passing entah mana2
kesudahan yang tak memihak pada kita
lepas ni kena menang semua ni
yela..menang semua kalo x mmg payah la..
@Jo, kalau main cam lawan korea, ada peluang nak menang cuma kena main cantik sikitlah…sakit ati jugak kadnag2 tgk passing ntah pe2
@Cikgu, nak tak nak, kena menang
walaupun sy jarang tgk bola, sokongan utk pasukan malaysia tetap diberikan!
Terbaik! Janji sokong Malaysia…hehe
aduihhh… sikit je beza gol..
Sikit, tp kalah jugak….padahal aku rasa boleh menang!
Dpt tau result pun dr update2 d blog. Hehe. Xde rezeki nk menang
Lepas ni kena menang semua kalau nak ke final tahun depan…
Semoga Malaysia menang esok !
Sekali kalah pulak dah..hehe
Mesia kalah tipis daa…..seb bek spain menang…hehehe
keh3! boleh menang tu, tp cam ada yg tak kena ngn team malaysia…
spain?hehe…tunggu lawan portugal lak nanti…mmg best!
malaysia menang ke?
Kalah 3-2…huuhu
haa apa sedih tgu lain games
@Suri, tak sdih, kecewa sikit..tp takpe…ada lagi 4 game
emm, kena kerja lebih kuat la lepas ni..kena menang semua perlawanan berbaki.
Betul tu. Kalau nak layak, kena menang dan main lebih baik.
err…err…. xtau nak komen apa pasal bola..hahaha…
go malaysia gooo!
hahahha…hentam sajelah…janji sokong malaysia…hehe
suka car cik tom tak mau sorok2 smua blg katakan hal sama oh…menang ar segera
@Suri, yeah! Malaysia Boleh!
ini namaya rezeki update blog juga
hehe…ada jugak berupdate…kalau tak, bersawang jugak..hehe
aduh! aduh! aduh..
waktu itu maza atas motor sambil menyelingkuh ke kiri dan ke kanan pulang dari mencari rezeki tu.. huhuhu
ppsst: patutlah hari ini rasa malas nak kerja… rupanya Harimau Malaya on the live air!.. hehehhee
hehehe…
Bang Maza mesti tgh rempit time tu. Sayepun sib baik sempat layan. Kalau tak, tgk jaringan sajalah.
p/s-bang maza kembali live…yeahhh!
Rasanya kita terasa kehilangan kalibat Muslim di bhg pertahanan. Agak kelam kabut di bwh
Macam takde leader kat bahagian pertahanan. Biasa, kalau Apek keeper, mmg nampak dia lead
sikit lagi nak dapat buat kejutan… cuak juga budak budak korea tu 🙂
Mmg boleh menang hari tu, tp tak berapa menjadi =)
nk try tgk vietnam vs malaysia…
Alhamdulillah..menang 3-0