Kari kepala ikan Malik Mirza…
Alkisah tersebutlah kisah seorang lelaki, Malik Mirza (bukan nama sebenar) yang baru saja beristerikan seorang gadis rupawan lagi jelitawan, berkulit putih melepak bak cendawan butang yang baru dibasahi hujan. Jodohnya dengan si gadis ini sungguh tidak disangka berakhir dengan sekali lafaz akad sahaja.
Seperti pasangan yang lain juga, hari minggu pertama mereka begitu santai dan sudah tentu dipenuhi dengan sesi suaikenal. Almaklumlah, segalanya masih baru dan malu-malu itik. Sesudah menikmati makan pagi yang menunya sedikit diluar kebiasaan, maka si Malik Mirza dengan tersenyum simpulnya berbisik sesuatu kepada isterinya yang sungguh menawan…
” Darling….” Perlahan dan bersahaja suara Malik Mirza menerjah cuping telinga isterinya.
“Iya Bb….” Balas manja si isteri dek geli terkena misai lebat suami ala-ala Dato’ S.
“I ada nak minta Darling buatkan sesuatu ni….” Getus Malik Mirza malu-malu itik.
“Ok…buat apa ni Bb?…kalau senang, mesti I buat…untuk Bb, apa saja boleh..” Jawab si isteri penuh sopan.
“I nak….I nak…I nak…’
“Nak apa Bb?”
” I nak Darling masakkan I kari kepala ikan….”
“Oooo…I ingat Bb nak apa tadi…Bb jangan risau, lepas Bb balik dari mesyuarat tengahari nanti, kita makan sama-sama nasi berlauk kari kepala ikan..”
Jawapan isterinya itu memberi seribu kelegaan dan sejuta senyuman di wajah Malik Mirza.
“Dah tak sabar dah ni nak rasa masakan isteri….”
Malik Mirza seolah-olah bermonolog seorang diri sambil terus mencapai kunci keretanya untuk ke satu mesyuarat yang pasti dirasakan paling lama dalam hidupnya.
Bersambung….
® hafizmd – tunggu saja sambungannya nanti ya….hehehe
alahai..tak sabar la pulak rasa nak menunggu sambungan cerita ni..hehe
@Thoha, sabar2…hari ni mungkin cuti kemaskini blog daa…hehe
.-= hafizmd´s last blog ..Keputusan Terkini Malaysia lawan Vietnam =-.
@hafizmd,
kau ni sengaja cari pasal la Fiz 😀
.-= dnoBiz´s last blog ..Budak Terlampau – Pandangan di kaki Lima =-.
@dnoBiz, ala…maaflah bro…semangat cuti sebab malaysia menang tuh….terus aku cuti update…heheh
.-= hafizmd´s last blog ..Keputusan Terkini Malaysia lawan Vietnam =-.
ahaa…
best2…
dah lama xmkn kari kepala ikan…
huhu…
@ROCKprincess, terima kasih atas sokongan 😀
lama jugak tak merasa kari kepala ikan ni…
.-= hafizmd´s last blog ..Keputusan Terkini Malaysia lawan Vietnam =-.
siapakah si Malik Mirza.. tak sabar nak tahu kesudahannya..
.-= kulanz´s last blog ..Blogosphere- Kenapa dan Apa Untungnya Blog =-.
@kulanz, siapakah dia yer…hehe…dia antara yg ‘bertuah’ ni…semuanya akan terjawab dalam sambungannya nanti…hehehe
.-= hafizmd´s last blog ..Keputusan Terkini Malaysia lawan Vietnam =-.
wah2. ni cerita bro buat sendiri or dr mana2 buku? best gak ni. tak sabar nak tggu next episod.
.-= RedBoys´s last blog ..Blog – Isu Plagiat =-.
@RedBoys, hehe…sudah pasti cerita olahan spontan sendiri…mungkin lepas ni baru ade cedok2 sikit..tapi masih mengolah dalam gaya bahasa sendiri…hehe..saja tambah asam sikit dalam cara penulisan… 😀
.-= hafizmd´s last blog ..Keputusan Terkini Malaysia lawan Vietnam =-.
@hafizmd, oklah tu. bukan mudah nak karang sendirikan. hehe. oh dh ada sambungan. nak baca jap.
.-= RedBoys´s last blog ..Blog – Isu Plagiat =-.
@RedBoys, teruskan bro…kata org nak cari idea yang best bukan senang..
cam suri kalu line clerar kat pejabat.tak ada benda yang nak di kejarkan mau gak berjiwang bahasa dgn sastera tapi kadaan sllu tak izinkan..ade jer gangguan luaran..
kata org buat ilang imigenasi jer huhu..
@suri, ye. betul tu. 😀
.-= RedBoys´s last blog ..Pelancaran Blog Baru =-.
misai lebat ala2 datuk k patutnya..hehe
.-= zik´s last blog ..Zikrihusainicom Under construction =-.
@zik, hehe…dato’s tu bukan nama sebenar juga tuh…keh3
.-= hafizmd´s last blog ..Keputusan Terkini Malaysia lawan Vietnam =-.
Arggggg kau memang buat aku keciwa FIz,
Aku sengaja takbaca cerita ni semalam sebab nak baca sekali harung nga sambungan dia tapi ari ni sambungan belum ada jadi terpaksa la aku baca gak cita ni hari ni
Ps : Dah tak sabar ni hehehehe
.-= dnoBiz´s last blog ..Budak Terlampau – Pandangan di kaki Lima =-.
@dnoBiz, alamak…maaf bro…dah terkuciwakan member baik pulak…maaf2…akan aku sambung jugak cerita ni hari ini jugak..insyaAllah…
pssst…terima kasih atas sokongan 😀
.-= hafizmd´s last blog ..Keputusan Terkini Malaysia lawan Vietnam =-.
banyak2 kari..kari kepala ikan yang paling aku tak makan. yg lain ok termasuklah kari kambing
oo…kira memang tak makanlah ek…tak pernah try ke bro? ke ade cerita disebaliknya?
@hafizmd, suri tak pernah makan..dulu masa nak makan mak ayah tak bagi amsatu kluga kami pernah kena buatan org dia kata jauhkan mkan kepala ikan nnati cam2 blh berlaku..
cepat lupa, otak lembab huuu entah ya atau tidak tak tahu dehh.
lah sekerat jer huuu…tak per suri baca lagi heee..
@suri, dah sambung dah…hehe…idea spontan…tu yg sekerat2 tuh…hehe
.-= hafizmd´s last blog ..Malik Mirza tersenyum sambil… =-.
@hafizmd, sudah di sambung suri.
.-= RedBoys´s last blog ..Pelancaran Blog Baru =-.
isyh…isyah.. dalm byk datu..datuk tu juga yang di suko adui..
mak suri suka lagu dato m dau kilau heee ..lalalala..
bro sy dah terbayk miss entri bro nie hee…sori.. ni nak kejar balik le nie 🙂
@suri, cepat gi kejar. hehe. 😀
.-= RedBoys´s last blog ..Pelancaran Blog Baru =-.
cam penah baca ce criter ni..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Jangan Membazir- Itu Amalan Syaitan =-.
iye ker? kat mane ni?
seronok jugak baca citer sekerat-sekerat nie..layanzz lah
Habis idea, tu yg sekerat2 tuh…hehe
Kari kepala ikan sodap tu..hehe
Kepala ikan bilis..hehe