Kahwin: Antara Kemampuan dan Kempunan…

cara pikat hati suami

Assalamua’laikum.

Selamat pengantin baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Apa kena ni, tiba-tiba ada lirik lagu kahwin kat blog yang pemiliknya sudahpun dimiliki? 😀

Saja kasi panas yer…hehe…Berbalik pada tajuk iaitu, Kahwin: Antara kemampuan dan Kempunan. Serius cakap, sekarang kalau tak mampu nak sedia paling cikaipun dalam RM12,000…jangan mimpi nak kahwin. Betul tak? Tak setuju? Meh saya citer…

Kalau tak mampu nak sedia duit dalam lingkungan RM12k, silap haribulan..kempunanlah si teruna. Mananya tidak, kita teliti senarai ni:

  • Beli cincin tunang = RM 200 (ini baru dalam 1.3 gram emas!)
  • Cincin kahwin = RM 300 (ini pulak dalam 2 gram emas!)
  • Belanja kenduri = RM3,500 (ini kalau buat catering yang caj RM7 sekepala untuk 500 tetamu!)
  • Hantaran kahwin = RM7,000 (nampak tinggikan? Tapi percayalah, inilah antara kadar ‘caj semasa’!)
  • Kad jemputan = Rm250 (kalau sekeping RM0.50 untuk 500 jemputan saja!)
  • JUMLAH = RM11,250

Itu baru yang kasar, belum masuk lagi barang hantaran untuk bakal isteri dan macam-macam lagi.

Alamak, yang belum kahwin dah mula berpeluh dah….sabar-sabar…jangan risau…sebab ada pepatah yang berkata:

Kita tak perlu risau sangat pada apa yang sudah kita sedia tahu untuk dirisaukan

Soalannya, adakah si teruna yang baru mula bekerja mampu nak sediakan ini semua?

Jawapan sayasudah pasti mampu kalau kena caranya…malah dalam masa setahun setengah saja…impian untuk berumahtangga insyaAllah tercapai…tapi bagaimana caranya?

Kalau tak kena cara, memang kempunan disebabkan tiada kemampuan. Oleh sebab ramai juga rakan-rakan blogger yang masih lagi pelajar, maka saya rasa inilah saat yang terbaik untuk kita sama-sama berkongsi apa yang perlu dalam menjayakan misi membina rumahtangga yang bahagia.

Sudah pasti, antaranya bermula dengan urusan pertunangan dan kenduri-kendara dan semua ini memerlukan fulus!

® hafizmd – saya nak cerita kaedah TBTP untuk kahwin bini muda dalam entri berikutnya…hehee