Kahwin oh!! Kahwin Ketahui kaedah TBTP untuk kahwin muda…

Assalamua’laikum.

"alam perkahwinan"

Kita sambung cerita alam perkahwinan kita yang lepas.

Semua nak kahwin mudakan? Mana yang dah kahwin tu, jangan mimpi nak tambah cawangan pula, sama-sama kita jaga cawangan sedia ada…ok? hehe…sabar-sabar…jangan gelojoh yer 😀

Teknik yang saya namakan TBTP ini adalah teknik sebenar berdasarkan pengalaman sendiri. Saja nak kongsi, mana tahu ada yang boleh pakai dan mendorong sahabat blogger untuk turut berkongsi teknik-teknik mereka.

Apa teknik TBTP ni ek?

Sebelum tu, saya tahu ramai kawan-kawan kita yang banyak idea macam Saudara Maza, Saudara Tehr, Puan Nora, Puan Suri, Kak Kujie dan tak lupa Puan Fiezaradzi. Mereka semua dah lalui semua ni. Harap ada yang sudi berkongsi…

Oklah. TBTP ialah TEKNIK BERKESAN TAPI PERIT….hehehe….Ini tekniknya:

Langkah asas

1. Pastikan kita ok – maksudnya? iyelah..takut ada yang tiba-tiba minat kaum sejenislah pulak….

2. Pasang niat – ada juga yang tak pernah pasang niat, tapi tiba-tiba dah sampai seru…nak buat camne? takpe..langkah ini saya tujukan khas buat si teruna

3. Jalani kehidupan seperti biasa – sambil mula belajar ambil tanggungjawab, mula belajar kemas rumah, masak sikit-sikit, lipat baju, basuh baju. Nak buat apa? Penting ni…baru suami@isteri lebih sayang! phewiit

Langkah medium

1. Ada pasangan – maksudnya, dah ada pilihan…tak kisahlah pilihan sendiri@keluarga..janji ada pasangan…kalau takde, boleh diusahakan…sebab tanpa usaha “yang pipih takkan datang melayang, yang bulat takkan datang bergolek”…kalau takde, teruskan langkah asas…dan jangan lupa satu benda…jangan dipaksa pula, sebab CINTA TAK BOLEH DIPAKSA!

2. Belajar urus kewangan utk persediaan perkahwinan – masa belajar, ada yang dapat pinjaman@biasiswa. Inilah saatnya untuk belajar urus duit..bukan belajar KURUSKAN DUIT!

Langkah TBTP

Teknik berkesan tapi perit – dah mula kerja, mungkin gaji permulaan dalam RM1,500 (pemegang ijazah). Apa nak buat?

1. Dapat gaji RM 1,500

  • bayar hutang pinjaman = RM100
  • mak ayah = RM200
  • budget makan untuk sebulan = RM300 (RM10 sehari nak makan apa? pandai-pandailah yer…namapun teknik peritkan?)
  • minyak motosikal = RM50 sebulan (kalau pakai kereta? pandai-pandailah ubah belanja yang lain…)
  • kecemasan = RM100

2. Kira baki iaitu RM1500 – item kat atas = RM750.

3. Simpan baki semuanya @ paling tidak RM500 setiap bulan. Mana nak simpan? Boleh baca entri “Kat mana korang simpan duit”

4. Mula membeli barang hantaran – beli sikit-sikit setiap bulan dan bolehlah buat survey iklan perkhidmatan atau barang majlis perkahwinan…

4. Jumlah simpanan dalam masa setahun setengah = RM500 x 18 bulan = RM9,000

5. Masih tak cukupkan? Maka di sinilah perlunya azam dan kesungguhan nak kumpul fulus! Potong mana-mana perbelanjaan yang tak sepatutnya!

6. Percaya dan yakinlah, usaha murni untuk ke alam perkahwinan akan diberi kemudahan oleh Allah walaupun ianya perit.

Alang-alang menyeluk pekasam, entri ini juga adalah menyahut cabaran Blogger Aried untuk kontest istimewanya. Sedikit info tentang kontest ini;

1. 5 Kategori Hadiah Kontest Kahwin Oh!! Kahwin

  • Hadiah Utama : Sebuah alquran digital – infonya boleh didapati di alqurandigital2u.com + 3 keping Dirham Kelantan!!
  • Hadiah Top Refferer : 3 keping Dirham Kelantan.
  • Hadiah Top Commentator: 3 keping Dirham Kelantan.
  • Hadiah Top SERPs: 3 keping Dirham Kelantan.
  • Hadiah Gambar Kahwin Terbaik : 3 keping Dirham Kelantan.
  • Keseluruhan Hadiah Dianggarkan Bernilai RM700

2. Tarikh kontest: 3/5/2011 hingga 3/7/2011 (2 bulan)

3. Berminat? Terus ke sini —-> Kontest Istimewa ar-rifke alam perkahwinan

® hafizmd – lebih perit di kemudian hari kalau kita buat pinjaman untuk berkahwin, maka berperitlah sekarang!