JDT vs T-Team. JDT Menang Percuma 3-0!
Assalamua’laikum.
Iya. Inilah keputusan JDT vs T-Team yang terpaksa pasukan dan penyokong T-Team terima. Johor DT diberikan kemenangan percuma 3-0 selepas insiden pergaduhan dalam terowong ke bilik persalinan di Stadium Larkin Sabtu lalu. Nampaknya, untuk Piala FA, takde wakil Terengganu mara ke suku akhir. Malang berganda buat skuad Penyu dan Titans!
T-Team tetap di hati!
Walaupun ada yang tuduh T-Team sengaja buat kontorversi dan sensasi sampai tak nak sambung main, aku sebagai anak jati Terengganu telan hakikat ni walaupun pahit. Aku yakin, penyokong Terengganu yang lain pun kecewa dengan keputusan FAM. Apapun, bola sepak tetap bola sepak. Penyokong tetap menyokong sampai bila-bila!
Keputusan dibuat mengikut Perkara 4.12.15b peraturan pertandingan Liga Malaysia 2013-2016 kerana kesalahan T-Team yang tidak menghabiskan baki perlawanan pada separuh masa kedua.
Buat T-Team, masih ada piala yang kita boleh rembat. Piala Liga Super dan Piala Malaysia masih tunggu kita. Jangan sebab kita “tewas” kali ni, kita kendur dan mengundur!
Nota: Tiada sebarang denda dikenakan ke atas T-Team dan amaran keras kepada JDT supaya takde benda macam ni berlaku lagi. Itu ajerlah.
Ayuh The Titans! Kembali bangkit mengamuk dalam saingan Liga Super! yeahhhhhhhhhhhh….
@hafizmd – Bola sepak tetap sekadar hiburan. Jadi, janganlah kita berlebih-lebihan.
dah itu keputusannya. memang tak leh wat apa la. haha..
aku terkejut jugak dapat tahu ni. adohai. Amboi, theme baru ke boh?
Gomo Liga Super pulok!
🙂 hanya begini.. terima hakikat sahaja.. tidak begitu obses..
OH kalah pasal tak sambung perlawanan ya, tak pe boleh cuba lagi tahun hadapan
Sebagai pemain professional di liga professional. Memang rugi mata yang dapat bukan berdasarkan keputusan diatas padang.
Pengajaran kepada semua pihak. Kekalkan semangan kesukanan.
silap percaturan TTeam beb….:)
Nak komen le lebih kang takut kena tuduh menderhaka,,, so,,, ayat mudah,,, Takziah la T-Team
begitu kesudahannya
harap t-team tak putus semangat untuk terus berjuang
Semangat mesti teruskan! ayuh t-team!
takpe.jadikan pengajarang demi masa depan yang lebih gemilang…
ambe tetap sokong The Titans…Tranung Nelang!
Tak syok ar.. bola sepak Malaysia meriah dengan kontroversi ja.. mana prestasi..
Itulah. Harap lepas ni, takde dah…awal lagi ni
Hal ni biarlah di selesaikan oleh pihak polis pula sbb tuduhan oleh T-Team itu melibatkan kesalahan jenayah oleh pegawai JDT.. The best ialah pihak polis siasat.
Utk tindakan T-Team x terus kan permainan, the law agak clear iaitu cuma match officials yg boleh tangguhkan permainan. Oleh itu FAM x pilihan selain dari beri kemenangan percuma pada JDT.