3 Sebab Kenapa Jangan Download Themes Percuma!

 Assalamua’laikum.

Jangan Download Themes Percuma! Dalam komputer lama ambe, rasanya ada 100 wordpress themes percuma yang ambe download dari Google. Ambe download themes percuma ni daripada pelbagai laman termasuk forum. Itu cerita masa mula-mula kenal wordpress. Gelojoh sangat nak guna themes yang elegant, ringkas dan sodap mata memandang. Ambe suka cuba sendiri. Kadang-kadang sampai serabut blog dan adakalanya sampai rosak jadinya. Mungkin korang juga tergolong dalam spesis blogger yang suka “menyerabutkan dan menggodek” themes masing-masing. Kenapa jangan download wordpress themes percuma? Ada sebabnya…

Jangan download wordpress themes percuma kerana;

1. Ada kod tersembunyi dalam themes.

  • Themes percuma tadi mungkin ada ‘malicious or unwanted code’.
  • Bagaimana nak periksa kod tersembunyi? Boleh install plugin Theme Authenticity Checker (TAC). Klik SINI.
  • Apa jenis kod yang disembunyikan? Pada pandangan biasa ia mungkin hanyalah kod hak milik (copyright) tapi banyak kod lain yang boleh diembunyikan disebalik kod copyright tadi seperti link promosi blog lain yang korang tak suka!
  • Kod lain? Mungkin ada diselit kod untuk hack blog kita. Awas!
  • Kalau nak cuba decode, boleh cuba tools ini; ottodestruct

2. Ada backlink ke blog lain.

  • Biasanya kalau themes percuma, ada 2 atau lebih link blog di bahagian footer. Cuba periksa sendiri.
  • Baguslah ada backlink ke blog lainkan? Masalahnya ialah blog yang di’link’kan tak ada kena mengena langsung dengan niche blog kita. Mungkin boleh ‘merosakkan’ reputasi blog kita nanti.
  • Lagipun, senang-senang jer kita letak link blog mereka sedangkan ada rakan blogger kita yang boleh buat duit dengan sewakan ruang link tersebut. Kalau korang tak kisah, itu hak anda!
  • Lagi best bila korang cuba buang atau adjust link kat footer.php. Biasanya ada ayat ni, Please do not edit following code, it may cause your site to stop working.”
  • Ambe pernah buang link-link tersebut, sekelip mata blog ambe terus tak dapat diakses! Ada jugak kes bila buang, takde apa-apa yang berlaku!
  • Tak ke sakit mata tengok link-link tersebut? Sekali lagi, kalau korang tak kisah, itu hak anda.

3. Themes sudah outdated!

  • Ada themes yang dah tak sesuai dengan versi WordPress terkini. Nanti bila kita dah install themes, ada yang serba tak kena.
  • Macam mana nak periksa? Gunakan plugin Theme-Check. Klik SINI.

Nak cari themes percuma, jangan terlampau percaya pada blog yang ada perkataaan ‘wordpress’ dalam URL laman mereka kerana ‘wordpress’ sudahpun menjadi trademark www.wordpress.org. Ini kenyataan wordpress.org sendiri;

“If they’re not WordPress.com, WordPress.net, WordPress.org, WordPress.tv, or WordPressFoundation.org, they’re not allowed, and you should contact the owner with a pointer to this page. We see this most frequently with spammy sites distributing plugins and themes with malware in them, which you probably don’t want to be associated with.”

Berhati-hatilah semasa menukar themes blog anda. Kalau ada duit lebih, boleh tempah dengan Bro Eizil. Takpun boleh jenguk entri lama ambe di sini –> 10 Responsive Themes Percuma

@hafizmd – 3 Sebab Kenapa Jangan Download Themes Percuma! Ada yang kata, sayang tak perlu bersebab…..yeaahhhhh!