Jadual Siaran Langsung Liga Super 19 Februari 2013 & Perlawanan Tumpuan!

Assalamua’alaikum.

Jadual Siaran Langsung Liga Super 2013 & Perlawanan Tumpuan. Dua pasukan negeri ambe, Terengganu dan T-Team masih lagi terumbang-ambing. Namun, ambe tetap setia melayan hampir setiap perlawanan siaran langsung bolasepak Liga Super Malaysia samada di Astro Arena 801 atau di RTM1. Sudah minat bola, apa nak buat? Perlawanan tumpuan ambe pada 19 Februari 2013 ialah pertembungan derby Kelantan vs Terengganu, Johor DT vs Lions XII dan ATM vs Selangor.

1. Siaran Langsung Liga Super 19 Februari di Astro Arena 801;

  • ATM vs Selangor, 8.45 malam. Std. Tuanku Abd Rahman, Paroi N.Sembilan.

2. Perlawanan lain 19 Februari 2013

  • T-Team vs Felda United, 4.45 petang
  • Johor DT vs Lions XII, 8.45 malam (siaran tertunda pada jam 11.30 malam, 19 Februari 2013)
  • PKNS Selangor vs N.Sembilan, 8.45 malam
  • Perak vs Pahang, 8.45 malam
  • Kelantan vs Terengganu, 8.45 malam

3. Johor DT vs Lions XII. Selepas Lions XII mengamuk di padang sendiri Sabtu lalu, apakah Johor DT bakal menjadi mangsa berikutnya? Ambe yakin Johor DT pasti akan meneruskan rentak cemerlang minggu lalu. Del Nero yang cedera, diharap sudah sembuh sepenuhnya untuk mengemudi bahagian tengah Johor.

4. ATM vs Selangor. Peneraju Liga Super sekarang iaitu Selangor yang masih segar menewaskan juara treble tahun lalu Kelantan, pasti membara untuk meneruskan misi menewaskan pasukan yang ramai pemain berpengalaman, ATM (di kedudukan ke-4 liga). Ambe lihat, pasukan Selangor berkelebihan atas kapasiti taktikal perlawanan yang lebih menarik oleh Coach Irfan Bakti. Mutu permainan menarik semasa menentang Kelantan tempoh hari menunjukkan Selangor sudah mula bangkit sebagai The Red Giants!

5. Kelantan vs Terengganu. Nampaknya penyokong Kelate mungkin sudah mula panik dengan situasi pasukan kesayangan mereka. Menang sekali daripada 6 perlawanan. Jumlah gol yang terhasil (setakat ni baru 3 gol) menunjukkan sesuatu perlu dilakukan di bahagian serangan. Apakah kemenangan bakal tercipta di laman sendiri menentang Terengganu yang meraih kemenangan pertama tempoh hari? Ambe semestinya pilih Terengganu untuk melakar kemenangan.

6. Andaikata mana-mana pasukan antara Lions, Pahang, ATM & Johor DT menang, takhta liga pasti akan berubah. Cukup menarik untuk diperhatikan. Apakah bakal sengit sampai hujung musim Liga Super Malaysia?

7. Teruskan sokongan anda kepada pasukan kesayangan. Tanpa penyokong kuat, liga bolasepak Malaysia pasti suram bak donut tanpa gula!

@hafizmd – Jadual Siaran Langsung Liga Super Februari 2013 & Perlawanan Tumpuan! Tetap sokong Terengganu & T-Team.