Sam Van Der Mat

- 13 June 2012. Updated 17 January 2016Humor Terapi

Assalamua’laikum.

gambar belanda euro 2012 “Bola bola bola bola bla bla bla bla. Abang tak cemuih ka?” soal Lola lembut. Sam Ver Der Mat memandang isterinya, Lola penuh kehairanan. Mana tidaknya. Selama ini Lola tak pernah mempersoalkan kesetiaan hobinya itu. Menonton bola sepak sampai separa sedar. Sedar-sedar bantal terbang ke sana sini. Sam Ver Der Mat memang separa sedar lebih-lebih lagi bila pasukan pilihannya bermain di bawah keupayaan sebenar. Mulalah dia berlagak seperti rakan segurunya dulu, Man Van Jick. Lola sudah lali. Malah Lola dulunya juga peminat goalkeeper Belanda, Van Der Sar.

Dek kehenseman hidungnyalah yang membuatkan Lola jatuh hati walaupun ramai yang menentang cinta suci mereka. Macam-macam cacian, dan tak kurang kata nista mereka terpaksa dengar dan telan dengan jaya akhirnya. Mat bangla. Hidung boleh sangkut baju. Muka panjang. Kaki macam udang galah. Tangan macam sloth.

“Arghhh…malas aku layan semua ni. Semua tu tak penting sekarang. Yang penting, pasukan aku mesti menang pagi ni…” Sam Van Der Mat berhenti mengelamun kisah silam yang tak berapa silam itu.

“Abang Sam. Lola tanya ni, Abang tak cemuih ka asyik dengan bola jah?” Lola masih lagi belum puas selagi soalannya belum berjawab. Lola memang jenis yang suka bertanya itu dan ini. Sam Van Der Mat pula manusia spesis yang suka ditanya. Lagi ditanya, lagi bagus katanya. Menajamkan minda bak makan kismis sekotak sehari.

“Apa yang nak bosannya sayangku Lola. Bukannya Lola tak tau, bola dan abang seperti badminton dan raket. Takde raket, tiadalah Lee Chong Wei….” jawab Sam Van Der Mat selamba sambil tangan mengemas simpulan kain pelikat yang sedikit longgar. Sam Van Der Mat cukup risau kalau kain pelikatnya terlucut.

“Ni yang Lola malas nak tanya ni. Lola serius tanya, Abang Sam main-main pulak. Benci tau….” Lola memaling muka tanda protes atas jawapan suaminya yang entah apa-apa tadi.

“Ala-ala bucuk abang. Ok-ok. Abang tanya sayang satu soalan. Sayang dengar baik-baik yer. Sayang pernah cemus tak tengok hidung abang ni? Sayang ada masa 5 saat dari sekarang…” soal Sam Van Der Mat bernada serius sambil mengurut-ngurut tulang hidungnya.

“Mana pernah. Dulu kini dan selamanya. Hidung abang tetap pujaan hati Lola…” sepantas 2 saat Lola menjawab manja.

“Manja pulak suara bini aku malam ni…” bisik hati Sam Van Der Mat yang terpaku sebentar.

Belum sempat Sam Van Der Mat jauh berangan, Lola terus bertanya, “Apa kaitannya pulak antara hidung mancung Abang dengan hobi bola Abang tu?”

“Ah, sudah. Aku nak jawab apa lagi. Kismis dah habis. Buntu kalau camni…” getus Sam Van Der Mat mula kehabisan idea.

@hafizmd – Takde idea nak update. Saja merepek. Jadi kita berehat sebentar bersama salah sorang blogger terkenal yang baru membogelkan sesuatu?

{ 31 comments… read them below or add one }

Jebeng Otai™ June 13, 2012 at 8:40 pm

sape yg membogelkan saoa tu?..hehe

p/s : van der mat tu dah sit2 bunyi mcm van der vaat lak..haha

Reply

suri June 14, 2012 at 12:48 pm

jwpan cam biasa akan d sambung kemudian heeee

Reply

hafizmd June 14, 2012 at 1:38 pm

kena klik utk tau sape dia…heheheh

p/s-tu pemain yg dia suke…tu yg dapat nama samaran camtuh…hahahaha

Reply

tehr June 13, 2012 at 9:47 pm

memang ada bakat tulis cerpen ni
buat cerpen lucu, bro
aku suka…
hehe

Reply

hafizmd June 14, 2012 at 12:51 pm

hehe…sikit2 jer cikgu…main hentam tulis…

insyaAllah, ada sambungan sikit lagi…hehe

terima kasih cikgu…semngat2 =)

Reply

rahman June 19, 2012 at 1:38 am

sikit tapi kreative bro… susah nak cari bakat semula jadi ni…

Reply

hafizmd June 20, 2012 at 12:06 pm

@rahman, main redah jer ni bro…nak sambung dah tak tau camne…hahaha

tp mesti sambung sbb oranje dah balik kampung =)

thanks bro kasi semangat :D

Reply

chii June 20, 2012 at 11:53 am

sama gak..chii suka..tergelak chii dibuatnya..eheh

Reply

cik tom June 13, 2012 at 11:02 pm

menarik gak cerpen ni..boleh la challenge titan..hehe

Reply

hafizmd June 14, 2012 at 12:46 pm

hhehe…mane leh lawan titan…dia dah lama dalam tulis2 cerita pendek2 ni…hehehehe

thanks cik tom…

Reply

MDHAFiZ.NET June 14, 2012 at 9:12 am

kalau lelaki minat bola.. . perempuan minat shopping. .. tuhan tu adil kan. .. :)

Reply

hafizmd June 14, 2012 at 12:40 pm

Gitulah. Masing2 ada minat tersendiri. Mmg dia Maha Adil =)

Reply

fiezaradzi June 14, 2012 at 2:21 pm

saya minat dua2..macam mana tu?

Reply

annisa June 14, 2012 at 11:53 am

‘Sam Van Der Mat’ pandai je hafiz guna nama ni eh….? :p org apa ni……..? sesat kat malaysia ke…. hehehe

Reply

hafizmd June 14, 2012 at 12:39 pm

hehehe…org Malaysia, tp nama glamer jer tuh… =)

Reply

suri June 14, 2012 at 12:47 pm

bogelkan blog ada juga heee tu tukarkan baju dia jer

Reply

suri June 14, 2012 at 12:51 pm

jangan lili & stich sudah ar tu mmg katun kegemaran saya heee

Reply

fiezaradzi June 14, 2012 at 2:23 pm

macam kenai ja soklan, lebih kurang la kan… heheee.. tak pe, sebab van der mat, layan jer..

Reply

titan June 14, 2012 at 4:26 pm

cemuih tu benda wehh? haha..

Reply

hafizmd June 15, 2012 at 9:52 am

hehehe…cemuih tu jemu bro

Reply

chii June 20, 2012 at 11:54 am

ni bukan ke bahasa org utara?

Reply

ProfHariz June 14, 2012 at 4:37 pm

Cemuih tak pernah wujud dalam kamus hidup cheq. hehehe

Reply

hafizmd June 15, 2012 at 9:47 am

hehe….lelaki kacak mana pernah cemuih bro….terbaik!

Reply

akubiomed June 14, 2012 at 11:35 pm

Layan sahaja entri ini. Menarik jalan ceritanya walaupun tidak tahu yang mana satu hujung dan mana satu pangkal. :-)

Reply

hafizmd June 15, 2012 at 9:37 am

Terima kasih bro.
Bila menulis tiada plan, hilanglah hujung dan pangkalnya…hehehe

Reply

bardboo June 15, 2012 at 5:13 am

wah2…ada cerpen plak kat sini ye..hehe…

Reply

hafizmd June 15, 2012 at 9:35 am

hehe….cerita pendek2 merepek jer bard…hehehe

Reply

hatiputera June 15, 2012 at 9:47 am

takut nak klik siapa yang membogelkan siapa tu,,hehehe

Reply

chii June 20, 2012 at 11:54 am

aisey…nak banding bola ngan idung..chii ingtkan nak compare ngan shopping td..ehehe..

Reply

Hafizul December 7, 2012 at 2:43 am

hahaha..ingtkan apa tadi..pelik jer tajuk..lepas baca ni baru ler faham..

Reply

hafizmd December 10, 2012 at 3:42 pm

keh3…kena baca sampai habis…baru hadam…hoho

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }