Blogwalking dan Godek Themes

Assalamua’laikum.

Blogger Sepenuh Masa BerjayaBerhari minggu dengan keadaan jerebu. Mulanya agak terkejut sebab jerebunya macam tiba-tiba. Terkejutnya sama dengan kadar kejutan saya dengan kemerosotan Belanda dalam kempen Euro 2012. Namun, kejerebuaan yang melanda tak mematahkan semangat pasukan bola sepak Malaysia B22 untuk tewaskan Qatar petang semalam, 2-0 untuk aksi persahabatan. Walaupun sekadar aksi persabahatan, dua kad merah jugak hadiah untuk pemain paling panas sekarang.

Nazmi Faiz dan seorang pemain Qatar. Aksi pasukan Malaysia? Cukup menghiburkan. Lupakan pasal bola. Malam ni tengok bola lagi, esok bola lagi. Tak cemuih ka?

Oleh sebab hari ni agak suram dan kelam, idea untuk merepek pun tiba-tiba jadi kureng. Jadi, perkara yang saya selalu buat saat-saat getir camni pastinya acara blogwalking dengan lebih banyak. Membaca dan membaca serta mengomen. Jadi, hari ni saya sempat terjah beberapa blog. Antara entri yang menarik untuk dikongsikan ialah;

  1. WordPress 3.4 “Green” Dilancarkan – Katanya lebih kebabooom. Nak tau? Boleh tonton sendiri video kat blog ni yer. Memang nak kena update!
  2. “Mind Over Body” – Perkongsian seorang taikun emas yang semakin berjaya. Ringkas tapi berbaloi untuk dibaca.
  3. Pemenang Cabaran SEO Lelaki Kacak – Dah tau sape menang? Tahniah pada yang menang. Jangan lupa kongsi cara korang menang yer!
  4. Projek Hari Minggu Sempena Hari Bapa – Apa yang lebih indah selain dapat tengok anak-anak senyumkan? Cukup terbaik!

Itu baru 4 blog. Banyak lagi sebenarnya kalau nak karang kat sini. Apa kata, korang jangan suram-suram dan tulis entri banyak-banyak. Bolehlah orang macam saya ni lepak-lepak dan baca entri tu semua.

Selain aktiviti blogwalking, satu hobi yang agak payah nak tinggal ialah godek-godek themes. Pasai pe entah, suka sangat ubah sana sini. Kalau dah angin nak godek tu, memang sehari suntuk tengok kod-kod yang tak berapa nak faham tu…hahahaha

Akhir kata dari penaja, jangan suram-suram dan cepat update blog korang. Kalau dah update, baguih. Nanti aku sampailah tu…

@hafizmd – lambat sikit sampai sebab naik kuda P1 yang dah makin slow ni…hehehhe